sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian...
petang ni cek nak kongsi resepi kuih lapis pulak..
petang-petang macam la ni memang sedap kalau kedarah kuih lapis ni..
ok.. jom kita mulakan rancangan kita ni ok??
ok la kita mulakan dengan bahan-bahannya dahulu:
--> bahan A
*250g gula
*200ml santan pekat
*250ml air yang telah dicampur dengan 1 sudu kecil garam
--> bahan B
*150g tepung beras
*150g tepung ubi
*20g tepung pulut
*300ml santan pekat
*150 ml air
--> bahan C
*beberapa warna pilihan
*2 helai daun pandan yang telah disimpul
baiklah pembaca sekalian..
la dah tau bahan yang diperlukan eloklah kiranya kita meneruskan dengan cara pembuatannya..
1:) bahan-bahan A dimasak dengan daun pandan sehingga larut. setelah itu biarkan ianya menjadi suam.
2:) kemudian bahan-bahan B dimasukkan ke dalam satu bekas dan digaul sehingga sebati.
3:) seterusnya kita satukan bahan A dengan bahan B dan tapiskannya. setelah itu kita bahagikan kepada
beberapa bahagian dan warnakan bahagian-bahagian tersebut mengikut citarasa kita. pastikan kita
menggunakan warna yang berlainan agar ia menampakkan kontra pada kuih lapis kita. jika kita
mengggunakan 1 warna sahaja maka tidak dipanggilla kuih lapis.
4:) kemudian kita kukus adunan tersebut selapis demi selapis secara berselang-seli mengikut warna pilihan.
5 minit masa yang diperlukan untuk setiap lapis tersebut masak manakala bagi lapisan terakhir 10 minit
masa yang diperlukan.
5:) sejukkan dan potong kuih lapis kita tadi, kini kuih lapis kita siap untuk dimakan..
diatas ini adalah contoh kuih lapis yang berwarna-warni..
rasanya setakat ni dulu la kot untuk kali ni..
insyaAllah panjang umuq murah rezeki cek kongsi la lagi apa yang cek rasa nak kongsi...
akhir kata selamat mencuba dan Assalammualaikum...
No comments:
Post a Comment