Proses pembentukan
tamadun Hwang Ho…
Nama tamadun
Hwang Ho diambil semperna nama sungai Hwang Ho yang menjadi lokasi tamadun ini.
Sungai Hwang Ho menjadi nadi kepada tamadun Hwang Ho kerana ia menyuburkan
tanah untuk pertanian dan kegunaan harian. Petempatan awal penduduk Hwang Ho
ialah tapak Banpo yang berhampiran dengan Bandar sian moden. Seperti tamadun-tamadun
dunia yang lain, aktiviti utama masyarakat tamadun Hwang Ho ialah pertanian,
perternakan, memungut hasil hutan dan memburu. Jika di tamadun Indus terdapat Bandar
seperti Harappa dan mahenjedaro yang
menjadi pusat aktiviti harian di Hwang Ho Bandar Anyang menjadi pusat aktiviti
harian. Bandar Anyang juga menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
Ciri-ciri
tamadun Hwang Ho
(: Negara kota
1):
Pertempatan awal yang berteraskan aktiviti pertanian telah menyebabkan
munculnya Bandar-bandar. Bandar-bandar ini kemudiannya telah berkembang menjadi
sebuah Negara kota. Contoh Negara kota Tamadun Hwang Ho ialah Bandar Anyang.
2):Ciri-ciri
Bandar Anyang ialah:
a): terletak di kawasan tanah tinggi Hwang
Ho
b):mempunyai istana,kuil dan pusat pentadbiran
c):menjadi tempat kediaman
raja,pembesar dan golongan agama
d): mempunyai tembok bagi
menghalang pencerobohan musuh
e): dikelilingi oleh
perkampungan masyarakat petani.
(:
organisasi sosial
1): raja
menjadi tonggak Negara dan berada di tinggkat teratas hirekri tamadun Hwang Ho
2): diikuti
oleh bangsawan, para pembesar dan pegawai kerajaan yang mempunyai tentera
sendiri.
3): kemudian
diikuti oleh golongan petani. Kebanyakan rakyat tamadun Hwang Ho menjadi
petani.
4): selain
petani, masyarakat Hwang Ho juga banyak yang menjadi artisan dan pedagang. Golongan
artisan wujud kerana kemahiran yang muncul semasa dinasti Shang iaitu
penguasaan dalam teknologi gangsa. Gangsa dihunakan untuk penghasilan senjata,
perisai, hiasaan kereta kuda dan kegunaan dalam upecara keagamaan.
5): akhir
sekali ialah hamba. Perhambaan merupakan cirri utama masyarakat Shang. Golongan
pembesar dapat menundukkan golongan bawah kerana mereka sahaja yang mempunyai
tentera dan senjata gangsa.
(:
pengkhususan pekerjaan
1): system organisai
sosial telah menyebabkan pengkhususan
pekerjaan.
2): golongan
pembesar mempunyai tentera masing-masing. Tentera terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu:
a) tentera yang menunggang kuda
b)tentera yang berjalan kaki
3): golongan
petani adalah tonggak utama ekonomi dan pentadbiran Hwang Ho kerana membekalkan
keperluan harian golongan atasan dan menyediakan bahan untuk perdagangan.
4):golongan
artisan pula berperanan dalam mencipta pelbagai alatan tembaga untuk kegunaan
harian dan dagangan.
5): golongan
pedagang pula menjalankan aktiviti perdagangan. Mereka berdagang hasil
pertanian dan barangan hasil industry tembaga.
6):golongan
hamba berperanan sebagai
(a): tentera paksaan
(b) buruh kasar
(c) korban dalam upecara penyembahan.
(: system pemerintahan
1):
mengamalkan system pemerintahan beraja
2): pewaris
raja mestilah lelaki yang lebih muda daripada raja tersebut samaada saudara
lelaki raja atau anak raja tersebut.
3):
raja-raja shang mempunyai kuasa yang mutlak dan menguasai politik, ekonomi,
sosial dan agama.
4):
masyarakat shang percaya bahawa raja mereka mendapat mandate daripada tuhan
untuk memerintah.
5):
raja-raja shang terdiri daripada keturunan pemerintahan agama oleh itu mereka
tidak perlu mendapat pengesahan politik.
6): raja
dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Golongan baangsawan
menjadi gabenor di kawasan luar pusat
pentadbiran atau tanah jajahan. Golongan bangsawan berhak dalam membentuk system
pemerintahan sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.
7): system ini
diasimilasikan oleh pentadbiran dinasti Chou. Raja chou telah membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan
melantik pembesar-pembesar tempatan untuk wilayah itu.
8): sebagai
balasan pembesar tempatan mestilah
(a) berikrar taat setia kepada pemerintah
(b) `memberikan hadiah separti kereta kuda,
gangsa, senjata ,hamba dan binatang kepada raja.
(c) memberikan bantuan tentera semasa
perang.
(d) melindungi raja.
9) pembesar
tempatan diberi kebenaran sebagai ketua agama untuk menjalankan upecara
pengorbanan.
(: upecara
keagamaan
1):
mengamalkan kepercayaan anamisme dan politeisme (percaya kepada banyak tuhan)
2):
melakukan pelbagai aktiviti penyembahan
a) menyembah roh nenek moyang
b)menyembah tuhan syurga (shang ti) dan tuhan
bumi (tu)
c)menyembah bukit, gunung dan sungai.
3) upecara
penyembahan diiringi oleh muzik, tarian dan upecara korban yang diketuai oleh
bomoh.
4) amalan
menilik nasib menggunakan tulang oracle turut diamalka. Bomoh akan meramalkan
nasib berdasarkan rekahan pada tulang tersebut setelah tulang itu dicampakkan
ke dalam api, berdasarkan situasi semasa.
5) amalan
ini menjadi titik mula perkembangan tulisan di China.
(: system tilisan.
1): idea
untuk mencipta tulisan tercetus hasil aman penilikan nasib yang menggunakan
tulang oracle.
2):
rekahan-rekahan pada tulang itu menjadi inspirasi kepada masyarakat Hwang Ho
untuk mencipta tulisan.
3): tulisan
yang dihasilkan ialah berbentuk ideogram atau symbol. Symbol yang sering
digunakan ialah bulan, matahari, sungai dan kanak-kanak.
4): kemudian
tulisan ini telah mengalami perubahan hingga ke bentuk yang sangat komplek.
Sumbangan tamadun
Hwang Ho
1):
mengamalkan system pemerintahan beraja dan diteruskan sehingga ke dinasti
Ching.
2):
penggunaan gelaran raja di ubah kepada maharaj semasa pemerintahan dinasti
Ching.
3): konsep
anak syurga, mandate dari syurga yang berkaitan dengan raja dan amalan putaran dinasti diamalkan ingga
hari ini.
4): dalam
aspek ekonomi, pemimpin Shang menitik beratkan pembangunan pertanian dengan
membina terusan untuk mengairi tanaman dan mengelakan banjir.
5): semasa
pemerintahan dinasti Shang, system pengairan ini diteruskan oleh maharaja Shih
Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah di bina di Shechwan
untuk mengairi kawasan pertanian.
6): hasil
perkembangan pesat ini telah membawa kepada penciptaan cangkul, sabit dan batas
pertanian. Pada awal penciptaan alat ini, ia diperbuat daripada kayu kemudian ditukar kepada besi.
7): system tulisan
menjadi satu subangan penting kepada dunia.
8): system tulisan
berkembang secara evolusi.
9): ia
memainkan peranan dalam bidang penulisan dan pencetakan dan diajar di
sekolah-sekolah di China dan berkembang ke jepun dan korea.
10):
kepercayaan tamadun Hwang Ho masih diamalkan hingga hari ini. Antaranya ialah
pemujaan roh nenek moyang,konsep yang dan ying serta feng shui.
11): amalan
korban manusia digantikan dengan barangan seperti makanan dan wang kertas.
12) system kelendar
diperkenalkan. Sebulan mempunyai 30 hari dan setahun 360 hari. Kelendar digunakan
untuk menentukan musim menanam dan menuai. Selain itu ia juga digunakan untuk
upecara perkahwinan, perburuan atau pengkebumian.
13): dalam
bidang falsafah, falsafah perang sun tzu masih masih digunakan hingga ke hari
ini. Karya Sun Tzu iaitu The Art OF War yang membincangkankan mengenai stategi
peperangan telah diulang cetak dalam pelbagai bahasa untuk kegunaan peperangan
dan aktiviti perniagaan.
No comments:
Post a Comment