Thursday, 24 January 2013

karipap anjeku sayang....


assalammualaikum dan salam sejahtera buat sidang pembaca sekalian..
apabila anda membaca tajuk entry saya ni mesti anda tertanya-tanya kenapa saya meletakan nama " anjeku sayang"? ni bukan apa, karipap ni merupakan kegemaran my ehem2... so... paham2 le... :3
ok..
la kita teruskan dengan resepi kita..
karipapni kalau makan memang sedap so nak buat dia pon sedap la jugak..
hahaha...

kita mulakan dengan bahan-bahannya:
=:) kulit karipap
--> 500g tepung gandum
--> 2 sudu besar mentega
--> 2 sudu besar minyak masak
--> air masak yang telah dicampur bersama dengan garam

=:) inti karipap
--> 1kg ubi kentang dipotong dadu
-->1 biji bawang besar juga dipotong dadu
--> 3 sudu besar serbuk kari daging
--> 400g daging kisar
--> 1 stok ayam
--> 4 biji bawang kecil
-->1 biji bawang besar
--> 3 biji bawang putih
-->1 inci halia
-->3 tangkai daun kari
--> air secukupnya
--> garam
-->minyak untuk menumis

baiklah mesti anda dah tak sabar dah kan nak mengetahui cara membuatnya..
sekarang kita teruskan dengan cara-cara untuk membuatnya pula

=:) kulit karipap
-->panaskan minyak masak bersama mentega dan biarkan ia mendidih
--> sediakan mangkuk yang tahan panas untuk mengadun tepung.
--> kemdian masukkan tepung ke dalam mangkuk tadi dan buat lubang di tengah-tengah mangkuk tadi
      seperti gunung berapi.
--> tuangkan campuran minyak tadi dalam lubang yang telah kita buat pada tepung tadi dan kacau dengan
       dengan pantas sehingga sebati.
--> kemudian masukan air masak yang telah dicampur dengan garam dan uli sehingga menjadi doh.

=:) inti karipap
--> tumbuk@ kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih & halia.
--> kemudian panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk@ kisar tadi dengan daun kari
      sehingga naik bau.
--> masukan bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama  serbuk kari ke dalam tumisan tadi sehingga
      naik minyak. pastikan anda sentiasa mengacau tumisan kita ini agar ia tidak hangus.
--> kemudian masukan daging kisar bersama sedikit air dan biarkan sebentar.
--> setelah itu masukan ubi kentang bersama stok ayam dan garam. kemudian masukan sedikit air sehingga
      bahan-bahan tadi tenggelam. (agak-agak ja)
--> biarkan ubi kentang empuk dengan menggunakan api yang kecil. kemudian masukan garam dan kacau
       sekali-sekala.
--> biarkan seketika sebelum api ditutup.



                            *di atas ni ada beberapa contoh inti karipap yang sempat di sedut dekat internet...

=:) karipap
--> ambik doh tadi dan bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil.
--> kemudian ambil 1 bahagian kecil tadi dan canaikan ia.
--> masukan inti karipap tadi dan kimpal dengan kemas agar intinya tidak keluar.
--> ulang langkah tadi sehingga doh dan inti tadi habis
--> seterusnya panaskan minyak dan goreng karipap tadi.
-->setelah itu angkat karipap tadi dan biarkan seketika.
--> karipap siap untuk dimakan.


             * diatas ni pon contoh karipap yang sempat di sedut dekat internet..

baiklah saya rasa setakat ini sahaja entry   saya untuk kali ini. kerana saya tahu anda mesti dah tak larat nak baca dah. oleh itu saya ucapkan  terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini.
akhir kata saya ucapkan assalammualaikum & moga bertemu lagi dalam entry akan datang..


Saturday, 19 January 2013

ketayap warisan my grandma...

assalammualaikum & salam sejahtera buat pembaca-pembaca sekalian...
mungkin ramai yang pernah makan kuih di atas ni kan? dan mungkin juga ada juga yang tahu makan saja tapi tak tahu apa nama  kuih ni?? baiklah kalau nak tau ni la yang dipanggil kuih ketayap. dulu arwah tok cukup suka masak kuih ni. bila makan ja kuih ni mesti cek teringat kat arwah tok.....

baiklah kita sambung dengan resepi kita.
bahan-bahan untuk resepi ni ialah:

:)=  untuk kulit..
    * 1 cawan tepung gandum
    * 2 biji telur
    * 2 helai daun pandan
    *1 1/2 cawan santan
    * 2 sudu besar minyak masak
    * beberapa titik pewarna hijau (kalau nak buat kala kelabu bubuh saja pewarna kelabu... hahaha)

:)= untuk inti
   *1/2 biji kelapa parut
   * 3/4 cawan gula merah
   * 1 helai daun pandan

baiklah... sekarang kita teruskan dengan cara-caranya pulak..

:)= untuk inti
   * masukkan kelapa parut bersama gula merah dan daun pandan ke dalam satu bekas, kemudian kacau sehingga sebati ( sehingga adunan menjadi keperangan)

:)= untuk kulit
   *kelapa parut bersama daun pandan, kemudian ia ditapis untuk mendapatkan patinya. bagi anda yang gemar menggunakan santan segar, anda hanya perlu memisin daun pandan sahaja.
   * kemudian masukkan tepung kedalam mangkuk bersama secubit garam dan pati santan yang telah dimesin bersama daun pandan tadi.kemudian masukan telur dan minyak. kemudian kacau hingga sebati.

:)= untuk gabungan ketayap
    * panaskan pan dan letak sedikit minyak. arwah tok saya dulu guna belanga ja. hahaha..
     kemudian kita ambil 1 senduk adunan kulit tadi dan layangkan dekat pan kita agar adunan kita tadi menjadi bulat. masakan adunan tadi lebih kurang 2-3 minit. kemudian kita angkat. biarkan ia seketika. ( jangan terlalu lama kerana dikhuatiri kulit ketayap ini menjadi keras). kemudian kita masukan inti ke atas kulit ketayap ini dan gulung.
     * untuk menggulung kuih ketayap ini perlulah ada cara dan seninya yang tersendiri iaitu apabila kita memasukkan inti kita angkat satu bahagian kulit ketayap tadi, kemudian gulunng 1 pusingan dan kemudian kita lipat kedua-dua bucu ketayap kita tadi dan teruskan menggulung.
      * ketayap siap untuk dimakan..

senangkan nak buat ketayap ni kan?? tapi makan lagi senang..
hahaha... apa-apa pon selamat mencuba dan jumpa lagi..
assalammualaikum... :)



Thursday, 17 January 2013

tepung pelita......


assalammualaikum
sidang pembaca yang dikasihi sekalian...
hari ni cek nak berkongsi  resepi tepung pelita.
mungkin ada yang bertanya kenapa gambaq tepung pelita yang kat atas tu nampak lain macam saja..
tu bukan pa dah dihias indah dah..
hahahahaha

...
jom kita balik kepada resepi kita
kita mulakan dengan bahan-bahannya dulu..
-->lapisan hijau / bahagian bawah<--
*1 cawan tepung beras
*1 cawan gula 
*5 cawan air
*4 helai daun pandan yang telah dikisar
*sedikit kapur makan jangan la hentam kapur barus pulak.. hahaha

-->lapisan putih / atas<--
* 4 sudu besar tepung beras
* 1 biji kelapa diperah menjadi 4 cawan santan
* sedikit garam

baiklah.. sekarang jom kita tengok cara-caranya pula
*1:) mula-mula kita bancuh tepung beras (yang 1 sudu tadi), air, gula, air                                                 daun pandan berserta air kapur sehingga sebati
*2:) kemudian masukkan santan kedalam tepung (yang 4 sudu) beserta
garam. kemudian kacau sehingga sebati dan ketepikan.
*3:) masakan tepung yang diadun dan kacau sehingga masak dan berkilat. 
biarkan adunan  meletup-letup dengan keadan menghasilkan buih besar,
kemudian ambil sedikit masa untuk mengacau adunan tadi
*4:) setelah adunan tadi masak masukan ke dalam acuan yang disukai
kebiasaannya acuan yang digunakan diperbuat daripada daun
pisang atau daun pandan. jika anda ingin menggunakan acuan
lain tidak pulak menjadi masalah.

di atas ini adalah contoh acuan daripada daun pisang

*5:)  setelah siap bahagian bawah tepung pelita kita tadi, kita sambung dengan
bahagian atasnya pula. untuk bahagian atasnya kita perlu masak adunan
santan yang diadun tadi sehingga adunan menjadi pekat dan menghasilkan
letupan dengan buih-buih besar. setelah itu kita ambil sedikit masa  untuk 
mengadunkan adunan tadi.
*6:) masukkan bahagian atas yang baru dimasak tadi ke atas adunan pertama
yang telah kita masukkan ke dalam acuan tadi.
*7:) sejukan adunan tadi dengan memasukkan kedalam peti sejuk dan tepung pelita
siap untuk dihidang..

anda juga boleh menyediakan kuih tepung pelita anda dalam bekas seperti 
ini. jika anda  menyediakan dalam bekas seperti ini, ia dapat dijadikan
bekal untuk anak-anak anda ke sekolah atau sebagai bekal untuk anda 
ke tempat kerja.

bagi anda yang berselera besar macam cek ni bolehla gunakan cawan
sebagai acuan kuih tepung pelita anda. hahaha
kalau gunakan cawan boleh la makan banyak-banyak..
hahahahahaha...
baiklah saya rasa sampai sini dahulu sahaja pertemuan kita untuk
kali ini. jadi saya ucapkan selamat mencuba.
assalammualaikum..

kuih lapis oh kuih lapis

assalammualaikum...
sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian...
petang ni cek nak kongsi resepi kuih lapis pulak..
petang-petang macam la ni memang sedap kalau kedarah kuih lapis ni..
ok.. jom kita mulakan rancangan kita ni ok??
ok la kita mulakan dengan bahan-bahannya dahulu:

--> bahan A
*250g gula
*200ml santan pekat
*250ml air yang telah dicampur dengan 1 sudu kecil garam

--> bahan B
*150g tepung beras
*150g tepung ubi
*20g tepung pulut
*300ml santan pekat
*150 ml air

--> bahan C
*beberapa warna pilihan
*2 helai daun pandan yang telah disimpul

baiklah pembaca sekalian..
la dah tau bahan yang diperlukan eloklah kiranya kita meneruskan dengan cara pembuatannya..

1:) bahan-bahan A dimasak dengan daun pandan sehingga larut. setelah itu biarkan ianya menjadi suam.
2:) kemudian bahan-bahan B dimasukkan ke dalam satu bekas dan digaul sehingga sebati.
3:) seterusnya kita satukan bahan A dengan bahan B dan tapiskannya. setelah itu kita bahagikan kepada 
     beberapa bahagian dan warnakan bahagian-bahagian tersebut mengikut citarasa kita. pastikan kita 
     menggunakan warna yang berlainan agar ia menampakkan kontra pada kuih lapis kita. jika kita
     mengggunakan 1 warna sahaja maka tidak dipanggilla kuih lapis.
4:) kemudian kita kukus adunan tersebut selapis demi selapis secara berselang-seli mengikut warna pilihan. 
     5 minit masa yang diperlukan untuk setiap lapis tersebut masak manakala bagi lapisan terakhir 10 minit
     masa yang diperlukan.
5:) sejukkan dan potong kuih lapis kita tadi, kini kuih lapis kita siap untuk dimakan..

diatas ini adalah contoh kuih lapis yang berwarna-warni..
rasanya setakat ni dulu la kot untuk kali ni..
insyaAllah panjang umuq murah rezeki cek kongsi la lagi apa yang cek rasa nak kongsi...
akhir kata selamat mencuba dan Assalammualaikum...

Tuesday, 15 January 2013

puteri ayu...

assalammualaikum
salam sejahtera buat pembaca sekalian....
kali ni paduka hikayat nak kongsi satu lagi perihal yang entah ada atau pon tak ade dalam lembara  HIKAYAT ABDUL WAFI AL-HAFIS...
ok..ok...
cukup la tu merapu sat...
harini cek nak kongsi resepi PUTERI AYU..
ni makanan tau bukannya awek cuk ok... 
ok..
kita mulakan dengan bahan-bahannya dahulu 

- 2 biji telur
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 sudu kecil overlate
- 1 sudu kecil perisa pandan (kalau nak boh perisa kopi boh je le)
- pewarna pandan (yang ni pon kalau nak boh warna oren ka jeremia ka warna hitam putih taik unta pon boh le...)
-kelapa putih yang telah selamat diadun terlebih dahulu dengan tepung gandum dan garam

dah pakat tau bahan mesti pakat nak tau macam mana nak buat kita punya puteri ayu ni kan?? kan??
baiklah.. sekarang cek nak cerita macam mana nak buat dia pulak no..

1):  mula-mula kita pukoi gula dengan telur sehingga kembang..
      lepas tu kita boh  overlate. lepas boh overlate tu kita pukoi laki, lagi dan lagi...
2): lepas tu kita boh tepung, santan, perisa pandan dengan pewarna, lepas dah boh semua tu kita kacau,  
     kacau dan kacau sampai sebati...

3): lepas 2 kita ambik isi nyok tadi (kelapa la, apa la hampa ni nyok pon tak tau.. hahaha..)
     kita boh dia dalam acuan, bila kita boh nyok tadini jangan lupa untuk tekan sikit nyok tadi bagi dia 
     manpat, lepas tu hampa boh adunan tadi. lepas tu hampa kukuih la adunan tadi dalam tujum minit.


ha la bolehla  kita hidang kita punya koi puteri ayu kita ni..
kalau makan dengan ayaq kopi petang-petang memang sedap..
selamat mencuba kalau tak jadi jangan la marah cek sebab cek bukannya iron chef..
hahahahahahahahahahahahahahahaha.....