Saturday, 19 January 2013

ketayap warisan my grandma...

assalammualaikum & salam sejahtera buat pembaca-pembaca sekalian...
mungkin ramai yang pernah makan kuih di atas ni kan? dan mungkin juga ada juga yang tahu makan saja tapi tak tahu apa nama  kuih ni?? baiklah kalau nak tau ni la yang dipanggil kuih ketayap. dulu arwah tok cukup suka masak kuih ni. bila makan ja kuih ni mesti cek teringat kat arwah tok.....

baiklah kita sambung dengan resepi kita.
bahan-bahan untuk resepi ni ialah:

:)=  untuk kulit..
    * 1 cawan tepung gandum
    * 2 biji telur
    * 2 helai daun pandan
    *1 1/2 cawan santan
    * 2 sudu besar minyak masak
    * beberapa titik pewarna hijau (kalau nak buat kala kelabu bubuh saja pewarna kelabu... hahaha)

:)= untuk inti
   *1/2 biji kelapa parut
   * 3/4 cawan gula merah
   * 1 helai daun pandan

baiklah... sekarang kita teruskan dengan cara-caranya pulak..

:)= untuk inti
   * masukkan kelapa parut bersama gula merah dan daun pandan ke dalam satu bekas, kemudian kacau sehingga sebati ( sehingga adunan menjadi keperangan)

:)= untuk kulit
   *kelapa parut bersama daun pandan, kemudian ia ditapis untuk mendapatkan patinya. bagi anda yang gemar menggunakan santan segar, anda hanya perlu memisin daun pandan sahaja.
   * kemudian masukkan tepung kedalam mangkuk bersama secubit garam dan pati santan yang telah dimesin bersama daun pandan tadi.kemudian masukan telur dan minyak. kemudian kacau hingga sebati.

:)= untuk gabungan ketayap
    * panaskan pan dan letak sedikit minyak. arwah tok saya dulu guna belanga ja. hahaha..
     kemudian kita ambil 1 senduk adunan kulit tadi dan layangkan dekat pan kita agar adunan kita tadi menjadi bulat. masakan adunan tadi lebih kurang 2-3 minit. kemudian kita angkat. biarkan ia seketika. ( jangan terlalu lama kerana dikhuatiri kulit ketayap ini menjadi keras). kemudian kita masukan inti ke atas kulit ketayap ini dan gulung.
     * untuk menggulung kuih ketayap ini perlulah ada cara dan seninya yang tersendiri iaitu apabila kita memasukkan inti kita angkat satu bahagian kulit ketayap tadi, kemudian gulunng 1 pusingan dan kemudian kita lipat kedua-dua bucu ketayap kita tadi dan teruskan menggulung.
      * ketayap siap untuk dimakan..

senangkan nak buat ketayap ni kan?? tapi makan lagi senang..
hahaha... apa-apa pon selamat mencuba dan jumpa lagi..
assalammualaikum... :)



No comments: