Wednesday 11 September 2013

Masyarakat Agraria Di Belanda







->Selepas berjaya membebaskan diri daripada pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol, Belanda mengalami ledakan ekonomi dan mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-16 dan ke-17. Hal ini kerana beberapa faktor yang menyumbang kepada pencapaian ini. Antaranya ialah:


I) Revolusi pertanian
-->pada abad ke-17 berlaku revolusi pertanian di kawasan desa, jumlah petani telah meningkat dan penggunaan kuda dalam pertanian juga meningkat.
--> masyarakat petani menjadi lebih berdikari dan menjurus kearah pertanian ladang.
--> petani Belanda membahagikan ladang mereka kepada tiga bahagian dan mengusahakan dua bahagian manakala satu bahagian lagi dijadikan tanah rang tanpa diusahakan untuk mengekalkan kesuburan tanah.
--> kerajaan Belanda telah berjaya meningkatkan pertanian kerana telah berjaya menambak laut untuk dijadikan kawasan petanian.
-->penggunaan kincir angin telah membolehkan air disalurkan ke kawasan pertanian.

-->masyarakat agraria juga mengamalkan sistem tanaman bergilir dengan menanam sengkuang dan kekacang secara berselang seli dengan tanaman bijirin.
-->kaedah penggiliran ini bukan sahaja menyuburkan tanah tetapi meningkatkan pengeluaran.
-->mereka juga menggunakan najis binatang sebagai baja organik untuk menyuburkan tanah.
-->masyarakat belanda mengusahakan penternakan lembu daging dan lembu tenusu.
--> Belanda juga mengusahakan industri tektil.
--> bandar Leiden dan Haarlem menjadi pusat pengeluaran tekstil dan banyak dipasarkan di seluruh eropah.
-->Orang Belanda juga berjaya sebagai nelayan.
--> mereka menguasai laut utara hingga ke selatan Inggeris.
--> hampir 1/5 penduduk Belanda terlibat dengan industri perikanan.

ii) industri Perkapalan                         
-->Belanda menjadi negara yang mengusahakan pembuatan kapal yang terbaik di Eropah.
-->kapal yang dibina berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh memuatkan barang yang banyak.
-->separuh daripada kapal yang digunakan di Eropah adalah buatan Belanda.
-->Belanda berjaya menguasai perdagangan di Eropah pada abad ke-16 dan ke-17.

iii) perubahan pusat perdagangan.
-->sebelum ini, pusat perdagangan antarabangsa di Eropah berlaku di sekitar Laut Meditteranean. Namun pada abad ke-16 pusat perdagangan telah beralih ke Lautan Atlantik.
--> orang Belanda menggunakan pelabuhan Lisbon (portugis) untuk mendapatkan barangan dari timur untuk diperdagangkan di Eropah utara. Oleh itu orang Belanda telah menjdai orang tengah dan memperoleh keuntungan yang banyak.

iv)penutupan pelabuhan LIsbon kepada Belanda
--> penutupan pelabuhan Lisbon kepada saudagar Belanda oleh Sepanyol telah menyebabkan Belanda mencari sendiri bekalan barang mewah dari timur.
-->ini merupakan faktor utama Belanda menawan kepulauan Rempah di Asia Tenggara.
-->tujuan Belanda menguasai tanah jajahan di Timur ialah:
a)menguasai perdagangan di timur
b)menghapuskan monopoli Portugis dan Sepanyol.
c)menggunakan keuntungan dari perdagangan untuk membiayai peperangan menentang kekuasaan di Belanda.
d)menawan pusat perdagangan dan pelabuhan di timur.

v) penubuhan VOC
-->Bagi mengukuhkan lagi kekuasaan di Timur, Kerajaan Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).
-->tujuan penubuhan VOC adalah untuk menyatukan modal badan-badan persendirian dan keseluruhan modal menjadi sebuah syarikat yang kuat dan kukuh.
-->penguasaan Belanda keatas perdagangan rempah di Kepulauan Rempah telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import di Eropah.

vi)Perbankan dan Insurans
-->usahawan Belanda yang telah berjaya dalam perniagaan telah menceburkan diri dalam perniagaan Perbankan dan Insurans .
--> mereka telah memberi pinjaman kepada Denmark, Austria dan Sepanyol.
-->Bank of Amsterdam adalah bank paling berjaya di Eropah.

Kesimpulannya, pada akhir abad ke-17 kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk kegunaan penduduknya selama 12 tahun.
Ekonomi Belanda telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-17. 
Namun pada awal abad ke 18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan dari negara Eropah seperti England.



Tuesday 3 September 2013

Masyarakat Agraria..

alhamdulillah....
setelah kita selesai bab masyarakat feudal di England dan Jepun la kita teruskan dengan masyarakat agraria di Belanda dan China pula. :)

pengenalan:
1)secara umumnya perkataan ekonomi berasal daripada gabungan kata greek iaitu oikos dan oikonomia yang membawa maksud  segala kegiatan yang melibatkan pengeluaran dan pengedaran sesuatu barang.

2)semasa zaman pertengahan di eropah, ekonomi dilaksanakan melalui sistem batter @ tukaran barang kerana sistem mata wang masih belum menjadi medium pertukaran yang lazim digunakan.

3)terdapat tiga peringkat pembangunan ekonomi dalam sejarah ekonomi iaitu:

a) ekonomi primitif
   i)mengamalkan pengeluaran asas seperti tanah dan air sebagai milik bersama.
  ii) konsep keuntungan individu masih belum diamalakan

b) ekonomi perhambaan
    i)penggunaan hamba dijadikan faktor pengeluaran.
    ii)hamba dijadikan buruh-buruh diladang dan tidak dibayar gaji, sebaliknya terikat dengan majikan sehingga sampai satu masa yang ditetapkan.

c) ekonomi feudal
   i)sistem ekonomi yang mempunyai peratus dan ketetapan yang harus diikuti oleh golongan bawahan.
   ii) ketua-ketua feudal mempunyai kuasa yang besar disokong pula oleh golongan pembesar yang mendapat keuntungan daripada ketua-ketua feudal tersebut.

3) masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan, pemungutan hasil sungai dan hutan.

4) kebiasaanya, penempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai, kawasan berbukit,serta kawasan yang mempunyai saliran yang baik.

5)masyarakat agraria di China hanya menurut segala arahan golongan pembesar dan tiada sistem pemberian gaji kepada golongan petani.

6)masyarakat agraria di China melaksanakan tanggungjawab sebagai petani atas tanggungjawab kepada pemerintah.
(*mudah cerita, petani-petani ni depa bertani sebab ada kesedaran sivik untuk membantu pemerintah)


7) pada abad ke-16 berlaku perubahan politik dan  ekonomi yang pesat menyebabkan keruntuhan sisitem feudal.

8) keruntuhan sistem feudal telah menyebabkan kemunculan negara bangsa yang baru seperti Portugal, Belanda, Sepanyol dan England.

9)keruntuhan sistem feudal telah menyebabkan daerah-daerah diperintah oleh unit-unit politik yang berasingan sebelum ia disatukan dibawah satu pentadbiran pusat yang diketuai oleh raja secara mutlak.

10) pemerintahan sistem raja berkuasa mutlak dan pembentukan negara kebangsaan membolehkan kerajaan menyeragamkan segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini memberikan kesan yang besar kepada Ekonomi yang dijalankan.

11) bagi negara China & Belanda dasar ekonomi yang dijalankan dikenali sebagai mekantilisme.

12) Mekantilisme ialah campur tangan kerajaan dalam ekonomi bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh polititik dan menambah kekayaan negara.

13) Melalui campur tangan secara langsung dalam ekonomi, kerajaan dapat memastikan perkembangan ekonomi yeng berlaku selari dengan matlamat dan kepentingan negara.

14)Dasar makatisme mempunyai tiga unsur yang penting iaitu unsur nasionalisme, paternalisme dan imperialisme.

a) nasionalisme
  i)memperlihatkan sesebuah negara membina satu sistem ekonomi yang kendiri, iaitu tidak bergantung kepada negara lain untuk memenuhi keperluannya.

ii)negara terbabit dapat mengekalkan kedaulatan , prestij dan menambah kekuatan politik serta kekayaan negara tanpa bergantung kepada negara lain.

iii) bagi mencapai tahab kendiri dalam ekonomi,negara tersebut harus memajukan ekonominya sama ada dalam sektor pertanian mahupun perindusterian.

iv)kerajaan perlu memberi galakan dan perlindungan kepada kedua-dua sektor tersebut bagi memenuhi keperluan dalam negara dan mengelakan pengimportan barang dari luar negara.

b)paternalisme
 i)memperlihat kerajaan  memainkan peranan yang besardan secara langsung dalam mengatur kegiatan ekonomi, politik dan sosial.

ii)oleh sebab itu, sehingga kini kehidupan masyarakat eropah tidak terlepas daripada peraturan dan undang-undang.

iii)kerajaan menentukan kegiatan pengeluaran dalam bidang ekonomi, menentukan kuantiti dan kualiti barang, menetapkan harga barang, kadar upah dan sebagainya.

c) imperialisme

i)dalam mekantilisme, unsur ini sangat penting. Melalui  dasar  ini, negara mesti mempunyai tanah jajahan di seberang laut.

ii)tanah jajahan menjadi lambang prestij negara serta memenuhi keperluan ekonomi negara induk.

iii)dengan mempunyai tanah jajahan, sesebuah negara tidak perlu bergantung kepada negara lain.

iv) tanah jajahan diperlukan bagi membekalkan bahan mentah dan kawasan pasaran barangan negara induk.

15) negara belanda dan China mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme yang mempunyai unsur yang berlainan. Negara Belanda mengamalkan unsur peternalisme dan imperialisme.

16)manakala negara China mengamalkan unsur nasionalisme dan paterlisme dalam menentukan ekonominya. 

17) pengamalan unsur-unsur mekantilisme ini membolehkan kedua-dua negara memperlihatkan perkembangan ekonomi agraria sepanjang abad ke-16 dan ke-17.

alhamdulillah selesai sudah pengenalan kita mengenai masyarakat agraria...
lepas ni insyaAllah kita akan teruskan dengan Masyarakat Agraria di Belanda...
jangan la baca je..
follow-follow le sama... :3