assalammualaikum
sidang pembaca yang dikasihi sekalian...
hari ni cek nak berkongsi resepi tepung pelita.
mungkin ada yang bertanya kenapa gambaq tepung pelita yang kat atas tu nampak lain macam saja..
tu bukan pa dah dihias indah dah..
hahahahaha
...
jom kita balik kepada resepi kita
kita mulakan dengan bahan-bahannya dulu..
-->lapisan hijau / bahagian bawah<--
*1 cawan tepung beras
*1 cawan gula
*5 cawan air
*4 helai daun pandan yang telah dikisar
*sedikit kapur makan jangan la hentam kapur barus pulak.. hahaha
-->lapisan putih / atas<--
* 4 sudu besar tepung beras
* 1 biji kelapa diperah menjadi 4 cawan santan
* sedikit garam
baiklah.. sekarang jom kita tengok cara-caranya pula
*1:) mula-mula kita bancuh tepung beras (yang 1 sudu tadi), air, gula, air daun pandan berserta air kapur sehingga sebati
*2:) kemudian masukkan santan kedalam tepung (yang 4 sudu) beserta
garam. kemudian kacau sehingga sebati dan ketepikan.
*3:) masakan tepung yang diadun dan kacau sehingga masak dan berkilat.
biarkan adunan meletup-letup dengan keadan menghasilkan buih besar,
kemudian ambil sedikit masa untuk mengacau adunan tadi
*4:) setelah adunan tadi masak masukan ke dalam acuan yang disukai
kebiasaannya acuan yang digunakan diperbuat daripada daun
pisang atau daun pandan. jika anda ingin menggunakan acuan
lain tidak pulak menjadi masalah.
di atas ini adalah contoh acuan daripada daun pisang
*5:) setelah siap bahagian bawah tepung pelita kita tadi, kita sambung dengan
bahagian atasnya pula. untuk bahagian atasnya kita perlu masak adunan
santan yang diadun tadi sehingga adunan menjadi pekat dan menghasilkan
letupan dengan buih-buih besar. setelah itu kita ambil sedikit masa untuk
mengadunkan adunan tadi.
*6:) masukkan bahagian atas yang baru dimasak tadi ke atas adunan pertama
yang telah kita masukkan ke dalam acuan tadi.
*7:) sejukan adunan tadi dengan memasukkan kedalam peti sejuk dan tepung pelita
siap untuk dihidang..
anda juga boleh menyediakan kuih tepung pelita anda dalam bekas seperti
ini. jika anda menyediakan dalam bekas seperti ini, ia dapat dijadikan
bekal untuk anak-anak anda ke sekolah atau sebagai bekal untuk anda
ke tempat kerja.
bagi anda yang berselera besar macam cek ni bolehla gunakan cawan
sebagai acuan kuih tepung pelita anda. hahaha
kalau gunakan cawan boleh la makan banyak-banyak..
hahahahahaha...
baiklah saya rasa sampai sini dahulu sahaja pertemuan kita untuk
kali ini. jadi saya ucapkan selamat mencuba.
assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment