Friday 2 November 2012

tamadun hwang ho


Proses pembentukan tamadun Hwang Ho…
Nama tamadun Hwang Ho diambil semperna nama sungai Hwang Ho yang menjadi lokasi tamadun ini. Sungai Hwang Ho menjadi nadi kepada tamadun Hwang Ho kerana ia menyuburkan tanah untuk pertanian dan kegunaan harian. Petempatan awal penduduk Hwang Ho ialah tapak Banpo yang berhampiran dengan Bandar sian moden. Seperti tamadun-tamadun dunia yang lain, aktiviti utama masyarakat tamadun Hwang Ho ialah pertanian, perternakan, memungut hasil hutan dan memburu. Jika di tamadun Indus terdapat Bandar seperti Harappa dan mahenjedaro  yang menjadi pusat aktiviti harian di Hwang Ho Bandar Anyang menjadi pusat aktiviti harian. Bandar Anyang juga menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.

Ciri-ciri tamadun Hwang Ho
(: Negara kota
1): Pertempatan awal yang berteraskan aktiviti pertanian telah menyebabkan munculnya Bandar-bandar. Bandar-bandar ini kemudiannya telah berkembang menjadi sebuah Negara kota. Contoh Negara kota Tamadun Hwang Ho ialah Bandar Anyang.
2):Ciri-ciri Bandar Anyang ialah:
                   a): terletak di kawasan tanah tinggi Hwang Ho
                    b):mempunyai istana,kuil dan pusat pentadbiran
                    c):menjadi tempat kediaman raja,pembesar dan golongan agama
                    d): mempunyai tembok bagi menghalang pencerobohan musuh
                     e): dikelilingi oleh perkampungan masyarakat petani.

(: organisasi sosial
1): raja menjadi tonggak Negara dan berada di tinggkat teratas hirekri tamadun Hwang Ho
2): diikuti oleh bangsawan, para pembesar dan pegawai kerajaan yang mempunyai tentera sendiri.
3): kemudian diikuti oleh golongan petani. Kebanyakan rakyat tamadun Hwang Ho menjadi petani.
4): selain petani, masyarakat Hwang Ho juga banyak yang menjadi artisan dan pedagang. Golongan artisan wujud kerana kemahiran yang muncul semasa dinasti Shang iaitu penguasaan dalam teknologi gangsa. Gangsa dihunakan untuk penghasilan senjata, perisai, hiasaan kereta kuda dan kegunaan dalam upecara keagamaan.
5): akhir sekali ialah hamba. Perhambaan merupakan cirri utama masyarakat Shang. Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawah kerana mereka sahaja yang mempunyai tentera dan senjata gangsa. 

(: pengkhususan pekerjaan
1): system organisai sosial telah menyebabkan pengkhususan  pekerjaan.
2): golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Tentera terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
              a) tentera yang menunggang kuda
              b)tentera yang berjalan kaki
3): golongan petani adalah tonggak utama ekonomi dan pentadbiran Hwang Ho kerana membekalkan keperluan harian golongan atasan dan menyediakan bahan untuk perdagangan.
4):golongan artisan pula berperanan dalam mencipta pelbagai alatan tembaga untuk kegunaan harian dan dagangan.
5): golongan pedagang pula menjalankan aktiviti perdagangan. Mereka berdagang hasil pertanian dan barangan hasil industry tembaga.
6):golongan hamba berperanan sebagai
     (a): tentera paksaan
      (b) buruh kasar
       (c) korban dalam upecara penyembahan.

(: system pemerintahan
1): mengamalkan system pemerintahan beraja
2): pewaris raja mestilah lelaki yang lebih muda daripada raja tersebut samaada saudara lelaki raja atau anak raja tersebut.
3): raja-raja shang mempunyai kuasa yang mutlak dan menguasai politik, ekonomi, sosial dan agama.
4): masyarakat shang percaya bahawa raja mereka mendapat mandate daripada tuhan untuk memerintah.
5): raja-raja shang terdiri daripada keturunan pemerintahan agama oleh itu mereka tidak perlu mendapat pengesahan politik.
6): raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Golongan baangsawan menjadi gabenor di kawasan luar  pusat pentadbiran atau tanah jajahan. Golongan bangsawan berhak dalam membentuk system pemerintahan sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.
7): system ini diasimilasikan oleh pentadbiran dinasti Chou. Raja chou telah membahagikan  pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar-pembesar tempatan untuk wilayah itu.
8): sebagai balasan pembesar tempatan mestilah
    (a) berikrar taat setia kepada pemerintah
    (b) `memberikan hadiah separti kereta kuda, gangsa, senjata ,hamba dan binatang kepada raja.
     (c) memberikan bantuan tentera semasa perang.
     (d) melindungi raja.
9) pembesar tempatan diberi kebenaran sebagai ketua agama untuk menjalankan upecara pengorbanan.

(: upecara keagamaan
1): mengamalkan kepercayaan anamisme dan politeisme (percaya kepada banyak tuhan)
2): melakukan pelbagai aktiviti penyembahan
 a) menyembah roh nenek moyang
 b)menyembah tuhan syurga (shang ti) dan tuhan bumi (tu)
 c)menyembah bukit, gunung dan sungai.
3) upecara penyembahan diiringi oleh muzik, tarian dan upecara korban yang diketuai oleh bomoh.
4) amalan menilik nasib menggunakan tulang oracle turut diamalka. Bomoh akan meramalkan nasib berdasarkan rekahan pada tulang tersebut setelah tulang itu dicampakkan ke dalam api, berdasarkan situasi semasa.
5) amalan ini menjadi titik mula perkembangan tulisan di China.
(: system tilisan.
1): idea untuk mencipta tulisan tercetus hasil aman penilikan nasib yang menggunakan tulang oracle.
2): rekahan-rekahan pada tulang itu menjadi inspirasi kepada masyarakat Hwang Ho untuk mencipta tulisan.
3): tulisan yang dihasilkan ialah berbentuk ideogram atau symbol. Symbol yang sering digunakan ialah bulan, matahari, sungai dan kanak-kanak.
4): kemudian tulisan ini telah mengalami perubahan hingga ke bentuk yang sangat komplek.

Sumbangan tamadun Hwang Ho
1): mengamalkan system pemerintahan beraja dan diteruskan sehingga ke dinasti Ching.
2): penggunaan gelaran raja di ubah kepada maharaj semasa pemerintahan dinasti Ching.
3): konsep anak syurga, mandate dari syurga yang berkaitan dengan raja  dan amalan putaran dinasti diamalkan ingga hari ini.
4): dalam aspek ekonomi, pemimpin Shang menitik beratkan pembangunan pertanian dengan membina terusan untuk mengairi tanaman dan mengelakan banjir.
5): semasa pemerintahan dinasti Shang, system pengairan ini diteruskan oleh maharaja Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah di bina di Shechwan untuk mengairi kawasan pertanian.
6): hasil perkembangan pesat ini telah membawa kepada penciptaan cangkul, sabit dan batas pertanian. Pada awal penciptaan alat ini, ia diperbuat daripada  kayu kemudian ditukar kepada besi.
7): system tulisan menjadi satu subangan penting kepada dunia.
8): system tulisan berkembang secara evolusi.
9): ia memainkan peranan dalam bidang penulisan dan pencetakan dan diajar di sekolah-sekolah di China dan berkembang ke jepun dan korea.
10): kepercayaan tamadun Hwang Ho masih diamalkan hingga hari ini. Antaranya ialah pemujaan roh nenek moyang,konsep yang dan ying serta feng shui.
11): amalan korban manusia digantikan dengan barangan seperti makanan dan wang kertas.
12) system kelendar diperkenalkan. Sebulan mempunyai 30 hari dan setahun 360 hari. Kelendar digunakan untuk menentukan musim menanam dan menuai. Selain itu ia juga digunakan untuk upecara perkahwinan, perburuan atau pengkebumian.
13): dalam bidang falsafah, falsafah perang sun tzu masih masih digunakan hingga ke hari ini. Karya Sun Tzu iaitu The Art OF War yang membincangkankan mengenai stategi peperangan telah diulang cetak dalam pelbagai bahasa untuk kegunaan peperangan dan aktiviti perniagaan.                                            

Thursday 1 November 2012

perkembangan nasionalisme


Terdapat  dua tahap yang berbeza dari segi bentuk, golongan pemimpin dan isu yang diperjuangkan..
Tahap pertamaà terbuka                                                                                                               
                           àsetempat
                           àtidak berorganisasi
                           àtertumpu isu budaya,agama, hak peribumi
                           àpimpinan pemimpin yg berpendidikan dari timur tengah dan 
                               Barat
                          àmenuntut hak mereka dikembalikan dan menuntut peningkatan
                             Taraf hidup
                        -à tidak menuntut kemerdekaan
Tahap keduaàlebih redikal kerana tahap pertama gagal
                       àdipimpin oleh pemimpin berpendidikan barat
                      àmahukan kemerdekaan

Nasionalisme  di Filipina

Tahap pertama à bermula dengan gerakan dakyah Jose rizal yang mahu Filipina dijadikan sebagai salah satu wilayah sepanyol, memberi hak yg sama kepada bangsa filipina seperti mana hak bangsa sepanyol serta  kebebasan bersuara. Gerakan ini telah gagal dan menyebabkan Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina bagi mendesak sepanyol untuk mengadakan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial. Tindakan Jose Rizal menyebabkan sepanyol berasa tergugat lalu  menangkap beliau dan beliau dibuang ke dapitan, Mindanao, dan dijatuhkan hukuman bunuh kerana terlibat dalam pemberontakan.

Tahap kedua à kematian Jose Rizal menjadi pencetus gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina. Ia bermula apabila Andresb Bonofacio menubuhkan Katipunan yang bergerak secara redikal di Filipina. Gerakan ini bermatlamat untuk menyatukan bangsa Filipina dan kemerdekaan melalui revolusi. Ideology mereka banyak di sebarkan melalui media cetak iaitu melalui akhbar kalayan. Katipunan telah melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan sepanyol namun gagal. Emilio Agulnaldo telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Banifacio pada tahun 1897 telah menyebabkan katipunan menjadi lemah. Emilio telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat bagi menggulingkan sepanyol. Agulnaldo telah mengishtiharkan kemerdekaan Filipina pada tahun1899 tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat. Aguilnaldo telah meneruskan revolusi dan beliau telah ditangkap. Amerika membenarkan kewujudan parti politik yang sederhana di Filipina. Sergio osmeda melalui partinya parti nasional telah memenangin pilihanraya 1907 dan telah dilantik mengetuai dewan perhimpunan. Beliau meneruskan tuntutan kemerdekaan pada tahun 1930 melalui perlembagaan.

Nasionalisme di Indonisia

Tahap pertamaà hanya tertumpu kepada isu pendidikan kerana  nasionalis berpendapat bahawa hanya melalui pendidikan nasib rakyat dapat di ubah. Raden Adjeng Kartini melalui karyanya seperti “habis gelap terbitlah terang” telah menaikan nasionalisme di indonisia. Beliau juga menekankan pendidikan kepada kaum wanita. Muhammadiyah ialah pertubun terpenting pada tahap ini kerana bermatlamat menyebarkan islam yang sebenar serta menghindari ancaman sekularisme barat dan agama kristian. Pertubuhan ini banyak menbina sekolah, klinik dan masjid untuk kegunaan awam.

Tahap keduaà parti-parti politik yang redikal seperti Serekat Islam, Parti Komunis Indonisia dan Parti Nasional Indonisia dengan lantang menuntut kemerdekaan indonisia. Serekat islam adalah parti yang sederhana pada awalnya telah berjaya mendesak Belanda menubuhkan Volksraad (majlis rakyat) iaitu badan penasih gabenor.
Parti Nasional Indonisia dibawah pimpinan Soekarna telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Indonisia. Belanda berasa terancam dan telah menangkap semua pemimpin parti tersebut dan mengharamkan penubuhannya.

Nasionalisme di Burma

Tahap pertamaà diterajui oleh sami budda dan golongan elit berpendidikan barat. Golongan sami budda telah menubuhkan telah menubuhkan persatuan belia budda pada tahun 1906 yang bertujuan mengekalkan budaya budda dan kemajuan pendidikan. Mereka menggunakan isu kasut untuk menaikan nasionalisme rakyat Burma. Menjelang tahun 1916 pertubuhan ini menjadi redikal dibawah pimpinan U Ba Pe. 1920 pemimpin-pemimpin belia budda telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan2 burma yang lebih redikal.

Tahap keduaà laporan Montagu-Chelsford mengatakan Burma belum bersedia untuk berkerajaan sendiri. Pada tahun 1920 meletus Revolusi Pelajar yang telah mendesak pembinaan sebuah university kepada mereka. Selain itu muncul juga  gerakan Pemberontakan saya san yg telah digerakan oleh  golongan sami melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang diketuai oleh saya san. Saya san ialah bekas pemimpi pongyi dan pemimpin di Tharawaddy. Liga antipemisah telah tertubuh kerana menentang pemisahan Burma dan india. Hal ini kerana ia akan melewatkan lagi kemerdekaan Burma. Perlembagaan Burma 1935 telah diperkenalkan. Ini member peluang kepada Burma untuk berkerajaan sendiri. Golongan Thakin (siswazah) di bawah pimpinan Aung San, Kyaw Nein dan U Nu telah menggelarkan diri mereka “TUAN” telah menubuhkan Parti Dobama Asiayone bagi menuntut kemerdekaan. Dr Ba Maw telah memenangi pilihan raya  1937 telah dilantik sebagai perdana menteri pertama.