Wednesday 28 August 2013

Masyarakat Feudal di Jepun

masyarakat feudal di Jepun..

masyarakat feudal di Jepun terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
a)golongan pemerintah: shogun,daimyo
b)golongan diperintah :samurai, petani, saudagar
shogun..                                                                 
selepas tahun1192 Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam sistem pemerintahan apabila Taira Kiyomori ketua pahlawan puak tiara telah berjaya mengalahkan tentera maharaja. Selepas itu, Minamoto Yorimoto  pula telah mengalahkan puak tiara dan menggelarkan dirinya shogun (ketua tentera)

--> Toyotomi Hideyoshi (1536-1598) telah melaksanakan dasar sistem feudal dan menjadi ketua yang berdaulat.
--> Hideyoshi  memerintah atas nama maharaja dan untuk mengukuhkan lagi kuasanya sebuah suruhanjaya ditubuhkan iaitu Five Elders (go-tairo) bagi mengekalkan pemerintahannya.
--> pada tahun 1600 Tokugawa Leyasu berjaya mengalah Hedeyoshi dan menubuhkan Kesyogunan Tokugawa
tokugawa leyasu
--> pada zaman Shogun Tokugawa (1603-1867) Tokugawa lebih berkuasa daripada Maharaja.
-->maharaja dianggap sebagai ketua negara tetapi tidak mempunyai kuasa pemerintahan.
-->Baginda hanya sebagai simbol perpaduan sahaja.
-->Kuasa pemerintahan sebenarnya terletak pada Shogun Tokugawa.
-->Tokugawa telah menubuhkan 3 jabatan utama iaitu Majlis Penasihat Agung, Majlis Tentera dan Majlis Kehakiman. 
-->Bagi menyekat kuasa Maharaja dan Daimyo (pembesar) Tokugawa telah memperkenalkan undang-undang peraturan bagi istana.
-->Tokugawa telah mengagihkan tanah-tanah yang dirampas dari penentang politiknya kepada tenteranya supaya mereka dapat memerhati Daimyo yang diragui kesetiannya.

Daimyo
-->bermula dengan status ketua popular dikalangan pahlawan.
-->pada abad ke-16 mereka menggelar diri mereka sebagai bangsawan daerah yang bergelar daimyo.
-->Daimyo dibantu oleh pegawaipentadbir dan pegawai tentera.
-->kebanyakan Daimyo membangunkan kekuatan tentera di daerah kekuasaan mereka.
-->Mereka menjadikan golongan petani sebagai tulang belakang ekonomi dan bekalan tentera.
-->mereka mendapat sokongan daripada pedagang yang menyediakan alat pengankutan semasa berperang.
-->daimyo terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu: daimyo Fudai, daimyo Shimpan dan daimyo Tozama.

daimyo Fudai
-->cabang daripada keluarga Tokugawa dan sekutu-sekutunya.
-->memiliki tanah hampir seluas 50000 koku (1koku=5bushel)
-->dikurniakan tanah dibahagian tengah dan utara Honshu
-->membantu tokugawa menguasai pemerintahan.
-->menyediakan pertahanan ketenteraan dan pentadbiran kepada Keshogunan Tokugawa.

daimyo Fudai
-->dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara.
-->terdiri daripada pelbagai cabang keluarga tokugawa.
-->antara keluarga tokugawa yang utama dikenali sebagai Go-Sanke atau tiga rumah milik anak Leyasu yang terletak di daerah Owari Kii dan Mito.
-->tugasnya sama seperti daiyo Fudai.

daimyo Tozama
-->tidak mempunya pertalian saudara dengan Liyasu.
-->merupakan tuan-tuan tanah feudal yang sama ada mengambil pendirian berkecuali dengan pertempuran antara Leyasu dengan Mitsunari di Sikigahara atau bersekutu dengan Mitsunari dalam pertempuran tersebut.
-->selepas pertempuran di Sekigahara, leyasu  tidak mempercayai daimyo Tozama dan mengawal mereka dengan ketat.

Samurai
-->merangkumi 5% dari penduduk Jepun
-->merupakan kelas paling berpendidikan dalam sistem feudal tokugawa.
-->tinggal berhampiran bandar atau istana.
-->menjaga keamanan negara dan kepentingan Daimyo.
-->menunjukan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Daimyo.
-->tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang lain walaupun negara dalam keadaan aman.


Petani
-->di kalangan rakyat biasa, petani berada di kedudukan tinggi. Mereka merangkumi 80 hingga 90% jumlah penduduk.
-->mereka terpaksa membayar 40-50% daripada hasil keluaran mereka sebagai cukai tahunan kepada Daimyo.
-->petani yang gagal membayar cukai akan dikenakan hukuman yang berat.
-->Jepun merupakan negara pertanian yang tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan negara luar berikutan dengan amalan dasar tutup pintu.
-->pada zaman era Tokugawa, ekonomi Jepun dikatakan ekonomi beras. Hasil pendapatan Daimyo dan Samurai diukur mengikut banyak beras yang dimiliki dan bukannya mata wang oleh itu amat jelas golongan Daimyo dan Samurai ditanggung oleh golongan petani.

Tukang Mahir
-->berada dibawah petani.
-->memiliki pengetahuan dan keupayaan istimewa dan mendapat penghormatan dan hasil pertukangan mereka digunakan oleh Daimyo.
-->tukang senjata dan tukang pedang diberikan layanan istimewa. Mereka diberi gaji yang lumayan dan rumah yang baik.

Pedagang
-->berada dibawah tukang mahir.
-->dipandang rendah dan tidak dibenarkan melakukan mobiliti sosial.
-->keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan dengan kemunculan bandar-bandar seperti Edo, Osaka, Nagoya, dan sebagainya. Bandar-bandar ini berkembang menjadi pusat perdagangan.
-->pendapatan berasaskan beras digantikan dengan ekonomi berasaskan wang.
-->perubahan tersebut telah memberikan kedudukan yang penting kepada pedagang terutamanya kepada pedagang beras, garam, sake, arang batu dan pakaian.
-->keadaan tersebut telah menyebabkan golongan pedagang berjaya mengumpul wang dan harta.
-->akhirnya mereka berjaya memperbaiki status dengan mengikat golongan bangsawan dan samurai melalui hutang.

alhamdulillah..
selasai dah update bab masyarakat feudal di Jepun.. InsyaAllah lepas ni kita akan study bab perbezaan masyarakat feudal di England dengan Masyarakat feudal Di Jepun... :)

No comments: