Tuesday, 23 October 2012

alor star..


----------SEJARAH NEGERI KEDAH DARULAMAN------------

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 1
Zaman KDYMM Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan negeri Kedah ke 27

20 Februari 1959.
Baginda tuanku ditabalkan dengan rasminya, bertempat di Balai Besar, Alor Setar.

31 Mac 1959
Majlis Negeri yang diasaskan sejak 1905 dibubarkan dan digantikan dengan Dewan Undangan Negeri berdasarkan Kedah Gazet No. 20/22, Jan, 1959

8 September 1973
Bangunan Kerajaan Negeri yang baru iaitu Wisma Negeri telah dirasmikan oleh Pemangku Raja, Duli Yang Teramat mulia Tunku Abdul Malik.

9 September 1975
Dewan Undangan Negeri Kedah yang bertempat di Balai Besar berpindah ke Wisma Negeri.

21 September 1975
Baginda Tuanku dilantik sebagai YDP Agong ke 5.

1 Februari 1978
Town Board Kota star.

Dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board", pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Alor Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan" pada 1 Mac 1974, sekali lagi dinaikkan taraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada 1 Februari 1978 dan akhirnya diistiharkan sebagai "Majlis Bandaraya Alor Setar" pada 21 Disember 2003.

Menjelang kelahiran Alor Setar sebagai "Bandaraya" pada bulan Disember 2003, genaplah usianya 268 tahun semenjak ianya diasaskan pada 31 Disember 1735. Dengan ini membuktikan bahawa Bandaraya Alor Setar merupakan salah sebuah Bandaraya yang tertua di rantau ini

No comments: