Saturday 27 October 2012


KONSEP IMPERIALISME..

imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara atau kuasa meluaskan pengaruh melalui penjajahan.. ia telah lama wujud sejak zaman  yunani dan rom.. imperialis moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa barat menguasai wilayah di AMERIKA LATIN, AFRIKA, DAN ASIA..

IMPERIALIS BARAT

1):bermula apabila PORTUGIS menjajah MELAKA pada 24 ogos 1511
2):pada awal era emperialis ia hanya bertujuan menguasai perdagangan rempah
3):persaingan imperialis barat menjadi sengit apabila berlaku REVOLUSI PERINDUSTERIAN
4):REVOLUSI PERINDUSTERIAN menyebabkan negara-negara imperialis bersaing untuk mendapatkan bahan mentah seperti BIJIH TIMAH dan mencari kawasan untuk memasarkan produk mereka
5): negara-negara imperialis barat ialah PORTUGIS, SEPANYOL,BELANDA,     BRITAIN, PERANCIS.AMERIKA SYARIKAT

FAKTOR IMPERIALIS BARAT

1):kedudukan yang stategik-asia tenggara terletak di laluan antara china dan india
2):pasaran-asia tenggara sesuai untuk dijadikan kawasan untuk memasarkan produk   negara mereka kerana penduduk asia tenggara ramai
3):kesuburan tanah-tanah di asia tenggara subur dan sesuai untuk penanaman tanaman dagangan seperti getah dan lada hitam
4):kaya dengan hasil galian- asia tenggara mempunyai banyak hasil galian seperti bijih timah dan petroleum
5):revolusi perindusterian- revolusi perindusterian menyebabkan negara imperialis memerlukan banyak bahan mentah oleh itu mereka telah menjajah asia tenggara bagi memenuhi keperluan tersebut kerana asia tenggara kaya dengan bahan mentah
6):pengankutan- penciptaan kapal wap dan pembukaan terusan suez telah mempercepatkan perjalan antara eropah dan asia tenggara
7):telegraf- telegraf telah memudahkan lagi perhubungan antara timur dan barat kerana ia memudahkan kuasa barat memberi arahan kepada pegawai mereka di tanah jajahan.
8):persaingan kuasa barat- kuasa barat beranggapan bahawa jika mereka mempunyai banyak tanah jajahan maka mereka akan dipandang tinggi oleh kuasa barat yang lain
8):beban orang putih- kuasa imperialis beranggapan bahawa mereka merupakan negara yang telah bertamanun dan penduduk di asia tenggara masih lagi belum bertamadun oleh itu menjadi tanggungjawap                   mereka untuk mentamadunkan masyarakat asia tenggara
9):agama kristian-mereka bercita-cita untuk menyebarkan agama kristian di asia tenggara

PERUBAHAN SISTEM POLITIK..

sebelum kedatangan imperialis corak pemerintahan di asia tenggara ialah mengunakan sistem beraja..
raja dibantu oleh pembesar dan pegawai-pegawai yang lain
apabila imperialis datang ke asia tenggara mereka memperkenalkan sistem birokrasi barat
sistem birokrasi ini penting bagi imperialis untuk menguasai politik dan ekonomi negara jajahannya

PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

1): sistem birokrasi barat diperkenalkan bagi menggantikan sistem beraja
2): ia merupakan 1 sistem yang mempunyai hierakri,pembahagian tanggungjawap,prosedur dan peraturan rasmi yang dijalankan oleh pegawai kerajaan sepenuh masa
3):pentadbiran dijalankan melalui biro atau jabatan yang diketuai oleh pegawai barat. pembesar tempatan juga terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran namun begitu kuasa pemerintahan tetap berpusat pada pegawai barat
4):FILIPINA
     SEBELUM KEDATANGAN SEPANYOL
         terdiri daripada beberapa buah  daerah yang dikenali sebagai barangay yang diketuai oleh golongan
          datu (pembesar yang mempunyai hubungan dengan kesultanan sulu)
           sebelum kedatangan sepanyol telah wujud kerajaan kesultanan sulu di selatan filipina
     
 SELEPAS KEDATANGAN SEPANYOL
          sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbiran pusat yang diketuai oleh gabenor general di              
           peringkat pusat, ketua dato bandar di peringkat wilayah, dan gabenor kecil di peringkat bandar
           barangay disatukan menjadi encomenda yang diketuai oleh ecomendaro dan menyebabkan
           pentadbiran tradisional merosot.
           encomendaro bertanggungjawap menjaga keamanan, mengutip cukai, mengkristiankan  
          penduduk barangay
           penduduk tempatan amat membenci sistem ini kerana mengenakan cukai yang   tinggi  
           dan melakukan kerahan tenaga

5):INDONESIA

         SEBELUM KEDATANGAN BELANDA
           
             terdiri daripada beberapa kerajaan yang berasingan seperti kerajaan                                       mataram, aceh dan bentam
            pentadbiran diketuai oleh raja yang dibantu oleh pembesar yang digelar bupati

         SELEPAS KEDATANGAN BELANDA
            belanda membahagikan pentadbiran kepada dua pentadbiran iaitu pentadbiran
            pusat  dan pentadbiran peringkat tempatan.
            Peringkat pusat diketuai oleh gabenor general manakala peringkat peringkat
            Tempatan ditadbir oleh pembesar tempatan dibawah pengawasan pegawai
             Belanda
            Beberapa jabatan turut ditubuhkan bagi melincinkan pentadbiran
            Dewan tempatan dan majlis rakyat(volksraad) ditubuhkan atas
            Desakan parti serekan islam

6):BURMA

       SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
         Pentadbiran di bawah dinasti konbaung (dinasti terakhir) dibantu oleh Hluttaw
         (majlis diraja) wun(pegawai tinggi kerajaan), myothugyi (ketua Bandar)
          Ahmudan(pegawai diraja) athi(pegawai bukan diraja) raja merupakan
          Penaung kepada sami budda

             RAJAàHLUTTAWàWUNàMYOTHUGYIàAHMUDANàATHI
   
          SELEPAS KEDATANGAN BRITISH
              Menyingkir dinasti konbaung dan jawatan pembesar tradisional di
              Peringkat pusat.
              British memperkenalkan sistem pentadbiran barat yang diketuai oleh
              Pesuruhjaya tinggi british
               British memperkenalkan akta kampong ulu Burma 1887 dan
               Akta perkampungan Burma telah menyebabkan pentadbiran tradisional
               Terhapus dan digantikan oleh myo-ok
               Sistem pentadbiran barat yang diperkenalkan  telah menyebabkan pengaruh
               Golongan agama merosot kerana sami budda dinaungi oleh raja
               Beberapa jabatan ditubuhkan bagi melincinkan pentadbiran
              
7): INDOCHINA
         SEBELUM KEDATANGAN PERANCIS
                Indochina ditakbir oleh kerajaan pusat yang berkuasa mutlak yang telah
                memberikan kuasa pentadbiran kepada pembesar tempatan
               golongan mandarin mengetuai birokrasi yang dipengaruhi oleh
               system pentadbiran tanah besar china. Ahli birokrasi dipilih melalui
               peperiksaan

          SELEPAS KEDATANGAN PERANCIS
                pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor general yang dibantu oleh
               pentadbir diperingkat wilayah naungan atau jajahan iaitu leftenen gabenor
                residen dan residen wilayah jeneral.
                Kerajaan pusat dikenali sebagai  UNION INDOCHINOISE.
                Rang undang-undang diluluskan oleh parlimen perancis
                 Perancis membenarkan penubuhan kerajaan tempatan namun
                 Perlu membayar cukai dan menjalankan kerahan tenaga
               
                 
  
8): TANAH MELAYU
   
        SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

            Negeri melayu yang terawal yang mengamalkan system pemerintahan beraja
             Dikenali sebagai kesultanan melayu Melaka.
             Raja dibantu oleh pembesar yang dikenali sebagai pembesar 4 lipatan
             Sultanàpembesar  berempatàpembesar belapanàpembesar 16àpegawai32
             Negeri-negeri lain yang mengamalkan system beraja selepas Melaka ialah
             Kedah Pahang Selangor negeri Sembilan dan perak 
             Semasa pemerintahan portugis, portugis telah memperkenalkan system
             Pentadbiran yang diketuai oleh captain jeneral yang dibantu pembesar
             Tempatan.

      SELEPAS KEDATANGAN BRITISH

            British telah membahagikan negeri-negeri melayu kepada tiga bahagian
            Negeri-negeri selat (pulau pinang, Melaka, singapura )diketuai oleh
            Gabenor diperingkat pusat dan residen di setiap negeri
            Negeri-negeri melayu bersekutu ( perak , Selangor , negeri Sembilan,
           Dan Pahang)  Diketuai oleh residen di setiap negeri
            Negeri-negeri melayu tidak bersekutu( perlis , kedah , Kelantan, Terengganu,
            Johor ) diketuai oleh penasihat british di setiap negeri
            British menasihati sultan dalam pentadbiran kecuali hal agama dan adat
            System kehakiman barat, pengutipan cukai dan pembahagian negeri kepada
            Daerah diperkenal disamping penubuhan balai polis

9):THAILAND

      Thailand tidak dikuasai oleh imperialis barat. Namun begitu Raja Mongkut dan
      Raja chulalongkorn telah memperkenalkan system birokrasi barat dengan
     Melantik  Penasihat barat dalam mengetuai beberapa jabatan serta melatih  
    Pegawai Tempatan.
      Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah,
      Majlis mesyuarat tertinggi, dan cabinet menteri.
      Kemunculan golongan pentadbir baru dan kedudukan mereka dalam pentadbiran                             Adalah berdasarkan tahap pendidikan mereka.
      System raja berpelembagaan diperkenalkan bagi menggantikan system raja   
      Raja berkuasa mutlak segaligus telah menyebabkan pengaruh raja dan pembesar
      Merosot. Pemodenan ini mengekalkan kemerdekaan Thailand

No comments: