Wednesday 11 September 2013

Masyarakat Agraria Di Belanda







->Selepas berjaya membebaskan diri daripada pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol, Belanda mengalami ledakan ekonomi dan mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-16 dan ke-17. Hal ini kerana beberapa faktor yang menyumbang kepada pencapaian ini. Antaranya ialah:


I) Revolusi pertanian
-->pada abad ke-17 berlaku revolusi pertanian di kawasan desa, jumlah petani telah meningkat dan penggunaan kuda dalam pertanian juga meningkat.
--> masyarakat petani menjadi lebih berdikari dan menjurus kearah pertanian ladang.
--> petani Belanda membahagikan ladang mereka kepada tiga bahagian dan mengusahakan dua bahagian manakala satu bahagian lagi dijadikan tanah rang tanpa diusahakan untuk mengekalkan kesuburan tanah.
--> kerajaan Belanda telah berjaya meningkatkan pertanian kerana telah berjaya menambak laut untuk dijadikan kawasan petanian.
-->penggunaan kincir angin telah membolehkan air disalurkan ke kawasan pertanian.

-->masyarakat agraria juga mengamalkan sistem tanaman bergilir dengan menanam sengkuang dan kekacang secara berselang seli dengan tanaman bijirin.
-->kaedah penggiliran ini bukan sahaja menyuburkan tanah tetapi meningkatkan pengeluaran.
-->mereka juga menggunakan najis binatang sebagai baja organik untuk menyuburkan tanah.
-->masyarakat belanda mengusahakan penternakan lembu daging dan lembu tenusu.
--> Belanda juga mengusahakan industri tektil.
--> bandar Leiden dan Haarlem menjadi pusat pengeluaran tekstil dan banyak dipasarkan di seluruh eropah.
-->Orang Belanda juga berjaya sebagai nelayan.
--> mereka menguasai laut utara hingga ke selatan Inggeris.
--> hampir 1/5 penduduk Belanda terlibat dengan industri perikanan.

ii) industri Perkapalan                         
-->Belanda menjadi negara yang mengusahakan pembuatan kapal yang terbaik di Eropah.
-->kapal yang dibina berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh memuatkan barang yang banyak.
-->separuh daripada kapal yang digunakan di Eropah adalah buatan Belanda.
-->Belanda berjaya menguasai perdagangan di Eropah pada abad ke-16 dan ke-17.

iii) perubahan pusat perdagangan.
-->sebelum ini, pusat perdagangan antarabangsa di Eropah berlaku di sekitar Laut Meditteranean. Namun pada abad ke-16 pusat perdagangan telah beralih ke Lautan Atlantik.
--> orang Belanda menggunakan pelabuhan Lisbon (portugis) untuk mendapatkan barangan dari timur untuk diperdagangkan di Eropah utara. Oleh itu orang Belanda telah menjdai orang tengah dan memperoleh keuntungan yang banyak.

iv)penutupan pelabuhan LIsbon kepada Belanda
--> penutupan pelabuhan Lisbon kepada saudagar Belanda oleh Sepanyol telah menyebabkan Belanda mencari sendiri bekalan barang mewah dari timur.
-->ini merupakan faktor utama Belanda menawan kepulauan Rempah di Asia Tenggara.
-->tujuan Belanda menguasai tanah jajahan di Timur ialah:
a)menguasai perdagangan di timur
b)menghapuskan monopoli Portugis dan Sepanyol.
c)menggunakan keuntungan dari perdagangan untuk membiayai peperangan menentang kekuasaan di Belanda.
d)menawan pusat perdagangan dan pelabuhan di timur.

v) penubuhan VOC
-->Bagi mengukuhkan lagi kekuasaan di Timur, Kerajaan Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).
-->tujuan penubuhan VOC adalah untuk menyatukan modal badan-badan persendirian dan keseluruhan modal menjadi sebuah syarikat yang kuat dan kukuh.
-->penguasaan Belanda keatas perdagangan rempah di Kepulauan Rempah telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import di Eropah.

vi)Perbankan dan Insurans
-->usahawan Belanda yang telah berjaya dalam perniagaan telah menceburkan diri dalam perniagaan Perbankan dan Insurans .
--> mereka telah memberi pinjaman kepada Denmark, Austria dan Sepanyol.
-->Bank of Amsterdam adalah bank paling berjaya di Eropah.

Kesimpulannya, pada akhir abad ke-17 kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk kegunaan penduduknya selama 12 tahun.
Ekonomi Belanda telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-17. 
Namun pada awal abad ke 18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan dari negara Eropah seperti England.



No comments: