Nikah Khitbah 1 Alternatif
Penyakit sosial yang dialami oleh
masyarakat hari ini kian meruncing. Sepertinya tiada kesudahan. Tiada
usaha yang diperlihatkan untuk mencegah penyakit ini dari terus
membarah.
Pepatah “mencegah lebih baik daripada
merawat”, maka penyakit yang dialami oleh masyarakat hari ini boleh
dicegah dengan NIKAH KHITBAH!
Tujuan NIKAH adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan.
Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama
dan melakukan apa sahaja. Begitu jugalah dengan NIKAH KHITBAH yang
sering kita dengar. Yang hari ini sudah mula diketengahkan oleh para ustaz, alim ulamak kepada masyarakat sebagai satu alternative penawar buat penyakit sosial yang tiada kesudahan khususnya di Malaysia.
Nikah khitbah atau nama lainnya nikah
gantung adalah satu alternative buat anak muda zaman sekarang untuk
mendirikan rumahtangga tetapi tidak memiliki kemampuan dari segi
material tapi dalam masa yang sama ingin mempunyai seorang pasangan yang
halal buat dirinya. Seorang teman yang boleh menemani harinya. Untuk
memiliki cinta dan kasihsayang yang halal buat dirinya.
Proses nikah khitbah atau kahwin gantung
adalah sama seperti nikah biasa. Mengikut perundangan islam yang
mempunyai 5 rukun iaitu :
- Suami
- Isteri
- Wali
- Saksi
- Aqad(Ijab Qabul)
Cuma bezanya! Iaitulah pasangan
pengantin (suami isteri) tidak duduk sebumbung dalam tempoh-tempoh yang
tertentu disebabkan oleh beberapa keadaan :
- Masih menuntut di kolej atau uniersiti
- Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
- Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Kelebihan nikah gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah
mengikut hukum agama dan undang – undang negara . Andai dalam tempoh
itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama, tengok
wayang, duduk berduaan bawah pokok sambil menikmati keindahan malam,
bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka
apa yang mereka lakukan itu adalah halal disisi syarak!
NAFKAH BAGAIMANA?
Suami tidak wajib menanggung nafakah si
isteri sehinggalah berlakunya tamkin. Apa itu tamkin? Tamkin adalah satu
keadaan bila mana keluarga pengantin (isteri) menyerahkan pengantin
kepada suaminya. Dalam erti kata yang lain, si isteri duduk satu rumah
bersama suami. Apabila berlakunya tamkin maka wajiblah ke atas suami
memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.
Selagimana tidak berlaku tamkin maka
selagi itulah tidak wajib ke atas suami menanggung nafakah isteri. Tapi
jika sudah berlaku tamkin, walaupun tidak bersetubuh maka wajib juga
atas si suami untuk menanggung nafakah isterinya. Sudah terlerai ikatan
‘khitbah’ yang pada awalnya itu.
TIDAK TERLALU AWALKAN UNTUK BERKAHWIN?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat
semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin
boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa
kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di
usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar
menjadi benda yang tidak baik. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik
dengan berkahwin terus.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan
yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat. Kenapa
kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak
langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?
Tanya diri, jagalah iman.
Tanya diri, jagalah iman.
PERSIAPAN KEPADA MENDIRIKAN RUMAHTANGGA
Ini adalah persoalan yang paling bagus untuk ditanyakan kepada diri sendiri. Sebelum mendirikan rumahtangga, tanya pada diri “apa persiapan aku untuk mendirikan rumahtangga?”
dan lebih-lebih lagi kepada pengantin laki-laki. Kerana mereka akan
menjadi ketua keluarga kelak dan driver kepada keluarga untuk sampai ke
syurga Allah. Kalu driver lesen memandu pun tiada, maka akan menjadi
masalah dalam memandu keluarga untuk sampai ke destinasi yang
sepatutnya.
Maka, sebelum mendirikan rumahtangga,
yang laki-laki atau perempuan pergilah belajar dan mengaji ilmu agama.
Paling kurang mahirkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain dan ilmu
rumahtangga. Sekarang ini mudah sangat untuk belajar ilmu agama. Tidak
seperti dulu. Boleh pergi ke surau/masjid dengar syarah agama dari
ustaz-ustaz, boleh beli buku agama yang telah lengkap ditulis syarahnya,
cuma perlu keluarkan duit dan rajinkan membaca! Kalau kitab bersepah
dirumah tapi sekadar menjadi hiasan, lebih baik derma masjid/surau.
Orang laki-laki biar tahu serba sedikit
bab darah haid, bab perempuan, bab solat dan kalau boleh biar boleh
menjadi imam solat. Tidak diwajibkan untuk menjadi alim. Dan jangan pula
tunggu ‘sempurna’ baru nak kahwin. Sampai bila pun takkan kahwin macam
tu. Untuk permulaan cari sedikit bekalan, nanti kelak bila dah
mendirikan rumahtangga, teruskan mencari dan mencari hingga badan
dikambus tanah.
HALANGAN DAN CABARAN DARI KELUARGA
Isunya sekarang, kedua-dua pasangan sudah bersetuju untuk berkahwin. Tapi dihalang pula oleh keluarga dengan alasan, ‘masih terlalu muda’, ‘masih belajar’
dan sebagainya. Maka halangan dan cabaran inilah yang perlu diatasi
oleh bakal pengantin jika benar kehendak kepada perkahwinan tersebut.
Ya, ini la benda paling susah bila mahu
kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat
menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah
tiada masalah untuk berkahwin awal.
Secara umumnya, ibubapa bukan menghalang
kita untuk berkahwin. Tapi mereka bimbang bila kelak anak mereka masih
belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
Apatah lagi jika masih belajar. Sebagai ibubapa mereka mungkin memiliki
lebih ‘kebimbangan’ pada anak mereka terutamanya kepada seorang manusia
yang bernama ibu.
Maka disinilah bakal pasangan pengantin
perlu tunjukkan kesungguhan serta komitmen kepada keluarga mereka bahawa
mereka memang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Bersedia
untuk bergelar sebagai suami atau isteri. Tunjukkan apa yang hendak
dibuat ini bukan sekadar mainan semata-mata, bukan sekadar angan-angan
atau mimpi yang indah.
Saya kira jika bakal pengantin sudah
menunjukkan kesediaan itu, seperti persiapan agama, persiapan diri,
hubungan dengan Allah dan manusia, mereka akan lebih berlembut hati
untuk membenarkan anak mereka berkahwin diusia yang muda. Jika yang
laki-laki selalu pergi masjid/surau, menghadiri majlis ilmu agama,
menjadi contoh kepada adik-adik yang lain dari segi akhlak dan
keperibadian ia adalah satu bonus untuk itu.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu
terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan pemikiran masyarakat
Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di
tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak
dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang
diberikan.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik
untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat,
bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah,
maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan
yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak
kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan
masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah
yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment