Friday, 8 February 2013

Kenapa Menyambut Hari Valentine Itu Haram???


assalammualaikum & salam sejahtera buat sidang pembaca sekalian...
seperti mana yang semua telah sedia maklum bahawa sekarang kita sudah melangkah masuk ke bulan februari dan kita telah meninggalkan januari 2013... imam al-Ghazali ada berkata "semakin bertambah umurku semakin dekat ajalku,". baiklah entry kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai hari kekasih. seperti yang kita sedia maklum pada 14 februari setiap tahun perayaan hari kekasih akan disambut di seluruh eropah dan amerika syarikat dan budaya ini sekarang mula menular dikalangan masyarakat islam.
dari manakah perayaan hari kekasih ini mula disambut?? dan untuk apakah perayaan hari kekasih ini disambut?? adakah ia untuk mengeratkan kasih?? apa pula hukumnya kita sebagai orang islam menyambut  perayaan hari kekasih ini?? mari kita teruskan perbincangan kita ini.

  Perayaan hari kekasih atau Velentine's day ini mula menular dikalangan muda-mudi dalam masyarakat kita bermula sekitar hujung tahun 1980-an seiringan dengan kemunculan- kemunculan siaran talevision yang banyak mengupas dan menayangkan iklan serta filem-filem yang berkisarkan mengenai hari kekasih.

   Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan daripada budaya asing yang masuk ke negara kita melalui media-media massa samada media cetak mahupun media elektronik. Perayaan ini lebih dikenali dalam kalangan remaja sebagai hari untuk berkasih sayang, dan menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengunkapkan perasaan cinta mereka kepada pasangan mereka hingga ada pepatah melayu moden menyebut " SEMAI BENIH PADA 14 FEBRUARI TUAI HASIL PERTENGAHAN NOVEMBER," nauzubillahhiminzalib...

  Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel mahupun tempat-tempat yang dianggap romantik, yang mana setiap pasangan itu memberikan hadiah berupa kad ucapan, rose merah mahupun coklat yang bertulis "I LOVE YOU" atau apa-apa tulisan yang berkaitan dan membawa maksud yang sama dengannya, kemudian ia desertai dengan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seperti nyanyian, tarian dan seumpamanya sehinggakan ada juga disertakan dengan minum-minum minuman keras, nauzubillah. Hal ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan HEDONISME (menurut hawa nafsu)

  Kebelakangan ini,pesta perayaan Hari Kekasih, dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti menghabiskan masa semalaman bersama pasangan, dan bergaul secara bebas tanpa menghiraukan mahram ataupun bukan dan yang lebih menyedihkan ada juga yang menakhiri pesta ini dengan melakukan adegan-adegan berahi bagi membuktikan cinta mereka akan pasangan mereka. Nauzubillah...

   Pekara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 14 November 2000 pada artikal yang bertajuk "Apa dihairankan dengan parti buih" dalam artikal terbabit, beliau mengulas, bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa ke atas "parti buih" di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian mandi itu tidak menjadi suatu yang menghairankan kerana beberapa tahun sebelumnya, pernah ada penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersemperna Hari Kekasih tetapi mendapat tentangan daripada pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq, Bangsar.

   Antara contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program television yang ditayangkan atas nama "Velentine's Special". disamping itu juga, didapati mereka ini sangat sibuk memilih kad-kad ucapan bersemperna Hari Velentine's, menempah cenderahati, jambangan bunga, dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangat masing-masing. Selain itu, pihak hotel juga turut menawarkan pakej-pakej yang istimewa seperti "Pekej Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik," dan sebagainya yang bertujuan untuk menyambut hari kekasih.
(contoh coklat yang menjadi pilihan untuk diberikan pada pasangan pada hari kekasih)

   Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu memahami dan mendalami apakah maksud disebalik Velentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa inggeris atau Velentino dalam bahasa itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu velentinus yang berasal daripada bahasa latin iaitu valens yang bermaksud: kuad, aktif, sihat dan seumpamanya.

   Menurut ahli sejarah pula, perkataan Valentine diambil semperna nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol iaitu SAINT VELINTINE. Jasa beliau yang telah berjaya MENUMPASKAN KERAJAAN ISLAM DI CARDOVE, SEPANYOL pada 14 FEBRUARI 270 masihi begitu bermakna bagi ratu isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, pada tarikh 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

   Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine, Pertama, Hari Velentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom, iaitu dengan menetabkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis-gadis rom ditulis diatas kertas dan dimasukan kedalambekas. Setiap pemuda akan mencabut nama didalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangan di sepanjang pesta bertangsung.

   Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 februari 270 masihi, St Velentine telah dibunuh kerana pertelingkahannya dengan raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu, Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana rom menghadapi peperangan. Menyedari hakikat itu, St Velentine dan St marius telah mengahwinkan orang-orang kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

    Akibat perbuatan itu, St. Velentine telah ditangkap dan diheret ke muka pengadilan dan akhirnya dia dijatuhkan hukuman belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi. Bagi memperingati sebagai simbol ketabahan, keberanian dan juga kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Velentine SEBAGAI SATU UPECARA KEAGAMAAN.

   Manakala pendapat ketiga pula mengatakan Hari Velentine diambil semperna nama seorang paderi yang paling berpengaruh  pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol iaitu St. Velentine yang status kedudukannya adalah ditempat kedua selepas pope.

    Apabila St. Velentine telah menyatakan hasrat hatinya untuk berkahwin dengan pasangan dari pengamal protestan sewaktu kerajaan sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan islam, maka timbul kegemparan rakyat Cardova kerana St. Velentine merupakan seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

  Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan untuk berkahwin juga dengan pasangannya itu, telah menimbulkan kemurkaan ratu Isabella, lalu dia dipenjarakan buat sementara waktu. Ratu Isabella menetabkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Velentine sendiri.

    Sejarah di atas jelas menunjukan bahawa Hari Velentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak kristian hari ini, mereka masih mengangap Hari Velentine sebagai satu ritual di dalam agama kristian.

   Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik indeks saint Valentine's Day menyebut bahawa: "Christian celebration of the love of Got presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St. Velentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love,".

  Bermaksud: Perayaan kristian terhadap kecintaan kepada tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan dikalangan penganut kristian, St. Velentine merupakan syahid abad abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di akhir zaman sekular.

  Termaktub di dalam web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine. kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut:  "AT least three different Saint Valentines, all of them martyrologies under date of 14 February." yang bermaksud: Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Velentine yang berbeza yang kesemua  mereka adalah syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

   Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan padi hari ahad 14 February 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawati di gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Velentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Velentine pada hujung minggu serta diletakan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan "Corpus St. Valentine Martyris".

  Dikatakan bahawa mayatnya telah di letakan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan beberapa tahun lepas mereka baru sahaja meletakannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

   Dalam pada itu, Nama St. Velentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersemperna mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine's Catholic Chrurch di Peru. Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten,Moosburg,Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.

  Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama kristian..  Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal yang mengakibatkan aqidah islam. Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat lain. Kerana itu penghayatan akidah islam, perlaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain.

   Dalam erti kata lain umat islam tidak boleh mencampur adukan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firmankan Allah SWT:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku,"  (al-kafirun ayat 1-6)

  Demikian juga penampilan peribadi umat islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam masalah berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah islam. Hukum islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w: " Sesiapa yang mengamalkan pekara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak," (riwayat Bukhari dan Muslim)

  Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (SKS) Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa "Amalan menyambut hari Velentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran islam,". Manakala jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 november 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Velentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh islam. Oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakan oleh agama islam,"

        (poster diatas adalah poster yang menyatakan menyambut hari Valentine adalah haram)

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan adalah menyambut hari Velentine adalah haram kerana ia merupakan upecara keagamaan bagi penganut agama kristian oleh itu kita sebagai umat islam perlulah menjauhkan diri daripada menyambut perayaan ini kerana ia bercanggah dari akidah kita sebagai umat islam. sabda Rasulullah s.a.w "aku tinggalkan kamu dua pekara, selagi mana kamu masih berpegang kepada keduanya maka kamu tidak akan tersesat iaitu al-quran dan sunnahku," oleh itu wahai saudara-saudaraku sekalian, ,arilah kita semua kembali kepangkal jalan mengikut ajaran islam yang sebenar-benarnya bukan hanya islam pada nama semata-mata. ...

   Setakat ini dahulu perkongsian ilmu saya buat kali ini, jika terdapat sebarang salah dan silap harap ada yang sudi menegur akan kesilapan saya yang jahil ini. untuk makluman semua, artikal ini saya ambil daripada seorang rakan saya. oleh itu saya berharap agar kita dapat memanfaadkan apa yang saya kongsi pada kali ini dan semoga bertemu lagi...
assalammualaikum.....


No comments: