Thursday, 28 February 2013

7 Binaan Manusia Yang Menakjubkan


Assalammualaikum...
mungkin ada ramai antara kita yang nak menjadi jurutera atau arkitek yang membina banggunan. Kita belajaq siang malam sebab nak mencapai cita-cita. Saya doakan kita berjaya. Kali ni saya nak kongsi mengenai 7 binaan manusia yang menakjubkan....




1. Tembok Besar Tiongkok (Tembok Besar China)

7 keajaiban dunia baru tembok besar China

Tembok Besar Tiongkok atau yang juga dikenal dengan nama tembok besar China adalah sebuah tembok terpanjang yang pernah dibangun oleh manusia dalam sejarah perkembangan manusia hingga saat ini. Nama lain dari tembok ini adalah Tembok Sepanjang 10.000 Li (Wànlĭ Chángchéng). Menurut hasil penelitian pemerintah RRC sendiri tembok sepanjang 8.851 km tersebut dibangun pada masa pemerintahan dinasti ming.

2. Petra 

petra 7 keajaiban dunia baru

Petra dalam bahasa Yunani berarti "Batu" dan dalam bahasa Arab : البتراء, al-Bitrāmerupakan situs arkeologikal di Yordania. Petra sendiri terletak pada dataran rendah di antara pegunungan yang membentuk sayap timur Wadi Araba, yaitu lembah besar mulai dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba. 

3. Patung Kristus Penebus

patung kristus penebus, tujuh keajaiban dunia

Patung yang masuk keajaiban dunia ini memiliki tinggi 38 meter. Posisinya yang strategis berada di puncak dari Gunung Corcovado dengan ketinggian 710 m, Taman Nasional Hutan Tijuca. Dalam bahasa Portugis: Cristo Redentor adalah sebuah patung Yesus Kristus yang menampilkan gaya arsitektur Art Deco terbesar. Patung ini terletak di kota Rio de Janeiro, Brasil.

4. Machu Picchu

machu picchu, keajaiban dunia

Machu Picchu juga dikenal dengan julukanya yaitu kota inca yang hilang. Salah satu keajaiban ini dibangun sekitar tahun 1450. Gaya bangunan Machu Picchu sangat mirip dengan gaya bangunan Inka kuno, berupa batu tembok berpelitur. Bangunan utamanya adalah Intihuatana, Kuil Matahari, dan Ruangan Tiga Jendela. Tempat-tempat tersebut dikenal sebagai tempat yang sakral.

5. Chichén Itzá

Chichén Itzá

Chichén Itzá merupakan sebuah situs kuno peradaban suku Maya yang terkenal akan ramalanya. Situs ini terletak di Meksiko semenjak abad 800 SM. Bangunan Chichén Itzá didirikan oleh raja suku Toltec bernama Quetzalcoatl yang datang ke Semenanjung Yukatan bersama pasukannya. Kala itu suku Maya sudah bermukim di wilayah tersebut. Kemudian suku maya dan suku Toltec bersama-sama mulai membangun berbagai kuil yang menyerupai piramid. Dapat disimpulkan bahwa periode puncak dari Chichen Itza adalah gabungan dua kebudayaan, yaitu kebudayaan suku Toltec dan suku Maya.  Situs ini, konon dianggap sebagai simbol pemujaan serta ilmu pengetahuan pada masanya.  

6. Koloseum

koloseum, 7 keajaiban dunia

Koloseum berada di kota Roma, Italia merupakan arena Gladiator pada masanya. Bangunan yang berukuran dengan tinggi 48 meter, panjang 188 meter, lebar 156 meter, serta memiliki luas seluruh area bangunanya sekitar 2.5 ha ini adalah sebuah karya besar bangsa romawi kuno. Dengan luas yang sedemikian rupa menjadikan tempat tersebut tempat yang megah untuk para penonton menyaksikan para Gladiator bertanding. 

7. Taj Mahal

taj Mahal, 7 keajaiban dunia

Taj Mahal merupakan diarsiteki oleh arsitektur mughal, pembuatanya memakan waktu selama 22 tahun dengan mempekerjakan 20.000 karyawan. Bangunan ini merupakan keinginan dari kaisar Mughal shah Jahan sebagai sebuah musoleum untuk istrinya yang berdarah Persia, bernama Arjumand Banu Begum juga dikenal sebagai Mumtaz-ul-Zamani atau Mumtaz Mahal. Bangunan megah ini terletak di Agra, India. Sekilas tampak bangunan tersebut berupa beton, namun jika disaksikan dari jarak dekat anda akan melihat jika bangunan ini diperindah dengan 43 jenis batu permata, diantaranya adalah berlian, jed, kristal, topaz dan nilam.

Mampukah anda melakukan seperti di atas??
Selamat Maju Jaya...

Tuesday, 26 February 2013

21 Pokok Pelik ...

Assalammualaikum..
Pernah kah anda melihat pokok-pokok yang pelik??
di sini ada beberapa jenis pokok yang pelik..
jom layan....

1:)= pokok J....
Subhanallah....
pokok ni berbentuk J...
dijimpai di Poland...

2:)= Pokok lelaki...

subhanallah...
cer perati betoi-betoi...
nampak macam seorang lelaki kan??

3:)= ubi orang..
subhanallah...
tengok betoi-betoi ubi tu...
macam orang ____....

4:)= pokok... korang pikir la nama yang sesuai..
subhanallah....
pokok ni aku tak tau nak komen pa...

5:)= pokok sujud
subhanallah..
pokok ni pon sujud kat Allah tak kan kita manusia yang sebaik-baik makhluk ni nak kufur???

6:)= pokok raga..
Subhanallah...
kalau pokok ni kita tak yah nak susah-susah anyam dah jadi raga dah...

7:)= Pokok  muka-muka
Subhanallah..
sapa yang selalu mekap 5-6 inci tu cer tengok muka hampa ka buah ni comel g??
hahaha.....

8:)= Pokok kepala
Subhanallah...
cer perati betoi-betoi... nampak tak?? macam kepala orang..
hahaha...

9:)=  Pokok Muka

Subhanallah...
nampak tak muka tu??




10:)= Pokok Pinang Muka
Subhanallah...
takut pon ada kan..

11:)= Pokok Belle
Subhanallah...
jom menari... ada bran??

12:)=Pokok mata
subhanallah...
jejaga ada yang merati... bak kata kiah propa la... :)

13:)= Pokok orang lidi
Subhanallah..
tiada kata dapat dibicara..


14:)= Pokok teko
Subhanallah...
pokok teko...
tengok betoi-betoi...

15:)= Pokok kang-kang
Subhanallah...
ada sapa nak lalu??

16:)= POkok cinta
Subhanallah..
ni baru dipanggil CINTA..
hahahaha....

17:)= Pisang beranak
Subhanallah..
tiada kata dapat ku bicara..

18:)= Pisang bertandan Lima
Subhanallah..
kalau macam ni untung bah...

19:)= pisang keluar dari tengah batang
Subhanallah...
kalau pokok pisang biasa tandannya keluar dari bahagian atas yangni keluaq dari tengah bantang...

20:)= Pokok muka hantu.....
Subhanallah...
kalau tengok mala-malam mesti takut...
hahahaha....

21:)=  Pokok yang macam lembu... (menyerupai lembu bukan lembu)

Subhanallah....
ni teman tak berani komen sebab tak tau nak kata pa... :P

Tiada apa yang dapat saya ceritakan kerana ini semua adalah ciptaan Allah..
kita sebagai hamba yang hina dina ini hendaklah beriman dengan Allah...
ini adalah sebahagian daripada cipta Allah untuk menunjukan kekuasaannya...
oleh itu bertaqwalah kita kepada Allah...
setakat ini dahulu buat kali ini...
harap ada yang boleh diambil iktibar daripadanya...
sekian... assalammualaikum....

Monday, 25 February 2013

Durian Merah Hanya di Sabah bah...

assalammualaikum...

Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita melihat isi durian yang bewarna merah menyala bak saga?
Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc.
Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada.
Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihatgambar buah durian berisi merah. Jom!





ni pokoknya...


Friday, 22 February 2013

Ayam Pelik Ciptaan Yahudi

Assalammualaikum..
mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya mengapa ayam ini tidak berbulu?? adakah ayam ini dicabut bulunya?? siapakah yang telah mencabut bulunya??

              Sebanarnya ayam ini adalah ayam kacukan yang telah dilakukan di Israel. Ayam ini dihasilkan memang tiada bulu. Tujuan penciptaanya adalah untuk mengurangkan kos alat pemanas bagi penternak di negara beriklim panas dan mengurangkan sehingga 100% kos mencabut bulu. hahaha...
macam-macam la yahudi ni kan?? Mardi cipta ayam sama ja kita tengok tak dak apa yang kontra pon tapi yangni memang kontra. hahaha...

            Ayam ni kita tengok memang dapat kurangkan kos penternakan dan kos cabut bulu tapi ia mendapat tentengan daripada pencinta-pencinta haiwan kerana ia akan menyeksa ayam tersebut jika berada di negara yang sejuk kerana ayam tersebut tidak mampu menehan sejuk dan akan mati. Kebarangkalian ayam tersebut terkena penyakit kulit adalah tinggi.
di bawah ni ada beberapa keping gambar ayam bogel ciptaan yahudi tu...










Subhanallah....
macam-macam la kan...
dua pekara yang Allah bagi kat bani israel tapi x bagi kat bangsa lain ialah wajah yang tampan dan kebijaksanaan. Kerana kebijaksanaan tu la yahudi dapat cipta variasi ayam yang baru yang bangsa lain tak dapat nak buat. setakat ni sajalah no untuk kali ni..
harab ada yang dapat dijadikan manfaad bersama..
Assalammualaikum..

Wednesday, 20 February 2013

Kenapa Perempuan Pangkatnya Lebih Tinggi Daripada Lelaki??

assalammualaikum..

                    Dewasa ini kita dapat lihat ramai wanita yang kerjayanya lebih hebat daripada lelaki. Jika bekerja dalam satu ajensi sekalipun kita dapat lihat pasti ada perempuan yang pangkatnya lebih tinggi daripada lelaki. Mengapa ini berlaku?? adakah perempuan yang mempunyai satu akal dan sembilan nafsu itu lebih hebat daripada lelaki yang mempunyai sembilan akal dan satu nafsu??

                   Bukan kerana perempuan lebih hebat daripada lelaki yang menjadi faktornya sebaliknya lelaki sering memandang remeh akan satu pekara yang penting iaitu penampilan. Cuba kita lihat penampilan lelaki dan perempuan siapa yang kita lihat lebih hebat?? Sudah semestinya perempuan. Mengapa penampilan yang menjadi faktornya?? Penampilan menjadi faktornya kerana melalui penampilanlah dapat mengambarkan persepsi seseorang itu..

                   Kali ini saya hendak membincangkan mengenai penampilan semasa pergi ditemuduga. Mengapa mesti bercerita mengenai temuduga?? Hal ini kerana melalui temudugalah ia menjadi titik tolak dalam kerjaya kita. Bagaimanakah penampilan yang perlu bagi menghadiri temuduga?? Penampilan yang sesuai adalah penampilan yang kemas, segak, berkeyakinan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

                            Bagaimana fesyen yang sesuai untuk ke temuduga?? Baiklah saya akan kongsi pengetahuan saya mengenai fesyen tersebut dan sedikit tips untuk lelaki-lelaki sekalian. Sumber yang saya dapat ini adalah daripada internet dan saya rangkumkan dalam blog saya.. hahaha..

                          Untuk menghadiri temuduga anda digalakan untuk mengenakan KEMEJA BERSELUAR SLEX BERTALI LEHER DAN MEMAKAI TALI PINGGANG. Semasa memilih kemeja pilihlah kemeja yang menunjukan anda hendak pergi bekerja bukannya kemeja yang menunjukan anda hendak pergi bersuka-ria.




                                      Seperti gambar di atas, ia menunjukan ciri-ciri seseorang yang mempunyai keyakinan diri. Selain itu anda perlulah memilih warna yang sesuai untuk kemeja anda itu. Kebanyakan lelaki mengambil jalan selamat menggayakan kemeja polos kerana dengan menggayakan kemeja polos anda tidak akan nampak seperti Mangsa fesyen. Ada satu lagi langkah selamat untuk mengelakan anda kelihatan seperti mangsa fesyen ai itu mengenakan kemeja bewarna putih.Warna putih adalah warna yang sesuai untuk pelbagai keadaan dan mudah kotor. Oleh itu jika anda mengenakan kemeja putih maka penemuduga dapat menilai tahap kebersihan anda. Anda dinasihatkan agar mengenakan kemeja yang berlengan panjang kerana ianya kelihatan lebih kemas dan bergaya tambahan pula digayakan bersama tali leher. Bagi seluar pula anda digalakan menggunakan seluar Slex hitam kerana hitam adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan warna-warna yang lain. Anda dilarang sama sekali untuk memakai seluar jeans dan sebagainya semasa menghadiri temuduga kerana ia melihatkan seperti anda seorang yang kurang disiplin dan tidak mempunyai etika.

                          Anda juga dinasihatkan agar mengenakan juga tali leher kerana dengan adanya tali leher anda akan kelihatan lebih tampan dan bergaya. Pemilihan warna bagi tali leher hendaklah kontra yang sehaluan dengan kemeja anda dan jangan sesekali mengenakan warna yang kontra berlawanan dengan kemeja anda. Apa itu kontara sehaluan dan kontra berlawanan?? Kontra sehaluan ialah kontra yang sejuk mata memandang seperti putih dan biru. Jika anda mengenakan kemeja putih maka anda bolehlah menggunakan tali leher bewarna biru. Manakala kontra yang berlawanan pula ialah warna-warna yang apabila dipandang menyakitkan mata kita seperti warna hijau dan merah. Jika anda memakai kemeja hijau jangan la pula anda memakai tali leher berwarna merah dah macam badut sarkas kepala dongga dah.. hahaha... selain itu anda juga perlu menitik beratkan corak tali leher anda dengan kemeja anda. Sebagai contoh jika anda mengenakan kemeja polos eloklah anda gayakannya dengan tali leher yang bercorak jalur melintang atau seumpamnya. Begitu juga jika anda mengenakan kemeja yang bercorak maka eloklah anda gayakan bersama tali leher yang polos.
tali leher


               Selain itu anda juga disarankan untuk memakai tali pinggang kerana dengan adanya tali pinggang penampilan anda akan lebih kemas dan bergaya. Dalam soal pemilihan tali pinggang ini anda digalakan mengenakan tali pinggang kulit kerana tali pinggang kulit lebih sesuai dengan seluar slax. Anda juga dinasihatkan untuk mengenakan eksesori seperti jam tangan, klip tali leher dan "cuff-link". Pemilihan aksesori ini juga penting agar keterampilan anda lebih menyerlah. Anda perlulah memastikan anda mengenakan aksesori yang bewarna kontra yang sehaluan dengan warna kemeja dan tali leher anda.
contoh jam tangan

contoh cuff-link














                        Selain kemeja, seluar dan tali leher, kasut juga penting dalam menampakan imej yang berketerampilan. Anda dinasihatkan agar mengenakan kasut kulit yang bewarna hitam kerana kasut jenis ini sesuai dengan seluar anda. Elakan memakai kasut kanves atau sebarang kasut yang menampakan jari kaki dan pastikan juga ia bewarna hitam serta elakan sama sekali memakai kasut bewarna putih. Cuba anda bayangkan bagai mana imej anda jika anda memakai kemeja putih, bertali leher biru berseluar hitam dan berkasut putih... nampak macam mangsa fesyen saja.. hahaha.... Anda mesti ingat, apabila anda memakai kasut jangan lupa pakai sarung kaki a.k.a stokin kerana stokin memainkan peranan sebagai ejen pelindung bulu kaki anda. Adakah anda tahu bahawa sesetengah orang jijik melihat bulu kaki orang lain?? Cuba anda bayangkan jika anda pergi temuduga, penampilan yang lain ok dah tapi tak pakai stokin dan penemuduga tersebut pula jijik akan bulu kaki orang lain saya yakin dan percaya permohonan anda InsyaAllah akan ditolak. Untuk pengetahuan anda, stokin ini juga sering dijadikan sebagai alat untuk mengukur tahab kebersihan seseorang itu. Macam mana?? pikir la sendiri... hahaha.. Seperti biasa, warna pada stokin perlulah sama warna dengan kasut anda agar ia nampak kemas dan bergaya.

kasut yang sesuai

stokin

                            Di atas adalah contoh kasut dan stokin yang sesuai untuk anda gayakan semasa pergi ke temuduga. Satu pekara lagi yang perlu diingatkan bahawa anda perlulah menggilapkan kasut hitam anda tersebut hingga berkilat dan bersinar kerana dari kasut juga orang dapat mengetahui tahap kerajinan anda.


                            Baiklah saya rasa bab pakaian saya sudah ceria sekarang saya nak cerita mengenai kebersihan diri pulak. Saya mulakan dengan rambut. Utuk pergi temuduga anda dinasihatkan agar memotong rambut agar pendek dan kemas. Elakan buat rambut pesen tentera rom @ trojen dan elakan juga daripada mewarna rambut anda dengan pelbagai warna. Sebaik-baiknya anda biarkan rambut anda dengan warna asli rambut anda dan pastikan anda letakan sedikit krim rambut @ minyak rambut agar kelihatan kemas.




 Di atas adalah contoh-contoh gaya rambut yang sesuai untuk anda gayakan.
botak.. jalan pintas jika anda konfius nak pilih gaya rambut  


   Selain rambut, penjagaan kulit muka juga penting. Tak salah jika anda mencuci muka agar kulit tidak berminyak. Jika kulit muka anda berminyak ia menampakan yang anda ini seorang yang pemalas.

contoh pencuci muka.

                                    Selain kulit muka, bagi anda yang mempunyai janggut maka rapikanlah janggut anda itu agar kelihatan kemas dan berketerampilan. Elakan daripada membiarkan janggut anda tidak terurus.

contoh janggut yang kemas.
Selain itu gigi juga perlu dijaga secara rapi. kita sekurang-kurangnya perlulah menggosok gigi @ bersiwak @ bersugi. Hal ini kerana bersugi adalah sunnah nabi s.a.w  seperti mana hadis baginda s.a.w "jika tidak memberatkan umat aku, nescaya aku wajibkan keatas mereka untuk bersugi sebelum tidur,". Jika kita mempunyai gigi yang putih sudah semestinya kita mempunyai senyuman yang menawan dan ini akan menyakinkan penemuduga akan kemampuan kita.

gosok jangan tak gosok

senyuman yang menawan menggoda hati yang melihat
Selain itu kita mestilah ingat kita setiap hari akan berpeluh oleh itu dinasihatkan agar anda memakai sedikit deodorant dan minyak wangi agar anda tidak akan berbau ketika panas. Anda juga dinasihatkan agar memakai singlet dalam agar kemeja anda tidak kelihatan lembab ketika anda berpeluh. Anda juga boleh membawa sapu tangan untuk mengelap peluh anda.

contoh deodorant

contoh minyak wangi


Dan yang paling penting, KUKU. Pastikan kuku anda dipotong kemas kerana ia menampakan tahab kebersihan diri anda.
potong kuku
Sebelum saya terlupa, wahai lelaki-lelaki sekalian janganlah lupa menggosok pakaian anda sebelum anda pergi temuduga.
hati-hati semasa menggosok pakaian agar tidak terbakar

Baiklah sekarang saya hendak kongsikan beberapa tips dan petua serta pekara-pekara yang perlu dielakan semasa pergi temuduga.

1) mengenakan baju melayu atau baju batik
    - jika hari temu duga itu jatuh pada hari khamis anda dinasihatkan agar tidak memakai baju batik kerana baju batik di khaskan untuk orang yang dah kompom kerja dengan kerajaan. Anda baru sahaja pergi temuduga oleh itu anda belum pasti lagi dapat jawatan yang anda pohon itu oleh itu pikir-pikirkanlah
    -jika hari temu duga jatuh pada hari jumaat janganlah memakai baju melayu kerana ia tidak sesuai untuk dipakai semasa temuduga.
contoh baju melayu

2)menggayakan fesyen rambut yang pelik seperti trojen atau mewarnakan dengan warna yang pelbagai.
   di bawah ni saya nak kongsi beberapa fesyen rambut yang tidak sesuai untuk digayakan semasa pergi temuduga.
fesyen Thailand

landak ka musang ni? rasa naruto ni..

naik moto x akai helmet insyaAllah polis x perasan

pesen doktot berani tiru?? kena saman bayang sendiri

meteor jatuh..

yang ni kalau bagi arahan payah dengaq ni

yang ni lagi la jangan buat cukur terus lagi baik



3) kemaskan janggut jangan buat pesen janggut yang pelek-pelek
ni pesen ubat nyamuk FUMAKILLA

4) Pakai pakaian yang telah saya cerita dengan panjang lebarnya tadi jangan ikut macam yang bawah ni
kalau yang macam ni awai-awai lagi dah kena halau
5) kemaskan cara pemakaian anda. ada antara kita yang memakai tali leher hanya pakai sekadar pakai tanpa memenuhkan butang dan merapatkan tali leher tersebut. Bak kata pengetua saya dulu pesen TALI BERUK hahaha... rindu zaman sekolah... baiklah di bawah ni ada beberapa gambar yang mana kita perlu elakan daripada meirunya. hal ini penting kerana apabila penemu duga melihat anda dengan berkeadaan serabut sedemikian rupa mereka beranggapan bahawa anda seorang yang bermasalah oleh itu keyakinan mereka terhadap anda untuk menggalas tanggungjawab di syarikat mereka semakin kurang.
ni handsome dah tapi rambut tu pendekan, baju masuk dalam seluar, seluar tu tukar pakai seluar slex dan tali leher tu kena kemaskan. Baru la handsome dan bergaya.

abang kita ni elokdah cuma rapatkan tali leher tu bila nak pergi temuduga baru la macho

6) elakan diri daripada bercakap pekara-pekara yang tiada kaitan dengan jawatan anda seperti makanan kegemaran anda dan sebagaianya.

kalau dah jadi macam ni dah lama makan penampaq

7) jangan la terlampau gementar. ingat bahawa penemuduga anda itu adalah makhluk sahaja. Mereka tidak boleh mengapa-apakan anda melainkan dengan izin Allah s.w.t

no komen.
8) elekan daripada memakai kasut yang menampakan jari kaki, stokin yang tidak sesuai serta aksesori seperti gelang bagi lelaki.
kasut yang menampakan jari kaki

stokin yang tidak sesuai

aksesori yang tidak sesuai

                   Jadi apa yang dapat saya katakan ialah keterampilan seseorang itu melambangkan peribadinya. Orang akan menilai kita melalui penampilan kita. SEandainya anda mempunyai kerajinan namun keterampilan anda kurang menarik maka agak sukar bagi anda untuk dinaikan pangkat kerana anda melambangkan diri anda seorang yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. kerana imej anda yang serabut. Oleh itu jagalah penampilan anda agar sejuk mata memandang dan ia akan menaikan imej anda serta syarikat anda dan dapat melembutkan hati penemuduga anda untuk menerima anda.

                       Kesimpulannya pakaian melambangkan peribadi seseorang itu. Melalui pakaianlah orang akan menilai diri kita. Oleh itu kita hendaklah berpakaian kemas agar nampak segak dan bergaya. Mungkin ada antara anda yang mengatakan "tak kan kami nak pakai tali leher penuh butang kot?? nanti orang kata kami ni mat skema," Persoalannya disini, siapa orang itu?? cuba kita tengok siapa yang kata?? mungkin tiada siapa pon yang berkata apa-apa tetapi kita yang tiada keyakinan diri ini yang berkata lagipon tak kiralah orang mana sekalipon yang berkata kita mesti ingat mereka itu adalah makhluk Allah yang lemah oleh itu keputusan ditangan anda sama ada hendak tampil sebagai seorang yang kemas, handsome dan bergaya atau seorang yang serabai macam ___...  sekian dahulu buat kali ini moga ada yang dapat dimanfaadkan...
insyaAllah panjang umur murah rezeki kita berjumpa lagi.
Assalammualaikum..