Tuesday 31 December 2013

sentiasa dalam ingatan...



MASAM_MASAM MANIS 2013

assalammualaikum & salam sejahtera...
sedaq tak sedaq 2013 dah nak melabuhkan tirainya...
sekejab saja lagi 2013 akan meninggalkan kita dan 2014 akan menyapa kita....

tahun baru azam baru....
azam cek tahun ni banyak tapi tak mau habaq....
hahahhahaha....

tujuan cek post kali ni adalah nak sher le gambaq-ganbaq kawan-kawan cek dekat facebook sepanjang tahun 2013 ni...
meh layan meh....









































handsome-handsome &cun-cun belaka kan depa tu....
hahhahahhaa.....
hei korang... cek mintak maaf la no...
cek bukan curi cuma save as je gambaq hampa...
hahhahahhaaah.... :P

apa-apa pon selamat tahun baru geng... ;)

Monday 16 December 2013

Kisah basikal tua dan Banglo..

  
Tersebutlah kisah akan sepasang suami isteri yang miskin. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. keluar pagi pulang petang namun masih belum mampu menampung keperluan hidup.

 Pada suatu petang, setelah pulang dari tempat kerja pasangan ini mengayuh sebuah basikal tua untuk pulang ke rumah.


 Dalam perjalanan untuk pulang itu, mereka telah lalu di sebuah rumah banglo mewah.
di hadapan rumah banglo itu terdapat sepasang suami isteri empunya banglo itu sedang minum petang. Si suami sedang membaca akhbar dan si isteri sedang membaca majalah.

lalu berkatalah si isteri yang miskin tadi kepada suaminya "abang-abang, cuba lihat di sana!" sambil menunjukan ke arah suami isteri yang sedang minum petang tadi. si isteri berkata lagi "tentu seronok jika kita kaya macam mereka, kita boleh bersenang-senag di waktu petang sebegini, menaiki kereta mewah, boleh tidur di tilam yang empuk dan tinggal dirumah yang mewah,"

pada masa yang sama si isteri yang kaya tadi terlihat akan pasangan yang miskin tadi sedang mengayuh basikal sambil berbual-bual. lalu si isteri yang kaya tadi berkata kepada suaminya"abang-abang, cuba abang lihat di sana," sambil menunjuk ke arah pasangan yang miskin tadi. si isteri menerukan bicaranya, "seronok saya melihat mereka abang, walaupun mereka miskin tetapi hidup mereka bahagia, si suami mengayuh basikal dan si isteri membonceng di belakang sambil bergurau-senda tapi kita, rumah besar, kereta besar, duwit banyak di bank tapi kita tidak bahagia. kalau makan abang di utara saya di selatan. cuba kita lihat sekarang sahaja sudah nampak, walaupun kita berada semeja tetapi abang dengan urusan abang saya dengan urusan saya,"

------------------------------------------------------

baiklah daripada dua situasi di atas siapa yang paling beruntung? si kaya atau si miskin?
jawapannya, kedua-dua mereka beruntung jika mereka bersyukur. si miskin walaupun dia miskin tetapi Allah memberinya nikmat hidup yang romantik, sentiasa bersama pasangan, sentiasa ada masa untuk bergurau senda dengan pasangnnya, manakala si kaya pula Allah telah memberikan mereka nikmat kekayaan, ada rumah besar, kereta besar, dapat tidur di tilam yang empuk tetapi tiada masa untuk pasangan mereka. walaupun mereka berada semeja tetapi masing-masing dengan urusan sendiri.

kesimpulannya, walaupun siapapun kita tak kiralah kita kaya atau miskin, tinggal di bandar mahupun desa, jika kita bersyukur maka kita akan bahagia. Mintalah apa yang kamu mahu daripada Allah kerana Allah itu maha kaya lagi maha pemurah tetapi ingat Allah tidak akan memberikan appa yang kamu minta itu melainkan apa yang kamu perlukan kerana Allah maya mengetahui...

renung-renungkan... :3

Hikayat Anak Gajah


tersebutlah kisah akan sekawan gajah yang hidup aman damai di hutan...
dalam kawan gajah itu terdapat beberapa ekor gajah jantan, beberapa ekor gajah betina dan beberapa ekor anak gajah yang pelbagai umurnya.

pada suatu hari datang seorang pemburu, dipendekan cerita maka seekor anak gajah telah berjaya ditangkap oleh pemburu tersebut.

setelah ditangkap, anak gajah itu dibawa pulang oleh pemburu dan diikat dengan seutas rantai besi pada sebatang tiang. anak gajah itu cuba untuk melepasakan ikatannya itu. Oleh kerana anak gajah itu masih kecil dan kulitnya masih lagi lembut maka dia tidak berdaya untuk melarikan dirinya daripada ikatan tersebut. hasil daripada usahanya untuk melarikan diri itu telah menyebabkan dia menerima luka yang agak teruk.

setelah itu, pemburu itu merawat luka anak gajah itu dan memberinya makan setiap hari. luka pada kaki anak gajah tadi telah sembuh dan meninggalkan parut yang agak besar.

dipendekan cerita, setiap hari anak gajah itu diberi makan oleh pemburu itu sehinggalah genab masa dia bersama pemburu itu sepuluh tahun. pada ketika itu anak gajah itu sudah besar. badan anak gajah itu lebih besar daripada tiang yang menambatnya itu. belalainya sahaja sudah lebih besar daripada tiang itu.

pada suatu hari, terdetik di hati anak gajah itu untuk cuba melarikan diri daripada pemburu itu. apabila dia cuba untuk melarikan diri, dia terpandang akan parut di kakinya kesan daripada tindakannya untuk cuba lari pada suatu masa dahulu.

mengingat kembali akan kesakitan yang dialaminya suatu  masa dahulu kerana cuba melarikan diri, anak gajah itu membatalkan niatnya itu kerana tidak sanggup untuk merasai kepedihan seperti dahulu.

akhirnya anak gajah itu terus menjadi belaan pemburu itu sehingga akhir hayatnya. dia menghabiskan hidupnya lebih daripada lima puluh tahun menjadi belaan pemburu itu.

------------------------------------------------------------

pengajaran daripada cerita ini ialah kita perlulah berusaha selepas kita gagal untuk berjaya. hal ini kerana gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.

jika kita tidak berusaha lagi selepas kita gagal dan menjadikan kegagalan itu sebagai tembok penghalang kepada kejayaan kita maka kita akan menjadi seperti anak gajah itu. 

jika kita lihat semula kisah anak gajah itu, dia telah gagal pada percubaan pertama. dia ingin mencuba lagi tetapi dia takut pisang berbuah dua kali. cuba kita fikir secara logik akal mengenai fizikal anak gajah itu, setelah sepuluh tahun badannya sudah menjadi lebih besar daripada tiang yang menambatnya itu, bahkan belalainya sahaja sudah lebig besar daripada tiang itu. jika dia cuba melarikan diri, sudah semestinya dia akan berjaya tetapi dia menjadikan kegagalan pertamanya itu sebagai penghalang kejayaannya dan menyebabkan dia  terpaksa menghabiskan hidupnya sebagai belaan pemburu itu. jika dia tidak menjadikan kegagalan pertamnay sebagai pengahalang sudah pasti dia akan berjaya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seekor gajah yang bebas.

renung-renungkan... :3


Saturday 14 December 2013

salji di Mesir...

baru-baru ini kita dikejutkan dengan salji yang turun di Mesir selepas 112 tahun...
ada yang mengaitkannya dengan tanda-tanda kiamat dan ada juga yang mengatakannya hanyalah satu fenomena alam semulajadi..
apa yang teman nak kata hanya tuhan yang tahu..
meh kita lihat keajaiban kuasa Allah yang maha mencipta...







subhanallah....
kalau Malaysia turun salji macam mana la pulak no...
cer bayangkan kalau KLCC diliputi salji...