Monday, 16 December 2013

Kisah basikal tua dan Banglo..

  
Tersebutlah kisah akan sepasang suami isteri yang miskin. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. keluar pagi pulang petang namun masih belum mampu menampung keperluan hidup.

 Pada suatu petang, setelah pulang dari tempat kerja pasangan ini mengayuh sebuah basikal tua untuk pulang ke rumah.


 Dalam perjalanan untuk pulang itu, mereka telah lalu di sebuah rumah banglo mewah.
di hadapan rumah banglo itu terdapat sepasang suami isteri empunya banglo itu sedang minum petang. Si suami sedang membaca akhbar dan si isteri sedang membaca majalah.

lalu berkatalah si isteri yang miskin tadi kepada suaminya "abang-abang, cuba lihat di sana!" sambil menunjukan ke arah suami isteri yang sedang minum petang tadi. si isteri berkata lagi "tentu seronok jika kita kaya macam mereka, kita boleh bersenang-senag di waktu petang sebegini, menaiki kereta mewah, boleh tidur di tilam yang empuk dan tinggal dirumah yang mewah,"

pada masa yang sama si isteri yang kaya tadi terlihat akan pasangan yang miskin tadi sedang mengayuh basikal sambil berbual-bual. lalu si isteri yang kaya tadi berkata kepada suaminya"abang-abang, cuba abang lihat di sana," sambil menunjuk ke arah pasangan yang miskin tadi. si isteri menerukan bicaranya, "seronok saya melihat mereka abang, walaupun mereka miskin tetapi hidup mereka bahagia, si suami mengayuh basikal dan si isteri membonceng di belakang sambil bergurau-senda tapi kita, rumah besar, kereta besar, duwit banyak di bank tapi kita tidak bahagia. kalau makan abang di utara saya di selatan. cuba kita lihat sekarang sahaja sudah nampak, walaupun kita berada semeja tetapi abang dengan urusan abang saya dengan urusan saya,"

------------------------------------------------------

baiklah daripada dua situasi di atas siapa yang paling beruntung? si kaya atau si miskin?
jawapannya, kedua-dua mereka beruntung jika mereka bersyukur. si miskin walaupun dia miskin tetapi Allah memberinya nikmat hidup yang romantik, sentiasa bersama pasangan, sentiasa ada masa untuk bergurau senda dengan pasangnnya, manakala si kaya pula Allah telah memberikan mereka nikmat kekayaan, ada rumah besar, kereta besar, dapat tidur di tilam yang empuk tetapi tiada masa untuk pasangan mereka. walaupun mereka berada semeja tetapi masing-masing dengan urusan sendiri.

kesimpulannya, walaupun siapapun kita tak kiralah kita kaya atau miskin, tinggal di bandar mahupun desa, jika kita bersyukur maka kita akan bahagia. Mintalah apa yang kamu mahu daripada Allah kerana Allah itu maha kaya lagi maha pemurah tetapi ingat Allah tidak akan memberikan appa yang kamu minta itu melainkan apa yang kamu perlukan kerana Allah maya mengetahui...

renung-renungkan... :3

No comments: