Thursday 15 August 2013

MASYARAKAT FEUDAL...

assalammualaikum & salam sejahtera..

pada kesempatan kali ni Raja Demak bukan nak bergosip pasai orang nu orang ni tapi kali ni cek cuma nak kongsi nota-nota ringkas cek saja..
atas permintaan ramai maka cek nak syer le nota-nota ringkas STPM cek setakat yang termampu.. cek bukannya tera mana pon cuma nak berkongsi ilmu saja..
nota cek ni tak la cantik tera mana pon cuma cek nak tulis dalam bentuk santai bukan bentuk buku..

pengenalan..
masyarakat. masyarakat ni kita buleh takrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di suatu tempat dengan aturan atau cara tertentu/pergaulan hidup. masyarakat juga ditakrifkan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama dengan menggunakan bahasa pertuturan yang sama. dari segi istilah, masyarakat disebut sebagai jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan dan keseluhuran hubungan sosial atau dapat disimpulkan sebagai rakyat sebuah negara..

amboi... panjang berjela cek ceqhita..
hahahhaa.. kompom ampa tak paham..
biaq cek terangkan...

~>kumpulan manusia yang tinggal di suatu tempat secara bersama contohnya seperti masyarakat kampung le..
~>komuniti manusia yang tinggal bersama-sama dan bertutur menggunakan bahasa yang sama sebagai contoh masyarakat melayu. Orang melayu bertutur menggunakan bahasa melayu masyarakat cina bertutur menggunakan bahasa cina dan begitulah.. (huraian ini infiniti).. hahahhaha...
~>jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial atau disebut sebagai rakyat sesebuah negara.. faham??
mudah cerita kita ni sebagai rakyat malaysia disebut sebagai masyarakat malaysia la... macam tu la... :)

ha dah paham dah no pasai masyarakat??
la cek nak ceqhita pulak pasai FEUDAL..

sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-individu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah berdasarkan dalam susunan kelas dalam lapisan herarki.

menurut ahli sejarah feudal adalah satu fenomena politik ketenteraan yang menekankan kepada unsur-unsur pembahagian kuasa,sistem undang-undang dan kelas-kelas kententeraan persendirian yang diasaskan oleh hubungan vassalage-fief. Ada juga pendapat yang mengatakan feudalisme adalah fenomena sosio-ekonomi.

:-faktor-faktor kemunculan feudalisme di Eropah..

a)- keperluan mendapatkan perlindungan..
     --> pada zaman pertengahan awal, kehidupan masyarakat eropah sangat sukar hal ini kerana serangan orang  gasar, serangan oleh orang gasar ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan.
--> hubungan masyarakat eropah dengan dunia luar terputus.
-->harta yang paling berharga bagi masyarakat zaman pertengahan awal adalah tanah. Oleh itu apabila mereka diserang oleh raja-raja orang gasar, mereka memberikan penghormatan mereka dengan sukarela kepada wakil-wakil raja orang gasar kerana mereka mendapat perlindungan daripada musuh mereka dan dapat meneruskan kehidupan.
-->sebagai balasan atas perlindungan yang diberikan, rakyat menyerahkan tanah mereka dan diri mereka kepada tuan tanah (lords). mereka berjanji akan memberikan sebahagian hasil pertanian kepada lords dan menjadi tenaga tentera kepada lords.
--> pada masa yang sama, golongan lords ini saling bermusuhan antara satu sama lain oleh itu mereka mahu golongan bangsawan berkuasa atas tanah anak-anak buah dan hamba-hambanya.
-->ada juga lords yang menerima tanah daripada raja atau duke, mereka dikenali sebagai tenants in chief (ketua penyewa). mereka ini memberi sewa sebahagian tanah meraka kepada orang lain dan mendapat kesetiaan daripada penyewa mereka itu.

b)- pengaruh rom..
--> di akhir pemerintahan empayar rom, ramai bangsawan tempatan yang berpengaruh mengambil alih pentadbiran tempatan.
--> golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, perundangan dan mengutip cukai.
--> para pertani terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk mendapatkan perlindungan.
--> oleh kerana tidak mampu membayar cukai, para petani menyerahkan tanah mereka kepada tuan-tuan tanah utama (magnates)
--> tuan-tuan tanah utama menyatukan tanah-tanah tersebut menjadi estat.
--> sebagai ganti rugi, lord membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup.
-->perjanjian ini dikenali sebagai precarium
-->beban precarium lebih rendah jika dibandingkan dengan cukai yang dikenakan oleh Rom..
--> satu lagi amalan masyarakat rom yang menyumbang kepada feudalisme ialah amalan patrocinium
--> menurut amalan patrocinium ini, golongan miskin dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh untuk menyara hidup mereka.
-->dengan amalan inilah mulanya wujudnya tentera-tentera persendirian bagi melindungi keselamatan bangsawan dan pertani.
-->petani-petani yang menggunakan estet rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium.
-->perubahan waktu menyebabkan mereka menjadi serf

c)-pengaruh Jerman

-->pada zaman pertengahan, telah berlaku kebanjiran puak Jerman di eropah.
-->mereka membawa sistem lord atau vassal yang dikenali sebagai comitatus
-->sistem ini sama seperti patrocinium
-->pemerintah jerman  herzog telah menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.
-->tentera-tentera jerman telam memberikan naungan kepada patrot-patrot rom.
-->mereka telah membentuk tentera persendirian yang besar yang dikenali sebagai bucellarians.

---------------------------------------------------------------------------
--> faktor-faktor tersebut banyak mempengaruhi sistem feudal di eropah.
-->pada masa ini, golongan bangsawan mempunyai tanah yang luas dan menjalankan pentadbiran secara langsung di daerah mereka.
-->banyak raja dan putera raja cuba menundukan golongan bangsawan dengan menyuruh mereka memberikan taat setia kepada raja dan anak-anak raja tersebut.
-->apabila kesetiaan bangsawan tersebut diperolehi maka pengaruh raja dan anak-anak raja semakin kukuh dan pengaruh rom semakin lemah.

struktur sistem feudal di Eropah

-->struktur sistem masyarakat feudal di eropah berbentuk piramid
--> ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pemerintah dan golongan yang diperintah.

a)-golongan pemerintah
    -->raja@ maharaja berada di kedudukan teratas
    --> diikuti oleh anak raja, bangsawan dan pembesar-pembesar negeri.

b)-golongan diperintah
     -->terdiri daripada golongan rakyat biasa.

1) masyarakat feudal di eropah memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan tertinggi.

2) kemudian diikuti oleh count, lord, manor dan serve

3) raja menyerahkan tanah kepada pegawai utama atau ketua penyewa (count).

4) count menyerahkan tanah kepada manor (ketua unit sosio-ekonomi).

5) gereja pula bertanggungjawab atas perlantikan raja dan ahli gereja.

6)menurut sistem feudal,  setiap orang mempunyai tanggungjawab tertentu, dan bergantung kepada jenis tanah yang dipajak dengan syarat pemajakannya.

7)tanah diperolehi daripada raja.

8)count berkewajiban menyediakan tentera dan menyumbang wang kepada raja.

9)raja akan melindungi count dan tidak akan campur tangan dalam urusan tanah selagimana count menjalankan kewajiban kepada raja.

10) lapisan masyarakat yang paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di eropah ialah petani atau serf.

11) mereka merupakan golongan miskin dan tidak berpelajaran.

12) mereka mendapat hak yang sedikit namun mempunyai tugas yang besar dalam masyarakat.

13)tugas utama mereka ialah mereka perlu memuaskan hati tuan-tuan tanah.

14)peluang mereka untuk menjadi kaya adalah tipis.

15) taraf individu dalam masyarakat ditentukan oleh status warisan (yang sedia ada) atau berdasarkan pencapaian (anugarah daripada raja)

sistem feudalisme di Jepun

1) sistem feudalisme di jepun telah berakar umbi sejak zaman Kamakura.

2) feudalisme wujud kerana kemunculan estet-estet persendirian yang dikenali sebagai syo @ syoen.

3) kemunculan estet-estet persendirian telah menyebabkan permindahan kuasa daripada kerajaan pusat kepada tuan-tuan tanah di wilayah-wilayah.

4) pertumbuhan feudalisme dipercepatkan oleh kemerosotan kuasa golongan aristokrat dan kebangkitan golongan pahlawan atau buke di wilayah-wilayah.

5) golongan pahlawan ini memberikan kesetiaan kepada Kamakura.

6)kewajiban golongan pahlawan  lebih berasas kepada moral daripada undang-undang.

7) Minamoto Yorimoto telah membuka jalan kepada kemunculan buke di wilayah-wilayah dan telah memperkukuhkan feudalisme di jepun.

8) Buke telah mendominasi jawatan jito dan shogo

9) Kamakura Bakufu telah menentukan calon bagi jawatan ini.

10) Prgawai-pegawai yang dilantik memberikan kesetiaan kepada  shogun dan daimyo-daimyo yang lain.

alhamdulillah selesaidah cek punya into pasai masyarakat feudal di Eropah dan di Jepun secara serba-sedikit. moga-moga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua... 
.


No comments: