Saturday 27 October 2012

kemunculan dan perkembangan nasionalisme di asia tenggara (part 1)


KONSEP IMPERIALISME..

imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara atau kuasa meluaskan pengaruh melalui penjajahan.. ia telah lama wujud sejak zaman  yunani dan rom.. imperialis moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa barat menguasai wilayah di AMERIKA LATIN, AFRIKA, DAN ASIA..

IMPERIALIS BARAT

1):bermula apabila PORTUGIS menjajah MELAKA pada 24 ogos 1511
2):pada awal era emperialis ia hanya bertujuan menguasai perdagangan rempah
3):persaingan imperialis barat menjadi sengit apabila berlaku REVOLUSI PERINDUSTERIAN
4):REVOLUSI PERINDUSTERIAN menyebabkan negara-negara imperialis bersaing untuk mendapatkan bahan mentah seperti BIJIH TIMAH dan mencari kawasan untuk memasarkan produk mereka
5): negara-negara imperialis barat ialah PORTUGIS, SEPANYOL,BELANDA,     BRITAIN, PERANCIS.AMERIKA SYARIKAT

FAKTOR IMPERIALIS BARAT

1):kedudukan yang stategik-asia tenggara terletak di laluan antara china dan india
2):pasaran-asia tenggara sesuai untuk dijadikan kawasan untuk memasarkan produk   negara mereka kerana penduduk asia tenggara ramai
3):kesuburan tanah-tanah di asia tenggara subur dan sesuai untuk penanaman tanaman dagangan seperti getah dan lada hitam
4):kaya dengan hasil galian- asia tenggara mempunyai banyak hasil galian seperti bijih timah dan petroleum
5):revolusi perindusterian- revolusi perindusterian menyebabkan negara imperialis memerlukan banyak bahan mentah oleh itu mereka telah menjajah asia tenggara bagi memenuhi keperluan tersebut kerana asia tenggara kaya dengan bahan mentah
6):pengankutan- penciptaan kapal wap dan pembukaan terusan suez telah mempercepatkan perjalan antara eropah dan asia tenggara
7):telegraf- telegraf telah memudahkan lagi perhubungan antara timur dan barat kerana ia memudahkan kuasa barat memberi arahan kepada pegawai mereka di tanah jajahan.
8):persaingan kuasa barat- kuasa barat beranggapan bahawa jika mereka mempunyai banyak tanah jajahan maka mereka akan dipandang tinggi oleh kuasa barat yang lain
8):beban orang putih- kuasa imperialis beranggapan bahawa mereka merupakan negara yang telah bertamanun dan penduduk di asia tenggara masih lagi belum bertamadun oleh itu menjadi tanggungjawap                   mereka untuk mentamadunkan masyarakat asia tenggara
9):agama kristian-mereka bercita-cita untuk menyebarkan agama kristian di asia tenggara

PERUBAHAN SISTEM POLITIK..

sebelum kedatangan imperialis corak pemerintahan di asia tenggara ialah mengunakan sistem beraja..
raja dibantu oleh pembesar dan pegawai-pegawai yang lain
apabila imperialis datang ke asia tenggara mereka memperkenalkan sistem birokrasi barat
sistem birokrasi ini penting bagi imperialis untuk menguasai politik dan ekonomi negara jajahannya

No comments: