Saturday, 2 March 2013

Makanan Pelik Dan Eksotik Di Asia



                                       Asia merupakan sebuah benua besar yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya serta cara hidup. Dengan kepelbagaian kaum dan ras sudah pastinya terdapat pelbagai jenis makanan. Atas dasar world of views dan perbezaan geografi maka pelbagai jenis makanan terhasil. Jom kita tengok makanan pelik orang Asia. walaupun begitu saya tidak memfokuskan kepada haiwan eksotik, mahu pun yang biasa kita dengar seperti daging anjing atau katak.Pelik kerana ianya sangat berbeza, unik dan menarik, namun mungkin tekak anda akan loya apabila makanan ini dihidangkan didepan anda, jom layan.

1)Balut.
Merupakan makanan tradisional dari Filipina, dan menjadi kegemaran ramai.Bahan asasnya ialah telur itik atau ayam.Telur tersebut mestilah telur yang sudah dieramkan dan hanya menunggu masa untuk menetas. Embrio telur sudah membentuk tubuh ayam atau itik yang sudah sempurna. Biasanya ianya dimasak dengan rebusan kicap atau perisa dan dicicah dengan sos. Menurut orang filipina, makanan ini memang sedap dan menyelerakan.Cuma berhati-hati sewaktu memakannya, mungkin tulang atau bulu ayam akan terlekat di tekak.
images2  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Balut
balut21  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
embrio, ayam,makanan kegemaran di Filipina

2)Drunken Shrimp.
Makanan yang menjadi kontroversi di China, udang mentah yang masih hidup digaulkan bersama-sama dengan arak dan dijadikan hidangan. Masih popular di sesetengah tempat di China, walaupun dianggap kejam. Makanan laut secara mentah ini sangat berbahaya,kerana mengandungi bakteria dan mikroorganisma yang belum mati.
Drunken Shrimp  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
udang mentah masih hidup

3) Ying Yang Fish ( Ikan Ying Yang )
Merupakan makanan yang diharamkan di Taiwan, namun masih popular di sebelah Asia Timur.Ying yang merupakan tenaga di dalam badan yang terbahagi 2, baik dan jahat, namun diterjemahkan kepada ikan, dimana, ikan akan dimasak hanya di bahagian badannya, sementara ikan tersebut masih hidup.Memang merupakan cara masakan yang kejam,kerana insang ikan masih tercungap-cungap sementara isinya dimakan.
Ying Yang Fish  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Ying Yang Fish-ikan masih bernyawa

4)Serangga- Tarantula, cengkerik, belalang
Di anggap sebagai snek yang rangup dan lazat bagi penduduk di Thailand, Laos dan Kemboja. Kebanyakan serangg ini akan digoreng dan dijaual biasanya sewaktu pasar malam. Serangga ini dikatakan bagus kerana dikatakan mengandungi kandungan protein yang tinggi. FriedSpiders  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Tarantula, makanan lazat bagi masyarakat kemboja
5)Sannakji Hoe ( Sotong Mentah Hidup )
Sotong diletakkan di dalam akuarium, jika pelanggan ingin memakannya, sotong tadi ditangkap, dipotong-potong, kemudian digaulkan dengan minyak dan biji bijan, dan di makan mentah-mentah. Merupakan makanan popular di Korea, kata mereka lebih menarik jika sotong tersebut bergerak-gerak di dalam pinggan, lebih menyelerakan.
Octopus  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Sannakji hoe e1300209160849  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
6)Telur Semut Merah
Merupakan makanan kegemaran bagi masyarakat di Thailand.terdapat di kawasan gerai jalanan sehinggalah di ke restoren mewah. Makanan eksotik ini biasanya dihidangkan di dalam bentuk sup.Kata orang Thailand sewaktu memakan telur semut,ianya begitu lembut, dan meletup di dalam mulut dengan rasa yang istimewa.
red ants eggs  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia


7) Ikan Mentah ( Jepun )
Masyarakat Jepun memang terkenal dengan pelbagai makanan mentahnya.
4437537790 f0cc670452 o  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia

8)Ikan menari,
 ikan kecil ini dimakan mentah,dihirup,dikatakan ikanmenari kerana ia berenang-renang di dalam mulut sebelum ditelan !
4437537766 66bd3dc1fb111 o  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
9) Shiokara,
Makanan laut, dari ikan mentah,yang bercampur garam dan cuka yang di tapai ( lebih kurang macam budu kut? )
4437517526 2f13d65a81111111 o  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
10)Natto
 soya yang ditapai, sangat busuk, tetapi menjadi makanan sarapan pagi masyarakat Jepun
tuna eyes by altons images n chloeandliah  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Mata Ikan Tuna sebagai hidangan istimewa.
Ada banyak lagi makanan di seluruh dunia yang pelik, namun di dalam Islam kita mesti memilih makanan yang bersih, suci lagi halal, kerana makanan membentuk jiwa dan keperibadian.

3 comments:

Bios Logos said...

aisshhh.....bikin geli + jijik oh...

Dayah Danisha said...

Ish , loklaq gilaa...

Unknown said...

Balut tu sgt sedap... Aku makan di vietnam semasa bertugas di sana