Saturday, 14 December 2013

hikayat si rama-rama...



al-kisah.....
maka tersebutlah kisah akan seorang anak muda yang pergi menuntut ilmu dengan seorang tuan guru yang bijak sana... 

setelah sekian waktu menuntut ilmu dengan tuan guru yang bijak sana itu, maka pada suatu hari, si anak muda itu terlihat akan beberapa ekor ulat beluncas sedang makan daun ditaman di hadapan rumah tuan guru itu.


setelah sekian waktu maka beluncas itu mula berubah menjadi kepompong. oleh kerana, ingin melihat rama-rama yang cantik, maka si pemuda itu menjaga kepompong itu siang dan malam.


setelah sekian waktu menjaga kepompong itu siang dan malam, maka pada suatu hari, kepompon itu bergerak-gerak. Ketahuilah akan si pemuda itu bahawa seekor rama-rama yang cantik akan keluar dari kepompong itu.

semakin lama semakin kuat kepompong itu bergerak. si anak muda itu bersa kasihan melihat si rama-rama itu terpaksa bersusah-susah untuk keluar dari kepompong itu. maka anak muda itu pon pergi mengambil gunting lalu dipotongnya kepompong itu.

kemudian dilihatnya rama-rama yang keluar dari kepompong itu tidak dapat bergerak dan tidak mala kemudian ram-rama itu pon mati.

anak muda berasa kehairanan melihat kejadian itu lalu dicarinya tuan gurunya itu dan diceritakannya akan perihal rama-rama itu.

lalu berkatalah  tuan guru itu,
 "wahai anak muridku, tahukah kamu akan setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya. jika kamu cuba melawan ketentuan Allah maka akan berlakulah kebinasaan seperti mana yang telah terjadi kepada si rama-rama itu,"

si anak muda itu masih belum faham akan bicara tuan gurunya itu lalu dia berkata kepada tuan gurunya itu
"wahai tuan guru yang bijaksana, sesungguhnya aku ini masih muda lagi jahil akan dunia ini. terangkanlah kepada aku apa maksu katamu itu,"

lalu berkatalah tuan guru itu
"wahai anakku, pernahkah kamu lihat rupa seekor beluncas??"

anak muridnya itu menjawab
"ya"

kemudian ditanya lagi tuan guru itu kepada anak muridnya itu
"wahai anak muridku, pernahkah kamu melihat rupa seekor rama-rama yang sedang terbang??"

maka anak muridnya itu pon menjawab
"ya"

tuan guru itu bertanya lagi, pernahkah kamu memerhati perbezaan yang ketara pada beluncas dan rama-rama itu??"

anak murid itu pon menjawab,
"beza yang ketara pada rama-rama dan beluncas itu ialah pada rupanya. beluncas tiada sayap dan rama-rama ada sayap. beluncas badannya agak besar manakala rama-rama badannya kurus,"

tuan guru berkata
"pandai.. tahukah kamu mengapa badan beluncas lebih gemuk dari badan rama-rama??"

anak muridnya itu menjawab
"tidak ya tuan guru"

maka tuan guru yang bijak sana itu pon berkatalah kepada anak muridnya itu,
"wahai anak muridku, jika kamu mahu tahu beluncas itu pada asalnya badannya itu gemuk kerana dalam badannya mengandungi banyak cecair. semasa dia berada dalam kepompongnya itu sayapnya mula tumbuh. apabila sayapnya itu tumbuh, dia perlu membuka kepompongnya itu dengan sendiri. jika dia tidak membuka kepompongnya itu dengan sendiri, maka dia tidak dapat mengaktifkan sayapnya itu. untuk mengaktifkan sayapnya itu, rama-rama perlu menggerakkan badannya agar cecair-cecair yang terdapat dalam badannya itu dapat disalurkan ke sayapnya. apabila cecair dalam sayabnya itu kering barulah sayapnya itu dapat diaktifkan dan dia dapat terbang jika dia tidak bersusah-susah membuka kepompongnya itu, dia tidak dapat menyalurkan cecair yang terdapat dalam badannya itu dan tidak dapat mengaktifkan sayapnya itu kemudian dia akan mati,"

tuan guru itu berkata lagi
"wahai anakku, ketahuilah bahawa setiap peristiwa itu ada hikmahnya walaupun kita lihat ia sangat kejam & sukar namun ia ada hikmahnya yang tersendiri,"

------------------------------------

kesimpulannya, apa yang dapat admin katakan adalah setiap sesuatu itu pasti ada kepentingannya. sebagai contoh jika kita diberi tugas oleh lacture atau sesiapa sahaja untuk melakukan apa-apa tugas kita perlulah melaksanakannya sebaik mungkin walaupun kadang-kadang kita merasakannya sangat tidak releven yang pasti ianya pasti akan berguna juga suatu hari nanti seperti kata pepatah berakit-rakit kehulu berenan-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian... :3

No comments: