Sunday, 21 October 2012


Perjalanan Menuju Perkahwinan

alt

Berusaha Meraih Kebaikan
Saya mula membuka mulut pada mak ayah, 'memohon' untuk berkahwin pada usia 19...awal tak?
Ketika itu saya di tahun-tahun awal bergelar pelajar UiTM Shah Alam. Antara faktor yang mendorong saya untuk berkahwin awal ialah, saya membuat mini research untuk subjek Kaunseling ketika itu, bertajuk Early Marriage Among University Students.
Hasil kajian ringkas itu, banyak penemuan [baca: perkongsian] menarik dari mereka yang ditemuramah. Mereka yang ditemuramah kebanyakannya adalah mereka yang berkahwin ketika masih belajar.
Saya terdorong dengan tujuan sebahagian mereka memilih berkahwin awal, iaitu untuk: cemerlang.
Akan tetapi, pada usia 'sementah' 19 tahun itu, saya membuka topik perkahwinan dengan mak ayah kerana telah ada seorang lelaki baik yang berhajat menjadikan saya isterinya. Alhamdulillah.
Dia tua setahun dari saya [20 tahun usianya ketika itu]. Dia meminta saya menyampaikan kepada ibubapa hasrat kami bernikah. Dan alasan saya (kami?) untuk cepat bernikah waktu itu, sama seperti kebanyakan kalian, ingin menjaga hati dan mengelak maksiat :)
"Abah, I want to talk about marriage..." Itulah ungkapan pertama saya sebaik abah menuruti permintaan saya malam itu untuk berbual secara privasi dengannya.
Tuhan saja yang tahu betapa bergeloranya hati saya dan terasa di badan peluh ketakutan seram sejuk untuk mengeluarkan ayat pertama itu. Mana tidak berdebarnya, kerana tahu diri sendiri jauh dari kematangan dan kahwin bukan perkara main-main...
Dipendekkan cerita, sama juga seperti kebanyakan kalian, abah sangat sangat sangat sangat sangatkeberatan untuk membenarkan setelah saya menjelaskan hasrat kami itu. Tepat seperti yang saya jangkakan.
Namun itu tidaklah memudarkan hasrat saya, kerana sedikit sebanyak saya sudah mencari dan bersedia untuk mengasah skil berbincang dengan ibu ayah.
Setelah beberapa fasa perbinjangan dan sesi memujuk orang tua, abah akhirnya bersetuju, walau pun tak semudah itu untuk dia akur dengan kehendak kami.
Akan tetapi... takdir ALLAH mengatasi segala perancangan lain, di satu ketika ada perkara lain yang memutuskan pertalian kami, jodoh terhenti di situ. Alhamdulillah 'ala kullihal.
[Lelaki yang baik itu kini telah bertemu jodoh dengan seorang perempuan yang baik lagi bijak, bakal menerima cahaya mata pertama, insyaALLAH. Moga keberkatan melimpahi hidup kalian :)]
Pelajaran penting yang ingin saya kongsikan dengan kalian, bersedia lah menjadi matang walau pun hati terasa kecil dan kerdil untuk 'meminta izin' menikah dari ayahbonda tercinta. Jangan sesekali membentangkan hasrat pada mereka dengan emosi melulu.
Jangan putus asa, jangan merajuk dengan mak ayah bila rundingan pertama tidak berjaya. Realitinya, proses ke arah pernikahan itu perlu beberapa siri perbincangan, malah harus banyak kali, dari hati ke hati dengan ibu ayah untuk memelihara keharmonian suasana, bukan asyik kita berbincang berdua dengan si dia yang dah melekat di jiwa.. :)
Jangan mudah melabel mak ayah 'tak faham' sebelum kita bersungguh lagi berhikmah memberi faham kenapa kita ingin berkahwin awal, ketika usia muda dan masih belajar.
Ya, antara kalian ada yang mudah mendapat sokongan dan dorongan ibu bapa, tapi lebih banyak yang payah.
Teruslah berdoa tulus, tingkatkan negotation skills dan yang paling penting, jaga lah akhlak dengan ibu bapa. Agar mereka memberi izin bernikah dengan redha dan lapang dada, bukan mengizinkan kerana kita hentak-hentak kaki nak berkahwin. Atau mereka mengizinkan kerana kita dah sebulan 'memboikot' ibu ayah sendiri dan menunjuk muka merajuk.

No comments: