sekadar perkongsian buat manfaad umat Muhammad S.A.W .... imam al-syafie ada berwasiat:" orang berilmu bertanya akan pekara yang dia sudah tahu dan pekara yang belum diketahuinya. maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah dia ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahuinya. orang yang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar
Monday, 16 December 2013
Hikayat Anak Gajah
tersebutlah kisah akan sekawan gajah yang hidup aman damai di hutan...
dalam kawan gajah itu terdapat beberapa ekor gajah jantan, beberapa ekor gajah betina dan beberapa ekor anak gajah yang pelbagai umurnya.
pada suatu hari datang seorang pemburu, dipendekan cerita maka seekor anak gajah telah berjaya ditangkap oleh pemburu tersebut.
setelah ditangkap, anak gajah itu dibawa pulang oleh pemburu dan diikat dengan seutas rantai besi pada sebatang tiang. anak gajah itu cuba untuk melepasakan ikatannya itu. Oleh kerana anak gajah itu masih kecil dan kulitnya masih lagi lembut maka dia tidak berdaya untuk melarikan dirinya daripada ikatan tersebut. hasil daripada usahanya untuk melarikan diri itu telah menyebabkan dia menerima luka yang agak teruk.
setelah itu, pemburu itu merawat luka anak gajah itu dan memberinya makan setiap hari. luka pada kaki anak gajah tadi telah sembuh dan meninggalkan parut yang agak besar.
dipendekan cerita, setiap hari anak gajah itu diberi makan oleh pemburu itu sehinggalah genab masa dia bersama pemburu itu sepuluh tahun. pada ketika itu anak gajah itu sudah besar. badan anak gajah itu lebih besar daripada tiang yang menambatnya itu. belalainya sahaja sudah lebih besar daripada tiang itu.
pada suatu hari, terdetik di hati anak gajah itu untuk cuba melarikan diri daripada pemburu itu. apabila dia cuba untuk melarikan diri, dia terpandang akan parut di kakinya kesan daripada tindakannya untuk cuba lari pada suatu masa dahulu.
mengingat kembali akan kesakitan yang dialaminya suatu masa dahulu kerana cuba melarikan diri, anak gajah itu membatalkan niatnya itu kerana tidak sanggup untuk merasai kepedihan seperti dahulu.
akhirnya anak gajah itu terus menjadi belaan pemburu itu sehingga akhir hayatnya. dia menghabiskan hidupnya lebih daripada lima puluh tahun menjadi belaan pemburu itu.
------------------------------------------------------------
pengajaran daripada cerita ini ialah kita perlulah berusaha selepas kita gagal untuk berjaya. hal ini kerana gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.
jika kita tidak berusaha lagi selepas kita gagal dan menjadikan kegagalan itu sebagai tembok penghalang kepada kejayaan kita maka kita akan menjadi seperti anak gajah itu.
jika kita lihat semula kisah anak gajah itu, dia telah gagal pada percubaan pertama. dia ingin mencuba lagi tetapi dia takut pisang berbuah dua kali. cuba kita fikir secara logik akal mengenai fizikal anak gajah itu, setelah sepuluh tahun badannya sudah menjadi lebih besar daripada tiang yang menambatnya itu, bahkan belalainya sahaja sudah lebig besar daripada tiang itu. jika dia cuba melarikan diri, sudah semestinya dia akan berjaya tetapi dia menjadikan kegagalan pertamanya itu sebagai penghalang kejayaannya dan menyebabkan dia terpaksa menghabiskan hidupnya sebagai belaan pemburu itu. jika dia tidak menjadikan kegagalan pertamnay sebagai pengahalang sudah pasti dia akan berjaya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seekor gajah yang bebas.
renung-renungkan... :3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment