Saturday, 27 October 2012

kemunculan dan perkembangan nasionalisme di asia tenggara (part 1)


KONSEP IMPERIALISME..

imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara atau kuasa meluaskan pengaruh melalui penjajahan.. ia telah lama wujud sejak zaman  yunani dan rom.. imperialis moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa barat menguasai wilayah di AMERIKA LATIN, AFRIKA, DAN ASIA..

IMPERIALIS BARAT

1):bermula apabila PORTUGIS menjajah MELAKA pada 24 ogos 1511
2):pada awal era emperialis ia hanya bertujuan menguasai perdagangan rempah
3):persaingan imperialis barat menjadi sengit apabila berlaku REVOLUSI PERINDUSTERIAN
4):REVOLUSI PERINDUSTERIAN menyebabkan negara-negara imperialis bersaing untuk mendapatkan bahan mentah seperti BIJIH TIMAH dan mencari kawasan untuk memasarkan produk mereka
5): negara-negara imperialis barat ialah PORTUGIS, SEPANYOL,BELANDA,     BRITAIN, PERANCIS.AMERIKA SYARIKAT

FAKTOR IMPERIALIS BARAT

1):kedudukan yang stategik-asia tenggara terletak di laluan antara china dan india
2):pasaran-asia tenggara sesuai untuk dijadikan kawasan untuk memasarkan produk   negara mereka kerana penduduk asia tenggara ramai
3):kesuburan tanah-tanah di asia tenggara subur dan sesuai untuk penanaman tanaman dagangan seperti getah dan lada hitam
4):kaya dengan hasil galian- asia tenggara mempunyai banyak hasil galian seperti bijih timah dan petroleum
5):revolusi perindusterian- revolusi perindusterian menyebabkan negara imperialis memerlukan banyak bahan mentah oleh itu mereka telah menjajah asia tenggara bagi memenuhi keperluan tersebut kerana asia tenggara kaya dengan bahan mentah
6):pengankutan- penciptaan kapal wap dan pembukaan terusan suez telah mempercepatkan perjalan antara eropah dan asia tenggara
7):telegraf- telegraf telah memudahkan lagi perhubungan antara timur dan barat kerana ia memudahkan kuasa barat memberi arahan kepada pegawai mereka di tanah jajahan.
8):persaingan kuasa barat- kuasa barat beranggapan bahawa jika mereka mempunyai banyak tanah jajahan maka mereka akan dipandang tinggi oleh kuasa barat yang lain
8):beban orang putih- kuasa imperialis beranggapan bahawa mereka merupakan negara yang telah bertamanun dan penduduk di asia tenggara masih lagi belum bertamadun oleh itu menjadi tanggungjawap                   mereka untuk mentamadunkan masyarakat asia tenggara
9):agama kristian-mereka bercita-cita untuk menyebarkan agama kristian di asia tenggara

PERUBAHAN SISTEM POLITIK..

sebelum kedatangan imperialis corak pemerintahan di asia tenggara ialah mengunakan sistem beraja..
raja dibantu oleh pembesar dan pegawai-pegawai yang lain
apabila imperialis datang ke asia tenggara mereka memperkenalkan sistem birokrasi barat
sistem birokrasi ini penting bagi imperialis untuk menguasai politik dan ekonomi negara jajahannya

KONSEP IMPERIALISME..

imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara atau kuasa meluaskan pengaruh melalui penjajahan.. ia telah lama wujud sejak zaman  yunani dan rom.. imperialis moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa barat menguasai wilayah di AMERIKA LATIN, AFRIKA, DAN ASIA..

IMPERIALIS BARAT

1):bermula apabila PORTUGIS menjajah MELAKA pada 24 ogos 1511
2):pada awal era emperialis ia hanya bertujuan menguasai perdagangan rempah
3):persaingan imperialis barat menjadi sengit apabila berlaku REVOLUSI PERINDUSTERIAN
4):REVOLUSI PERINDUSTERIAN menyebabkan negara-negara imperialis bersaing untuk mendapatkan bahan mentah seperti BIJIH TIMAH dan mencari kawasan untuk memasarkan produk mereka
5): negara-negara imperialis barat ialah PORTUGIS, SEPANYOL,BELANDA,     BRITAIN, PERANCIS.AMERIKA SYARIKAT

FAKTOR IMPERIALIS BARAT

1):kedudukan yang stategik-asia tenggara terletak di laluan antara china dan india
2):pasaran-asia tenggara sesuai untuk dijadikan kawasan untuk memasarkan produk   negara mereka kerana penduduk asia tenggara ramai
3):kesuburan tanah-tanah di asia tenggara subur dan sesuai untuk penanaman tanaman dagangan seperti getah dan lada hitam
4):kaya dengan hasil galian- asia tenggara mempunyai banyak hasil galian seperti bijih timah dan petroleum
5):revolusi perindusterian- revolusi perindusterian menyebabkan negara imperialis memerlukan banyak bahan mentah oleh itu mereka telah menjajah asia tenggara bagi memenuhi keperluan tersebut kerana asia tenggara kaya dengan bahan mentah
6):pengankutan- penciptaan kapal wap dan pembukaan terusan suez telah mempercepatkan perjalan antara eropah dan asia tenggara
7):telegraf- telegraf telah memudahkan lagi perhubungan antara timur dan barat kerana ia memudahkan kuasa barat memberi arahan kepada pegawai mereka di tanah jajahan.
8):persaingan kuasa barat- kuasa barat beranggapan bahawa jika mereka mempunyai banyak tanah jajahan maka mereka akan dipandang tinggi oleh kuasa barat yang lain
8):beban orang putih- kuasa imperialis beranggapan bahawa mereka merupakan negara yang telah bertamanun dan penduduk di asia tenggara masih lagi belum bertamadun oleh itu menjadi tanggungjawap                   mereka untuk mentamadunkan masyarakat asia tenggara
9):agama kristian-mereka bercita-cita untuk menyebarkan agama kristian di asia tenggara

PERUBAHAN SISTEM POLITIK..

sebelum kedatangan imperialis corak pemerintahan di asia tenggara ialah mengunakan sistem beraja..
raja dibantu oleh pembesar dan pegawai-pegawai yang lain
apabila imperialis datang ke asia tenggara mereka memperkenalkan sistem birokrasi barat
sistem birokrasi ini penting bagi imperialis untuk menguasai politik dan ekonomi negara jajahannya

PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

1): sistem birokrasi barat diperkenalkan bagi menggantikan sistem beraja
2): ia merupakan 1 sistem yang mempunyai hierakri,pembahagian tanggungjawap,prosedur dan peraturan rasmi yang dijalankan oleh pegawai kerajaan sepenuh masa
3):pentadbiran dijalankan melalui biro atau jabatan yang diketuai oleh pegawai barat. pembesar tempatan juga terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran namun begitu kuasa pemerintahan tetap berpusat pada pegawai barat
4):FILIPINA
     SEBELUM KEDATANGAN SEPANYOL
         terdiri daripada beberapa buah  daerah yang dikenali sebagai barangay yang diketuai oleh golongan
          datu (pembesar yang mempunyai hubungan dengan kesultanan sulu)
           sebelum kedatangan sepanyol telah wujud kerajaan kesultanan sulu di selatan filipina
     
 SELEPAS KEDATANGAN SEPANYOL
          sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbiran pusat yang diketuai oleh gabenor general di              
           peringkat pusat, ketua dato bandar di peringkat wilayah, dan gabenor kecil di peringkat bandar
           barangay disatukan menjadi encomenda yang diketuai oleh ecomendaro dan menyebabkan
           pentadbiran tradisional merosot.
           encomendaro bertanggungjawap menjaga keamanan, mengutip cukai, mengkristiankan  
          penduduk barangay
           penduduk tempatan amat membenci sistem ini kerana mengenakan cukai yang   tinggi  
           dan melakukan kerahan tenaga

5):INDONESIA

         SEBELUM KEDATANGAN BELANDA
           
             terdiri daripada beberapa kerajaan yang berasingan seperti kerajaan                                       mataram, aceh dan bentam
            pentadbiran diketuai oleh raja yang dibantu oleh pembesar yang digelar bupati

         SELEPAS KEDATANGAN BELANDA
            belanda membahagikan pentadbiran kepada dua pentadbiran iaitu pentadbiran
            pusat  dan pentadbiran peringkat tempatan.
            Peringkat pusat diketuai oleh gabenor general manakala peringkat peringkat
            Tempatan ditadbir oleh pembesar tempatan dibawah pengawasan pegawai
             Belanda
            Beberapa jabatan turut ditubuhkan bagi melincinkan pentadbiran
            Dewan tempatan dan majlis rakyat(volksraad) ditubuhkan atas
            Desakan parti serekan islam

6):BURMA

       SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
         Pentadbiran di bawah dinasti konbaung (dinasti terakhir) dibantu oleh Hluttaw
         (majlis diraja) wun(pegawai tinggi kerajaan), myothugyi (ketua Bandar)
          Ahmudan(pegawai diraja) athi(pegawai bukan diraja) raja merupakan
          Penaung kepada sami budda

             RAJAàHLUTTAWàWUNàMYOTHUGYIàAHMUDANàATHI
   
          SELEPAS KEDATANGAN BRITISH
              Menyingkir dinasti konbaung dan jawatan pembesar tradisional di
              Peringkat pusat.
              British memperkenalkan sistem pentadbiran barat yang diketuai oleh
              Pesuruhjaya tinggi british
               British memperkenalkan akta kampong ulu Burma 1887 dan
               Akta perkampungan Burma telah menyebabkan pentadbiran tradisional
               Terhapus dan digantikan oleh myo-ok
               Sistem pentadbiran barat yang diperkenalkan  telah menyebabkan pengaruh
               Golongan agama merosot kerana sami budda dinaungi oleh raja
               Beberapa jabatan ditubuhkan bagi melincinkan pentadbiran
              
7): INDOCHINA
         SEBELUM KEDATANGAN PERANCIS
                Indochina ditakbir oleh kerajaan pusat yang berkuasa mutlak yang telah
                memberikan kuasa pentadbiran kepada pembesar tempatan
               golongan mandarin mengetuai birokrasi yang dipengaruhi oleh
               system pentadbiran tanah besar china. Ahli birokrasi dipilih melalui
               peperiksaan

          SELEPAS KEDATANGAN PERANCIS
                pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor general yang dibantu oleh
               pentadbir diperingkat wilayah naungan atau jajahan iaitu leftenen gabenor
                residen dan residen wilayah jeneral.
                Kerajaan pusat dikenali sebagai  UNION INDOCHINOISE.
                Rang undang-undang diluluskan oleh parlimen perancis
                 Perancis membenarkan penubuhan kerajaan tempatan namun
                 Perlu membayar cukai dan menjalankan kerahan tenaga
               
                 
  
8): TANAH MELAYU
   
        SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

            Negeri melayu yang terawal yang mengamalkan system pemerintahan beraja
             Dikenali sebagai kesultanan melayu Melaka.
             Raja dibantu oleh pembesar yang dikenali sebagai pembesar 4 lipatan
             Sultanàpembesar  berempatàpembesar belapanàpembesar 16àpegawai32
             Negeri-negeri lain yang mengamalkan system beraja selepas Melaka ialah
             Kedah Pahang Selangor negeri Sembilan dan perak 
             Semasa pemerintahan portugis, portugis telah memperkenalkan system
             Pentadbiran yang diketuai oleh captain jeneral yang dibantu pembesar
             Tempatan.

      SELEPAS KEDATANGAN BRITISH

            British telah membahagikan negeri-negeri melayu kepada tiga bahagian
            Negeri-negeri selat (pulau pinang, Melaka, singapura )diketuai oleh
            Gabenor diperingkat pusat dan residen di setiap negeri
            Negeri-negeri melayu bersekutu ( perak , Selangor , negeri Sembilan,
           Dan Pahang)  Diketuai oleh residen di setiap negeri
            Negeri-negeri melayu tidak bersekutu( perlis , kedah , Kelantan, Terengganu,
            Johor ) diketuai oleh penasihat british di setiap negeri
            British menasihati sultan dalam pentadbiran kecuali hal agama dan adat
            System kehakiman barat, pengutipan cukai dan pembahagian negeri kepada
            Daerah diperkenal disamping penubuhan balai polis

9):THAILAND

      Thailand tidak dikuasai oleh imperialis barat. Namun begitu Raja Mongkut dan
      Raja chulalongkorn telah memperkenalkan system birokrasi barat dengan
     Melantik  Penasihat barat dalam mengetuai beberapa jabatan serta melatih  
    Pegawai Tempatan.
      Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah,
      Majlis mesyuarat tertinggi, dan cabinet menteri.
      Kemunculan golongan pentadbir baru dan kedudukan mereka dalam pentadbiran                             Adalah berdasarkan tahap pendidikan mereka.
      System raja berpelembagaan diperkenalkan bagi menggantikan system raja   
      Raja berkuasa mutlak segaligus telah menyebabkan pengaruh raja dan pembesar
      Merosot. Pemodenan ini mengekalkan kemerdekaan Thailand

10 kerajaan terbesar dalam sejarah dunia



10 Khalifah Usthmaniah ( Ottoman )


Pada puncak kekuasaannya sekitar abad ke-16-17, Kekuasaan Uthmaniah melingkungi di tiga benua, menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara.


Mempunyai 29 propinsi dan negara naungan yang sangat banyak, sementara yang lain diberikan berbagai jenis otonomi selama berabad-abad.


Kerajaan ini berada di pusat interaksi antara dunia Timur dan Barat selama enam abad. Dengan Constantinopel sebagai ibu kota kerajaan, dengan kawasan penguasaan yang luas di sekitar Mediteranian timur pada masa pemerintahan Suleiman the Magnificent (memerintah 1520-1566), Khalifah Usthmaniah, adalah penerus kepada Kerajaan Islam Rom Timur (Byzantium).

9 Khalifah Umaiyah


Khalifah Umaiyah adalah yang kedua dari empat khalifah Islam yang didirikan setelah kematian Nabi Muhammad. Khalifah ini diperintah oleh dinasti Umaiyah, yang namanya berasal dari Umaiyah bin Abd Syams, datuk kepada khalifah pertama Umaiyah.


Walaupun keluarga Umaiyah awalnya berasal dari kota Mekah, Damaskus (Damsyiq) adalah ibukota khalifah Umaiyah. Wilayah kekuasaannya mencakupi lebih dari lima juta mil persegi, menjadikannya kerajaan terbesar dunia, dan kerajaan kelima terbesar yang pernah ada di dunia.


8 Kerajaan Parsi ( Persia )


Kerajaan Babilonia, Akkadians, Assyria, Sumeria, Hitites, Bactrians, Scythians, Partia, Media, Elam, Mesir dan Etiopia . Sebelum wujudnya kerajaan Rom, ada kerajaan Parsi.


Kerajaan ini pada dasarnya menyatukan seluruh Asia Tengah yang terdiri dari banyak berbezaan, budaya, kerajaan dan suku. Ini adalah kerajaan terbesar dalam sejarah kuno.


Pada puncak kekuasaannya, kerajaan ini mencakupi kira-kira 8 juta km2. kerajaan ini mencapai kejayaan pada masa pemerintahan Cyrus yang Agung, dengan kekuasaannya melingkungi tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah.

7. Kerajaan Byzantium ( Bizaitun )



Kerajaan ini juga dinamakan kerajaan Rom Timur, adalah Kerajaan Rom semasa abad pertengahan, berpusat di ibukota Constantinopel, dan diperintah oleh raja yang mempunyai hubungan langsung dengan raja Romawi kuno. Ia dipanggil kerajaan Rom, dan juga Rumania.


Selama kewujudannya, lebih dari seribu tahun, Kerajaan ini mempunyai kekuatan ekonomi, budaya dan tentera yang paling kuat di Eropah, walaupun menghadapi kejatuhan dan kerugian teruk, khususnya semasa Rom dan Parsi berperang.


Kerajaan Rom hancur pada tahun 1204 semasa Perang Salib Keempat, apabila dipecahkan dan dibahagi menjadi Yunani dan Latin Bizantium. Walaupun akhirnya berlaku pemulihan Constantinopel dan pembentukan kembali Kerajaan Rom pada tahun 1261, di bawah raja Palaiologan, perang saudara berterusan pada abad keempat belas telah melemahkan kekuatan kerajaan ini.

6 Dinasti Han


Dalam tempoh China berperang menunjukkan bahawa seluruh China terlibat dalam perang saudara melibatkan kerajaan-kerajaan yang berbeza yang berjuang satu sama lain untuk menguasai wilayah.


Akhirnya, kerajaan Qin telah menang, dan menguasai seluruh China, dengan 40 juta orang di bawah kawalannya. Dinasti Qin tidak memerintah lama, apabila seterusnya dikuasai dinasti Han, yang akhirnya menguasai China selama hampir 400 tahun.


Tempoh pemerintahan Dinasti Han dianggap sebagai masa keemasan dalam sejarah China dalam bidang ilmiah, kemajuan teknologi, kestabilan ekonomi, budaya dan politik.


Malah sehingga hari ini, sebahagian besar orang Tionghoa menyatakan diri mereka sebagai orang Han. Pada masa ini, "orang Han" dianggap kumpulan etnik tunggal terbesar di dunia.

5 Kerajaan Inggeris


Kerajaan Inggeris dikenali sebagai kerajaan terbesar dalam sejarah, kerana menguasai lebih dari 13.000.000 kilometer persegi, yang kira-kira seperempat dari jumlah luas kawasan bumi, dan memerintah lebih dari 500 juta orang , juga merupakan seperempat penduduk dunia.


Akibatnya, warisan itu dicantumkan pada tanah jajahan memberi kesan sangat besar dalam melibatkan reformasi politik, pertukaran budaya dan cara hidup.


Bahasa Inggeris, yang tersebar adalah bahasa kedua ayang paling-banyak digunakan di dunia pada masa ini, dan ahli linguistik setuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa standard de facto dunia.


Kerajaan Inggeris pasti salah sebuah kerajaan yang paling berpengaruh yang pernah ada dalam sejarah manusia.

4 Kerajaan Rom Suci


Semasa abad pertengahan, kerajan ini dianggap sebagai "adikuasa"pada zamannya. Pada masa itu, Kerajaan Rom Suci terdiri dari Perancis timur, seluruh Jerman, Itali utara dan bahagian barat Poland.


Walaupun relatifnya kecil dari segi kekuasaan, pengaruhnya terhadap sejarah Eropah Tengah masih terasa sehingga kini. Kerajaan ini memerintah pada pertengahan abad ke-19.


Kerajaan ini secara rasmi dibubarkan pada tanggal 6 Ogos 1806 ketika raja terakhir Rom Suci, Francis II (kemudian Francis I dari Austria), turun tahta setelah kekalahan tentera kepada Perancis di bawah Napoleon.


Setelah kejatuhannya, negara-negara berikut muncul: Swiss, Belanda, Austria, Belgium, Prusia, Principality of Liechtenstein,Persekutuan Rhine dan Kerajaan Perancis pertama.

3 Kerajaan Rusia


Kerajaan Rusia sudah tertegak dari tahun 1721 sehingga Revolusi Rusia tahun 1917. Ia adalah penerus kepada Tsardom Rusia, dan permulaan dari Kesatuan Soviet.


Kerajaan ini adalah kerajaan ketiga terbesar dalam sejarah dunia, hanya diatasi oleh Kerajaan Inggeris dan Kerajaan Mongol. Pada satu ketika pada tahun 1866, kekuasaannya terbentang dari Eropah Timur, Asia, dan Amerika Utara.

2 Kerajaan Mongol




Semuanyabermula ketika Temujin (yang kemudian dikenali sebagai Genghis Khan), bersumpah di masa mudanya untuk menakluk dunia di bawah kakinya. Tindakan pertamanya adalah menyatukan suku-suku Mongolia tersebar.


Lalu ia mengatur matanya di China, dan bakinya adalah sejarah. Dari Vietnam ke Hungari, Kerajaan Mongol adalah kerajaan terbesar dalam sejarah umat manusia.


Sayangnya kerajaan ini terlalu besar untuk dikawal, dan tidak ada penyatuan di antara budaya yang berbeza. Mongol adalah pejuang yang tak kenal takut dan kejam, namun mempunyai sedikit pengalaman dalam pentadbiran. Gambaran dari Mongol adalah orang brutal dan buas dapat dikenali melalui sejarah.

1 Kerajaan Rom


Pada mulanya kerajaan ini dipimpin oleh raja-raja yang dianggap wakil tuhan, kemudian menjadi republik sebelum akhirnya menjadi sebuah kerajaan.


Bagaimana sekumpulan petani, yang pada mulanya menghadapi serigala bagi melindungi ternak mereka, akhirnya menjadi bersatu menjadi kerajaan terbesar dalam sejarah.


Ditambah dengan sistem ketenteraan dan pentadbiran yang sangat baik, Kerajaan Rom, atau lebih tepatnya Rom kuno, adalah juga salah satu kerajaan terpanjang abadi.

Rom Kuno memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan hukum, perang, seni, sastra, arkitek, teknologi, agama dan bahasa di dunia Barat.


Malah banyak sejarawan menganggap Kerajaan Rom menjadi kerajaan yang sempurna - berpengaruh, adil, tahan lama, besar, serta membela dan ekonomi maju.


Pengaruh Kerajaan Rom dirasai sehingga hari ini

sultan muhammad al-fateh menawan konstantinopel


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAKA PENGASIH LAGI MAHA PEMURAH,
SERTA SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW


Malam itu Sultan Muhammad al-Fateh merintih hiba mengenangkan semua usaha menawan kota Konstantinopel masih belum menampakkan hasilnya.

Baginda berdoa, merintih dan merayu kepada Allah, "Wahai Tuhan, kami tidak mampu mengalahkan musuh tanpa bantuan-Mu. Kami hampir putus asa kerana tidak berjaya menawan kota Konstantinopel walau pelbagai usaha sudah kami lakukan. Sebab itu aku memohon kepadaMu Tuhan, bantulah kami. Berikanlah petunjuk kepada kami bagi mengalahkan musuh."


Selesai berdoa Sultan Muhammad al-Fateh berasa mengantuk lalu terlena. Dalam tidurnya baginda bermimpi melihat kapal-kapal perangnya belayar ke Semenanjung Fera lalu berlabuh di Tanduk Emas (Golden Horn). Kemudian baginda terjaga dari tidurnya. Kerana menyangka mimpi itu cuma mainan tidur, baginda menyambung semula tidurnya. tetapi mimpi yang sama berulang lagi. Selepas tiga kali berturut-turut mimpi yang sama dialaminya, Sultan Muhammad al-Fateh yakin itu adalah petunjuk daripada Tuhan. Baginda bersyukur tetapi masih memikirkan makna mimpinya itu.

Keesokan paginya selepas sembahyang subuh, Sultan Muhammad al-Fateh menemui gurunya Syeikh Syamsuddin al-Wali lalu menceritakan mimpinya. Sambil tersenyum ulama terbilang itu berkata, "Selepas kita berusaha dan selepas kita hampir kehabisan ikhtiar, Tuhan pun memberikan pertolongan-Nya."
"Maksud tuan, mimpi itu petunjuk dari Tuhan? tanya Sultan Muhammad.
"Bersyukurlah kerana Tuhan sudah menunjukkan caranya bagi mengalahkan tentera Rom." Jawab Syeikh Syamsuddin al-Wali.
Sultan Muhammad segera bermesyuarat dengan pembantu-pembantunya.
"Kita pindahkan semua kapal-kapal kita ke Pelabuhan Tanduk Emas. Itu sahaja caranya," jelas Sultan Muhammad al-Fateh.
"Itu mustahil dilakukan kerana pintu masuk Tanduk emas di rentang dengan rantai besi raksasa. Kapal perang kita tidak dapat memutuskan rantai itu walaupun sudah dirempuh beberapa kali." Kata Panglima Hamzah Pasya.
"Kita pindah kan kapal melalui jalan darat."
Hamzah Pasya tertawa mendengar jawapan itu kerana menyangka ia suatu gurauan. "Mustahil kapal belayar di atas daratan," fikirnya.
"Tidak ada yang mustahil sekiranya diizinkan Tuhan. Kita berusaha meindahkan kapal-kapal perang kita melalui darat." Tegas Sultan Muhammad.
"Maafkan saya Tuanku." Panglima Amir Pasya pula menyampuk. "Adakah rancangan memindahkan kapal perang kita melalui jalan darat ini datangnya dari buah fikiran tuanku ataupun petunjuk dari Allah?"
"Petunjuk daripada Allah."Jawab Sultan Muhammad al-Fateh. "Saya mendapat daripada mimpi."

"Dengan izin Tuhan kita pindahkan kapal-kapal perang kita ke Tanduk Emas melalui jalan darat." Kata Sultan Muhammad.


KAPAL BELAYAR DI DARATAN
"Bantuan dari Eropah itu tiba dalam masa seminggu lagi. Sekiranya peperangan terus berlaku, dalam masa seminggu pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sekiranya kita kalah, sia-sia sahaja bantuan dari Eropah itu. Sebab itu kita adakan gencatan senjata selama satu minggu. Dalam masa itu tentera kita boleh mengumpulkan kekuatan dan membina semula kubu-kubu kita. Selepas satu minggu nanti, apabila tentera bantuan kita tiba kita perangi tentera Turki habis-habisan sehingga mereka hancur lebur."

Maharaja Konstatine termenung memikirkan kata panglimanya itu. Ada juga kebenarannya. Gencatan senjata itu cuma suatu muslihat bagi mengalahkan musuh.

"Baiklah, aku setuju dengan cadangan itu. Hantar utusan bagi menemui Sultan Muhammad." Akhirnya Maharaja Konstatine bersetuju.

Perintah itu segera dilaksanakan. Mereka melantik Alexsi, seorang yang petah berkata-kata sebagai utusan bagi merundingkan gencatan senjata. Kedatangannya disambut baik oleh tentera Turki lalu dibawa menghadap Sultan Muhammad al-Fateh.

"Saya mahu bertemu Sultan Muhammad,"kata Alexsi. Dia tidak tahu di hadapannya itu ialah Sultan Muhammad al-Fateh.

"Sayalah orangnya....,"kata Sultan Muhammad al-Fateh.

"Janganlah bergurau dengan saya,"kata Alexsi. Dia masih tidak percaya kerana anak muda di hadapannya masih terlalu muda.

"Memang benar, bagindalah raja kami yang bernama Sultan Muhammad," kata Panglima Tharhan.
Barulah Alexsi percaya. Dia berasa kagum lalu berkata, "Raja saudara berbeza sungguh dengan raja kami."
"Apa bezanya?" tanya Syeikh Syamsuddin al-Wali pula.

"Maharaja Konstatine memakai mahkota yang bertatahkan intan berlian. Baginda memakai pakaian yang mahal dan duduk di atas singgahsana yang indah. Tetapi raja saudara memakai serban sama seperti kamu. Bahkan baginda turut duduk di tempat yang sama dengan kamu. Baginda tidak ada bezanya dengan kamu," jawab Alexsi sambil meluahkan rasa kagumnya.

"Harta, pangkat dan darjat keturunan tidak boleh dimegahkan kerana apabila meninggal dunia semua itu tidak berguna lagi. Islam mengajar kami bahawa semua manusia sama di sisi Allah kecuali mereka yang lebih bertakwa," kata Sultan Muhammad al-Fateh.

Tiba-tiba Alexsi teringatkan sesuatu. Kemudian dia berkata, "Sebelum datang ke sini, saya berjumpa dengan seorang paderi yang paling tua di kalangan semua paderi. Tujuan saya berjumpa dengannya adalah supaya dia mendoakan keselamatan saya. Paderi tua itu ada membisikkan sesuatu yang paling menakutkan saya."
"Apa katanya?" tanya Panglima Tharhan.

Alexsi kelihatan sebak. Dia menangis. Selepas agak reda perasaannya, Alexsi pun berkata, "Paderi itu berkata, kota Konstatinopel bakal ditawan oleh seorang raja yang baik. Raja itu mempunyai tentera yang baik. Saya bimbang sekiranya orang yang dimaksudkan itu adalah raja kamu yang ada di hadapan saya ini." jawab Alexsi.

"Sekiranya begitu lebih baik beritahu maharaja kamu supaya menyerahkan kota Konstatinopel kepada raja kami," kata Panglima Tharhan.

"Maharaja Konstantinopel menghantar saya ke mari bagi merundingkan suatu gencatan senjata antara tentera Turki dengan tentera Rom. Sepanjang gencatan senjata ini, mana-mana pihak tidak boleh melakukan serangan." Alexsi menyatakan maksud kedatangannya.

Sultan Muhammad al-Fateh tidak terus menerima ataupun menolak tawaran itu. Baginda mengadakan mesyuarat dengan para pembantunya sebelum membuat keputusan.

"Saya berpendapat elok kita terima cadangan itu," kata Syeikh Syamsuddin al-Wali. Kemudian dia menambah lagi, "Selama satu minggu kita boleh membuat persiapan bagi memindahkan kapal-kapal kita masuk ke Tanduk Emas. Kita boleh kerahkan semua tentera kita bagi tujuan itu.

"Saya yakin ini rahmat Tuhan yang memberi peluang kita memindahkan kapal-kapal itu. Sebab itu saya juga menyokong kita terima tawaran gencatan senjata itu," sokong Panglima Tharhan.

"Menurut firasat saya, pada malam Jumaat ini berlaku tiupan angin kencang dari laut menuju ke daratan. Pada masa itulah kita gerakkan kapal-kapal itu ke daratan. Kita tarik kapal-kapal itu dengan tali. Dengan bantuan angin yang bertiup kencang, saya yakin usaha kita memindahkan kapal ke pelabuhan Tanduk emas (Golden Horn) berjaya," kata Syeikh Syamsuddin al-Wali.

Sebelum menjelangnya malam Jumaat yang dinantikan itu, tentera Turki asyik beramal ibadat memohon bantuan daripada Tuhan supaya usaha memindahkan kapal-kapal perang itu berjaya dilakukan. Benar seperti apa yang difirasatkan oleh Syeikh Syamsuddin al-wali. Pada malam itu selesai sahaja sembahyang Isyak, berlaku ribut kencang disertai hujan lebat.

Tentera Turki membongkar sauh serta memasang kain layar lalu meluncurlah kapal-kapal perang mereka ke atas daratan Semenanjung Fera. Kemudian kapal-kapal itu ditarik sejauh tiga batu hingga berlabuh di Tanduk emas. Sebuah demi sebuah kapal berjaya dipindahkan. Menjelang pagi kesemua 70 buah kapal berjaya dipindahkan . Tentera Turki meraikan kejayaan yang luar biasa itu dengan bertakbir.

Maharaja Konstantine terjaga daripada tidur apabila mendengar suara takbir. Baginda membuka tingkap bilik tidurnya bagi memastikan dari arah manakah datangnya suara takbir yang menegakkan bulu romanya itu. Alangkah terkejutnya Maharaja Konstantine apabila melihat 70 buah kapal perang tentera Turki berlabuh di Tanduk Emas.. Kedudukan kapal-kapal itu betul-betul di hadapan kota Konstantinopel.

"Bagaimana kapal-kapal Turki itu boleh masuk ke Tanduk Emas? mustahil rantai raksasa itu dapat diputuskan."Maharaja Konstantine bersuara tinggi , Baginda seolah-olah hilang kewarasan kerana terlalu terkejut.

"Rantai ajaib itu masih belum putus, tuanku," kata Panglima Ardogan.

"Bagaimana mereka melepasinya?" tanya Maharaja Konstantine.

"Mereka memindahkan kapal-kapal itu melalui jalan darat. Sesuatu yang mustahil boleh berlaku tetapi sudah berlaku di depan mata kita." jawab Panglima Ardogan.

Terlopong mulut Maharaja Konstantine mendengarnya. Seumur hidupnya belum pernah berlaku kapal belayar di atas daratan. Tetapi Sultan Muhammad al-Fateh berjaya melakukannya. Bukan sebuah kapal tetapi 70 buah kapal berjaya diluncurkan ke Pelabuhan Tanduk Emas.

Thursday, 25 October 2012

isteri solehah..


isteri : abang, silakan makan. hari ni sayang masakkan makanan special untuk abang. nasi goreng perisa cinta+sayang dan rinduu. hehe *letak makanan atas meja*

suami : pergghh. mesti sedap kan nasi goreng cinta+sayang dan rinduu sayang abang ni. *basuh tangan*

suami baru je nak makan, tetbe*

isteri : abang, sampai hati abang *mulut muncung, buat muka comel*

suami : sayang, kenapa ni? *terhenti. tak jadi makan*

isteri : abang nak makan dengan orang lain selain sayang?

suami : apa dia sayang? kan kita makan berdua ni?

isteri : abang tak baca doa, nanti syaitan makan sepinggan dengan kita. sampai hati abang. merajuk... *buat muka comel*

suami : Allahurabbi. maaf sayang, abang lupa. excited nak makan nasi goreng cinta+sayang dan rindu sayang ni. hehe. terima kasih sayang sebab ingatkan abang, ni yang buat abang makin sayang kat sayang niii *cubit pipi isteri*

indahnya perkahwinan ♥

kahwin oh kahwin..


KAHWIN HANTARAN MURAH ♥ "ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"
KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥ "ish! mahalnya? nak jual anak apa?"
KAHWIN UMUR MUDA ♥ "ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"
KAHWIN UMUR LAMBAT ♥ "ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"
KAHWIN BUAT M...AJLIS KECIL ♥ "ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"
KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥ "ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA

Wednesday, 24 October 2012

apa bezanya kita??


Kisah lembu dan manusia.

LEMBU: Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI: Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI: Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita

telur ayam


Si penjual telur
Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Tuesday, 23 October 2012

nikah khitbah..


Nikah Khitbah 1 Alternatif



MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
Penyakit sosial yang dialami oleh masyarakat hari ini kian meruncing. Sepertinya tiada kesudahan. Tiada usaha yang diperlihatkan untuk mencegah penyakit ini dari terus membarah.
Pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat”, maka penyakit yang dialami oleh masyarakat hari ini boleh dicegah dengan NIKAH KHITBAH!
Tujuan NIKAH adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Begitu jugalah dengan NIKAH KHITBAH yang sering kita dengar. Yang hari ini sudah mula diketengahkan oleh para ustaz, alim ulamak kepada masyarakat sebagai satu alternative penawar buat penyakit sosial yang tiada kesudahan khususnya di Malaysia.
Nikah khitbah atau nama lainnya nikah gantung adalah satu alternative buat anak muda zaman sekarang untuk mendirikan rumahtangga tetapi tidak memiliki kemampuan dari segi material tapi dalam masa yang sama ingin mempunyai seorang pasangan yang halal buat dirinya. Seorang teman yang boleh menemani harinya. Untuk memiliki cinta dan kasihsayang yang halal buat dirinya.
Proses nikah khitbah atau kahwin gantung adalah sama seperti nikah biasa. Mengikut perundangan islam yang mempunyai 5 rukun iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad(Ijab Qabul)
Cuma bezanya! Iaitulah pasangan pengantin (suami isteri) tidak duduk sebumbung dalam tempoh-tempoh yang tertentu disebabkan oleh beberapa keadaan :
  •  Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Kelebihan nikah gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang – undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama, tengok wayang, duduk berduaan bawah pokok sambil menikmati keindahan malam, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu adalah halal disisi syarak!
NAFKAH BAGAIMANA?
Suami tidak wajib menanggung nafakah si isteri sehinggalah berlakunya tamkin. Apa itu tamkin? Tamkin adalah satu keadaan bila mana keluarga pengantin (isteri) menyerahkan pengantin kepada suaminya. Dalam erti kata yang lain, si isteri duduk satu rumah bersama suami. Apabila berlakunya tamkin maka wajiblah ke atas suami memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.
Selagimana tidak berlaku tamkin maka selagi itulah tidak wajib ke atas suami menanggung nafakah isteri. Tapi jika sudah berlaku tamkin, walaupun tidak bersetubuh maka wajib juga atas si suami untuk menanggung nafakah isterinya. Sudah terlerai ikatan ‘khitbah’ yang pada awalnya itu.
TIDAK TERLALU AWALKAN UNTUK BERKAHWIN?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?
Tanya diri, jagalah iman.
PERSIAPAN KEPADA MENDIRIKAN RUMAHTANGGA
Ini adalah persoalan yang paling bagus untuk ditanyakan kepada diri sendiri. Sebelum mendirikan rumahtangga, tanya pada diri “apa persiapan aku untuk mendirikan rumahtangga?” dan lebih-lebih lagi kepada pengantin laki-laki. Kerana mereka akan menjadi ketua keluarga kelak dan driver kepada keluarga untuk sampai ke syurga Allah. Kalu driver lesen memandu pun tiada, maka akan menjadi masalah dalam memandu keluarga untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya.
Maka, sebelum mendirikan rumahtangga, yang laki-laki atau perempuan pergilah belajar dan mengaji ilmu agama. Paling kurang mahirkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain dan ilmu rumahtangga. Sekarang ini mudah sangat untuk belajar ilmu agama. Tidak seperti dulu. Boleh pergi ke surau/masjid dengar syarah agama dari ustaz-ustaz, boleh beli buku agama yang telah lengkap ditulis syarahnya, cuma perlu keluarkan duit dan rajinkan membaca! Kalau kitab bersepah dirumah tapi sekadar menjadi hiasan, lebih baik derma masjid/surau.
Orang laki-laki biar tahu serba sedikit bab darah haid, bab perempuan, bab solat dan kalau boleh biar boleh menjadi imam solat. Tidak diwajibkan untuk menjadi alim. Dan jangan pula tunggu ‘sempurna’ baru nak kahwin. Sampai bila pun takkan kahwin macam tu. Untuk permulaan cari sedikit bekalan, nanti kelak bila dah mendirikan rumahtangga, teruskan mencari dan mencari hingga badan dikambus tanah.
HALANGAN DAN CABARAN DARI KELUARGA
Isunya sekarang, kedua-dua pasangan sudah bersetuju untuk berkahwin. Tapi dihalang pula oleh keluarga dengan alasan, ‘masih terlalu muda’, ‘masih belajar’ dan sebagainya. Maka halangan dan cabaran inilah yang perlu diatasi oleh bakal pengantin jika benar kehendak kepada perkahwinan tersebut.
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Secara umumnya, ibubapa bukan menghalang kita untuk berkahwin. Tapi mereka bimbang bila kelak anak mereka masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Apatah lagi jika masih belajar. Sebagai ibubapa mereka mungkin memiliki lebih ‘kebimbangan’ pada anak mereka terutamanya kepada seorang manusia yang bernama ibu.
Maka disinilah bakal pasangan pengantin perlu tunjukkan kesungguhan serta komitmen kepada keluarga mereka bahawa mereka memang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Bersedia untuk bergelar sebagai suami atau isteri. Tunjukkan apa yang hendak dibuat ini bukan sekadar mainan semata-mata, bukan sekadar angan-angan atau mimpi yang indah.
Saya kira jika bakal pengantin sudah menunjukkan kesediaan itu, seperti persiapan agama, persiapan diri, hubungan dengan Allah dan manusia, mereka akan lebih berlembut hati untuk membenarkan anak mereka berkahwin diusia yang muda. Jika yang laki-laki selalu pergi masjid/surau, menghadiri majlis ilmu agama, menjadi contoh kepada adik-adik yang lain dari segi akhlak dan keperibadian ia adalah satu bonus untuk itu.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan pemikiran masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.