assalammualaikum..
Dewasa ini kita dapat lihat ramai wanita yang kerjayanya lebih hebat daripada lelaki. Jika bekerja dalam satu ajensi sekalipun kita dapat lihat pasti ada perempuan yang pangkatnya lebih tinggi daripada lelaki. Mengapa ini berlaku?? adakah perempuan yang mempunyai satu akal dan sembilan nafsu itu lebih hebat daripada lelaki yang mempunyai sembilan akal dan satu nafsu??
Bukan kerana perempuan lebih hebat daripada lelaki yang menjadi faktornya sebaliknya lelaki sering memandang remeh akan satu pekara yang penting iaitu penampilan. Cuba kita lihat penampilan lelaki dan perempuan siapa yang kita lihat lebih hebat?? Sudah semestinya perempuan. Mengapa penampilan yang menjadi faktornya?? Penampilan menjadi faktornya kerana melalui penampilanlah dapat mengambarkan persepsi seseorang itu..
Kali ini saya hendak membincangkan mengenai penampilan semasa pergi ditemuduga. Mengapa mesti bercerita mengenai temuduga?? Hal ini kerana melalui temudugalah ia menjadi titik tolak dalam kerjaya kita. Bagaimanakah penampilan yang perlu bagi menghadiri temuduga?? Penampilan yang sesuai adalah penampilan yang kemas, segak, berkeyakinan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
Bagaimana fesyen yang sesuai untuk ke temuduga?? Baiklah saya akan kongsi pengetahuan saya mengenai fesyen tersebut dan sedikit tips untuk lelaki-lelaki sekalian. Sumber yang saya dapat ini adalah daripada internet dan saya rangkumkan dalam blog saya.. hahaha..
Untuk menghadiri temuduga anda digalakan untuk mengenakan KEMEJA BERSELUAR SLEX BERTALI LEHER DAN MEMAKAI TALI PINGGANG. Semasa memilih kemeja pilihlah kemeja yang menunjukan anda hendak pergi bekerja bukannya kemeja yang menunjukan anda hendak pergi bersuka-ria.
Seperti gambar di atas, ia menunjukan ciri-ciri seseorang yang mempunyai keyakinan diri. Selain itu anda perlulah memilih warna yang sesuai untuk kemeja anda itu. Kebanyakan lelaki mengambil jalan selamat menggayakan kemeja polos kerana dengan menggayakan kemeja polos anda tidak akan nampak seperti Mangsa fesyen. Ada satu lagi langkah selamat untuk mengelakan anda kelihatan seperti mangsa fesyen ai itu mengenakan kemeja bewarna putih.Warna putih adalah warna yang sesuai untuk pelbagai keadaan dan mudah kotor. Oleh itu jika anda mengenakan kemeja putih maka penemuduga dapat menilai tahap kebersihan anda. Anda dinasihatkan agar mengenakan kemeja yang berlengan panjang kerana ianya kelihatan lebih kemas dan bergaya tambahan pula digayakan bersama tali leher. Bagi seluar pula anda digalakan menggunakan seluar Slex hitam kerana hitam adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan warna-warna yang lain. Anda dilarang sama sekali untuk memakai seluar jeans dan sebagainya semasa menghadiri temuduga kerana ia melihatkan seperti anda seorang yang kurang disiplin dan tidak mempunyai etika.
Anda juga dinasihatkan agar mengenakan juga tali leher kerana dengan adanya tali leher anda akan kelihatan lebih tampan dan bergaya. Pemilihan warna bagi tali leher hendaklah kontra yang sehaluan dengan kemeja anda dan jangan sesekali mengenakan warna yang kontra berlawanan dengan kemeja anda. Apa itu kontara sehaluan dan kontra berlawanan?? Kontra sehaluan ialah kontra yang sejuk mata memandang seperti putih dan biru. Jika anda mengenakan kemeja putih maka anda bolehlah menggunakan tali leher bewarna biru. Manakala kontra yang berlawanan pula ialah warna-warna yang apabila dipandang menyakitkan mata kita seperti warna hijau dan merah. Jika anda memakai kemeja hijau jangan la pula anda memakai tali leher berwarna merah dah macam badut sarkas kepala dongga dah.. hahaha... selain itu anda juga perlu menitik beratkan corak tali leher anda dengan kemeja anda. Sebagai contoh jika anda mengenakan kemeja polos eloklah anda gayakannya dengan tali leher yang bercorak jalur melintang atau seumpamnya. Begitu juga jika anda mengenakan kemeja yang bercorak maka eloklah anda gayakan bersama tali leher yang polos.
|
tali leher |
Selain itu anda juga disarankan untuk memakai tali pinggang kerana dengan adanya tali pinggang penampilan anda akan lebih kemas dan bergaya. Dalam soal pemilihan tali pinggang ini anda digalakan mengenakan tali pinggang kulit kerana tali pinggang kulit lebih sesuai dengan seluar slax. Anda juga dinasihatkan untuk mengenakan eksesori seperti jam tangan, klip tali leher dan "cuff-link". Pemilihan aksesori ini juga penting agar keterampilan anda lebih menyerlah. Anda perlulah memastikan anda mengenakan aksesori yang bewarna kontra yang sehaluan dengan warna kemeja dan tali leher anda.
|
contoh jam tangan |
|
contoh cuff-link |
Selain kemeja, seluar dan tali leher, kasut juga penting dalam menampakan imej yang berketerampilan. Anda dinasihatkan agar mengenakan kasut kulit yang bewarna hitam kerana kasut jenis ini sesuai dengan seluar anda. Elakan memakai kasut kanves atau sebarang kasut yang menampakan jari kaki dan pastikan juga ia bewarna hitam serta elakan sama sekali memakai kasut bewarna putih. Cuba anda bayangkan bagai mana imej anda jika anda memakai kemeja putih, bertali leher biru berseluar hitam dan berkasut putih... nampak macam mangsa fesyen saja.. hahaha.... Anda mesti ingat, apabila anda memakai kasut jangan lupa pakai sarung kaki a.k.a stokin kerana stokin memainkan peranan sebagai ejen pelindung bulu kaki anda. Adakah anda tahu bahawa sesetengah orang jijik melihat bulu kaki orang lain?? Cuba anda bayangkan jika anda pergi temuduga, penampilan yang lain ok dah tapi tak pakai stokin dan penemuduga tersebut pula jijik akan bulu kaki orang lain saya yakin dan percaya permohonan anda InsyaAllah akan ditolak. Untuk pengetahuan anda, stokin ini juga sering dijadikan sebagai alat untuk mengukur tahab kebersihan seseorang itu. Macam mana?? pikir la sendiri... hahaha.. Seperti biasa, warna pada stokin perlulah sama warna dengan kasut anda agar ia nampak kemas dan bergaya.
|
kasut yang sesuai |
|
stokin |
Di atas adalah contoh kasut dan stokin yang sesuai untuk anda gayakan semasa pergi ke temuduga. Satu pekara lagi yang perlu diingatkan bahawa anda perlulah menggilapkan kasut hitam anda tersebut hingga berkilat dan bersinar kerana dari kasut juga orang dapat mengetahui tahap kerajinan anda.
Baiklah saya rasa bab pakaian saya sudah ceria sekarang saya nak cerita mengenai kebersihan diri pulak. Saya mulakan dengan rambut. Utuk pergi temuduga anda dinasihatkan agar memotong rambut agar pendek dan kemas. Elakan buat rambut pesen tentera rom @ trojen dan elakan juga daripada mewarna rambut anda dengan pelbagai warna. Sebaik-baiknya anda biarkan rambut anda dengan warna asli rambut anda dan pastikan anda letakan sedikit krim rambut @ minyak rambut agar kelihatan kemas.
Di atas adalah contoh-contoh gaya rambut yang sesuai untuk anda gayakan.
|
botak.. jalan pintas jika anda konfius nak pilih gaya rambut |
Selain rambut, penjagaan kulit muka juga penting. Tak salah jika anda mencuci muka agar kulit tidak berminyak. Jika kulit muka anda berminyak ia menampakan yang anda ini seorang yang pemalas.
|
contoh pencuci muka.
|
Selain kulit muka, bagi anda yang mempunyai janggut maka rapikanlah janggut anda itu agar kelihatan kemas dan berketerampilan. Elakan daripada membiarkan janggut anda tidak terurus.
|
contoh janggut yang kemas. |
Selain itu gigi juga perlu dijaga secara rapi. kita sekurang-kurangnya perlulah menggosok gigi @ bersiwak @ bersugi. Hal ini kerana bersugi adalah sunnah nabi s.a.w seperti mana hadis baginda s.a.w "jika tidak memberatkan umat aku, nescaya aku wajibkan keatas mereka untuk bersugi sebelum tidur,". Jika kita mempunyai gigi yang putih sudah semestinya kita mempunyai senyuman yang menawan dan ini akan menyakinkan penemuduga akan kemampuan kita.
|
gosok jangan tak gosok |
|
senyuman yang menawan menggoda hati yang melihat |
Selain itu kita mestilah ingat kita setiap hari akan berpeluh oleh itu dinasihatkan agar anda memakai sedikit deodorant dan minyak wangi agar anda tidak akan berbau ketika panas. Anda juga dinasihatkan agar memakai singlet dalam agar kemeja anda tidak kelihatan lembab ketika anda berpeluh. Anda juga boleh membawa sapu tangan untuk mengelap peluh anda.
|
contoh deodorant |
|
contoh minyak wangi |
Dan yang paling penting, KUKU. Pastikan kuku anda dipotong kemas kerana ia menampakan tahab kebersihan diri anda.
|
potong kuku |
Sebelum saya terlupa, wahai lelaki-lelaki sekalian janganlah lupa menggosok pakaian anda sebelum anda pergi temuduga.
|
hati-hati semasa menggosok pakaian agar tidak terbakar |
Baiklah sekarang saya hendak kongsikan beberapa tips dan petua serta pekara-pekara yang perlu dielakan semasa pergi temuduga.
1) mengenakan baju melayu atau baju batik
- jika hari temu duga itu jatuh pada hari khamis anda dinasihatkan agar tidak memakai baju batik kerana baju batik di khaskan untuk orang yang dah kompom kerja dengan kerajaan. Anda baru sahaja pergi temuduga oleh itu anda belum pasti lagi dapat jawatan yang anda pohon itu oleh itu pikir-pikirkanlah
-jika hari temu duga jatuh pada hari jumaat janganlah memakai baju melayu kerana ia tidak sesuai untuk dipakai semasa temuduga.
|
contoh baju melayu |
2)menggayakan fesyen rambut yang pelik seperti trojen atau mewarnakan dengan warna yang pelbagai.
di bawah ni saya nak kongsi beberapa fesyen rambut yang tidak sesuai untuk digayakan semasa pergi temuduga.
|
fesyen Thailand |
|
landak ka musang ni? rasa naruto ni.. |
|
naik moto x akai helmet insyaAllah polis x perasan |
|
pesen doktot berani tiru?? kena saman bayang sendiri |
|
meteor jatuh.. |
|
yang ni kalau bagi arahan payah dengaq ni |
|
yang ni lagi la jangan buat cukur terus lagi baik |
3) kemaskan janggut jangan buat pesen janggut yang pelek-pelek
|
ni pesen ubat nyamuk FUMAKILLA |
4) Pakai pakaian yang telah saya cerita dengan panjang lebarnya tadi jangan ikut macam yang bawah ni
|
kalau yang macam ni awai-awai lagi dah kena halau |
5) kemaskan cara pemakaian anda. ada antara kita yang memakai tali leher hanya pakai sekadar pakai tanpa memenuhkan butang dan merapatkan tali leher tersebut. Bak kata pengetua saya dulu pesen TALI BERUK hahaha... rindu zaman sekolah... baiklah di bawah ni ada beberapa gambar yang mana kita perlu elakan daripada meirunya. hal ini penting kerana apabila penemu duga melihat anda dengan berkeadaan serabut sedemikian rupa mereka beranggapan bahawa anda seorang yang bermasalah oleh itu keyakinan mereka terhadap anda untuk menggalas tanggungjawab di syarikat mereka semakin kurang.
|
ni handsome dah tapi rambut tu pendekan, baju masuk dalam seluar, seluar tu tukar pakai seluar slex dan tali leher tu kena kemaskan. Baru la handsome dan bergaya. |
|
abang kita ni elokdah cuma rapatkan tali leher tu bila nak pergi temuduga baru la macho |
6) elakan diri daripada bercakap pekara-pekara yang tiada kaitan dengan jawatan anda seperti makanan kegemaran anda dan sebagaianya.
|
kalau dah jadi macam ni dah lama makan penampaq |
7) jangan la terlampau gementar. ingat bahawa penemuduga anda itu adalah makhluk sahaja. Mereka tidak boleh mengapa-apakan anda melainkan dengan izin Allah s.w.t
|
no komen. |
8) elekan daripada memakai kasut yang menampakan jari kaki, stokin yang tidak sesuai serta aksesori seperti gelang bagi lelaki.
|
kasut yang menampakan jari kaki |
|
stokin yang tidak sesuai |
|
aksesori yang tidak sesuai |
Jadi apa yang dapat saya katakan ialah keterampilan seseorang itu melambangkan peribadinya. Orang akan menilai kita melalui penampilan kita. SEandainya anda mempunyai kerajinan namun keterampilan anda kurang menarik maka agak sukar bagi anda untuk dinaikan pangkat kerana anda melambangkan diri anda seorang yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. kerana imej anda yang serabut. Oleh itu jagalah penampilan anda agar sejuk mata memandang dan ia akan menaikan imej anda serta syarikat anda dan dapat melembutkan hati penemuduga anda untuk menerima anda.
Kesimpulannya pakaian melambangkan peribadi seseorang itu. Melalui pakaianlah orang akan menilai diri kita. Oleh itu kita hendaklah berpakaian kemas agar nampak segak dan bergaya. Mungkin ada antara anda yang mengatakan "tak kan kami nak pakai tali leher penuh butang kot?? nanti orang kata kami ni mat skema," Persoalannya disini, siapa orang itu?? cuba kita tengok siapa yang kata?? mungkin tiada siapa pon yang berkata apa-apa tetapi kita yang tiada keyakinan diri ini yang berkata lagipon tak kiralah orang mana sekalipon yang berkata kita mesti ingat mereka itu adalah makhluk Allah yang lemah oleh itu keputusan ditangan anda sama ada hendak tampil sebagai seorang yang kemas, handsome dan bergaya atau seorang yang serabai macam ___... sekian dahulu buat kali ini moga ada yang dapat dimanfaadkan...
insyaAllah panjang umur murah rezeki kita berjumpa lagi.
Assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment