Tuesday 20 August 2013

Masyarakat Feudal di England..


assalammualaikum & salam sejahtera..
pada kesempatan ini cek nak sambung nota kita yang lepas.. 

masyarakat feudal di England..

faktor-faktor yang membentuk masyarakat feudal di Engaland.

a) perang seratus tahun
 -->meletus antara England dan Perancis selama 116 tahun (1337-1453)
-->kesannya: -timbul semangat nasionalisme dikalangan orang  England..
                       - bahasa inggeris dijadikan sebagai bahasa                                         penggantar di England.

b) perang bunga mawar
-->merupakan peperangan antara golongan bangsawan.
-->kesannya:- berlaku huru hara
                      - rakyat mahukan keamanan
                      - bagi menamatkan huru-hara rakyat terpaksa                                 menerima pemerintahan raja berkuasa mutlak.

c)penubuhan monarki berkuasa mutlak di Eropah
--> penubuhan monarki kebangsaan di eropah pada abad ke-15           mempengaruhi pemerintahan monarki di England.
--> rakyat percaya bahawa :
- raja dilantik oleh tuhan untuk memerintah.    
 -  rakyat harus membantu raja tanpa banyak soal walaupun raja itu zalim atau kejam. 
  - raja yang zalim atau kejam adalah balasan atas dosa yang dilakukan oleh rakyat itu sendiri.
- kepercayaan ini diakui oleh raja dan pihak gereja.

masyarakat feudal di eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu:

a) golongan pemerintah
    -->lapisan pertama:- raja
    -->lapisan kedua:- bangsawan (baron) dengan gelaran Count, Duke, lord dan vassal
    --> lapisan ketiga:- knight (pahlawan)

b) golongan diperintah
     --> lapisan keempat:- patani (serf) & rakyat biasa.

raja(king)
--> raja berkuasa mutlat dan busat segala kekuasaan.
--> rakyat tiada hak untuk membantah.
--> raja hanyak bertanggungjawab kepada tuhan dalam                       pemerintahan dan bukannya kepada rakyat.
-->rakyat tidak berhak bersuara dalam pemerintahan raja kerana      kuasa raja adalah kuasa suci daripada tuhan.
--> rakyat perlu taat setia kepada raja walaupun raja itu zalim.
--> walaupun raja berkuasa mutlak namun raja masih                           menghormati prinsip perbatasan kuasa yang terdapat dalam           MAGNA CARTA [piagam @perlembagaan yang dipakai di             England sejak zaman pertengahan (1215)]
--> perbatasan ini  menunjukan bahawa England mengamalkan           monarki terhad iaitu raja tidak boleh mengubah undang-                 undang secara sesuka hati seperti mana yang tercatat dalam           mangna carta.

Raja Henry VII


raja hendy vii
--> mengamalkan pemerintahan berkuasa mutlak.
--> membelakangi parlimen.
--> parlimen hanya bersidang sebanyak lima kali semasa                     pemerintahannya.
--> parlimen hanya mengikut arahannya sahaja.
--> baginda telah menggunakan majlis diraja sebagai mahkamah         baru yang tidak memberi perlindungan kepada saksi.
--> ini menyebabkan saksi dan juri takut untuk hadir kemahkamah       sekiranya keputusan tidak menyebelahi golongan atasan.

 Raja James I

-->raja itu dari tuhan.
-->undang-undang itu dari raja
--> raja berstatus suci dan rakyat perlu patuh kepada raja.
-->raja mengatasi segala undang-undang yang digubal oleh                manusia.
-->parlimen, gereja dan mahkamah diwujudkan untuk berkhidmat      kepada raja dan bukan berkongsi kuasa dengan raja.
-->kewujudan Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat yang berkuasa      tentang cukai dan undang-undang menyebabkan James I                  merasakan kuasanya terbatas.
-->permohonan belanjawan tambahannya perlu mendapat                    kelulusan parlimen tetapi permohonannya telah ditolak.
--> James I bertindak menggunakan kuasa mutlaknya tetapi                 ditentang oleh parlimen.
-->baginda bertindak menangkap sesiapa yang menentangnya.

Raja Charles I

-->meneruskan dasar yang dijalankan oleh ayahdanya.
-->akibat tidak puas hati, parlimen telah memaksanya                           menandatangani pengishtiharan hak pada tahun1668.
--> Charles I enggan menerima pengishtiharan tersebut dan                 bertindak membubarkan parlimen dan menjalankan                         pemerintahan secara mutlak.
--> tindakannya telah mencetuskan perang saudara antara                   penyokong raja dan penyokong parlimen.
-->akhirnya kemenangan berpihak kepada penyokong parlimen           dibawah pimpinan oliver cromwell dan charles I dibunuh.

Oliver Cromwell
-->menjalankan pemerintahan bercorak diktaktor
-->parlimen hanya bersidang apabila mempunyai kepentingan            kepada beliau.

Raja Charles II
-->merupakan putera raja Charles I
-->dilantik selepas kematian Oliver Chromwell
--> berjanji mematuhi dan menghormati parlimen.

Raja James II.
-->menggantikan adindanya Charles II.
--> baginda merupakan raja yang kurang cekap.
--> baginda beragama Katolik.
--> isteri pertamanya beragama Protestan.
--> hasil perkahwinan dengan isteri pertama mendapat anak                 bernama Mery.
--> Mery dikahwinkan dengan William of Orange (belanda)
--> James II berkahwin dengan isteri keduanya yang beragama            katolik.
--> dikurniakan seorang putera dan mahukan puteranya menjadi          penggantinya memerintah England.
-->tindakan tersebut mendapat tentangan rakyat England yang            beragama Protestan.
-->rakyat England mahukan Mery menjadi pemerintah England.
--> mereka mengutuskan surat kepada Mery dan William di                  belanda untuk pulang ke England.
--> dengan kekuatan tentera seramai 15000 orang, Mary dan                William telah mendarat di England.
-->mengetahui perkara tersebut James II telah lari ke Perancis.
--> Peristiwa tersebut dikenali sebagai revolusi cemerlang kerana       tiada pertumpahan darah.

kesimpulannya:
-->raja tidak berkuasa sepenuhnya dalampemerintahan.
--> raja dibantu oleh parlimen.
--> pentadbiran negara dimonopoli oleh golongan bangsawan.

Raja:-pemilik semua tanah dalam kerajaan
        :-penguasa keatas semua tuan tanah.
        :- hal ini membolehkan raja memajakkan tanah kepada                       sesiapa yang dipercayainya (golongan bangsawan)
        :- bangsawan membekalkan tentera kepada raja untuk                         peperangan sebagai balasan.
        :-raja memberi hadiah kepada bangsawan agar bangsawan                setia kepada raja.
        :- secara tidak langsung, bangsawan terikat kepada raja.

Bangsawan (Baron)
:-herekri kedua selepas raja. 
 :-memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi.
 :- mendapat gelaran daripada raja seperti Count, Duke, Lord dan Vassal. 
 :-menerima tanah daripada raja dan memerintah di kawasannya.  
 :-mengawal penggunaan tanah dan undang-undang sendiri.
:-mengawal Serf(petani) dengan mengenakan cukai.
:-tanah yang diberikan oleh raja diwarisi oleh keluarga bangsawan.
:-bangsawan mengagihkan tanah mereka kepada Knight (pahlawan) yang membekalkan tentera kepada bangsawan.

Knight (pahlawan)
:-berada di lapisan ketiga.
:-diberikan tanah terhadap perkhidmatan ketenteraan.
:-berkhidmat kepada raja dan bangsawan.
:-Ganjaran tanah, harta dan barang rampasan.

:-bertanggungjawab menjaga keselamatan bangsawan dan keluarga bangsawan.
:-terikat dengan sumpah berkhidmat kepada raja dan bangsawan.
:-boleh dipanggil berperang bila-bila masa.
:-mereka juga mengutip cukai dalam kawasan mereka.
:-mereka juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada Serf semasa ketiadaan Knight dan sebagai balasan Knight akan menjaga keselamatan Serf.

Serf (petani)
:-berada dibawah sekali.
:-tidak bebas sepuhnya dan tidak boleh berpindah.
:-berada dibawah pengawasan raja dan bangsawan.
:-bercucuk tanam dan menternak binatang di tanah yang diperuntukan oleh tuan tanah.
:-memberikan perkhidmatan kepada tuan tanah sebagai balasan.
:-golongan serf akan dikawal sepenuhnya oleh tuan tanah.
:-kehidupan mereka tertutup dan tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar kecuali tuan tanah.
:-segala keperluan mereka seperti pakaian, makanan, peralatan, dan keagamaan kesenmuanya disediakan oleh institusi manor (satu unit sosio ekonomi)

kesimpulannya:
:-pada awal abad ke-16, berlaku perubahan dalam masyarakat feudal apabila raja mula menggunakan perkhidmatan golongan pemtadbir dan tentera yang dibayar gaji.
:-raja tidak lagi bergantung kepada golongan bangsawan dan knight secara tidak langsung raja boleh mengawal keseluruhan perkara tanpa dibayangi oleh bangsawan dan knight.

:-raja memberikan anugerah kepada bangsawan untuk mendapatkan bantuan kewangan.
:-raja memberi anugerah agar mereka diiktiraf oleh masyarakat tanpa menggugat kuasa raja.
:-tempat knight dalam tentera digantikan oleh orang awam dan serf yang menjadi tentera tetap.
:-kehidupan golongan serf semakin baik selepas perlaku perubahan ekonomi.
:-banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian.
:-permintaan kepada bahan makanan semakin meningkat.
:-pertanian komersial turut dijalankan.
:-golongan serf bebas dari tuan tanah apabila berlaku peningkatan dalam perdagangan, kemunculan bandar dan perusahaan.
:-kesannya berlaku tenaga buruh di desa dan menyebabkan tuan tanah terpaksa mengupah orang bebas yang dibayar gaji dan membebaskan serf bagi mengerjakan tanah tersebut.
:-pembebasan yang dinikmati oleh golongan serf membolehkan mereka bekerja sebagai buruh upahan di ladang, menyewa tanah dari tuan tanah dan berpindah ke bandar untuk bekerja sebagai buruh kasar atau buruh mahir.

alhamdulillah..
selesai dah bab ni..
nantikan entry seterusnya dengan tajuk Masyarakat Feudal di Jepun... :)

No comments: