Monday 18 February 2013

Sedihkan Nasib Malang Orang Lain…



            
         Pada zaman dahulu. Ada seorang ulamak sufi yang terkenal bernama Ali bin Fadhil. Beliau seorang yang alim dan memiliki kemuliaan akhlak yang tinggi. Sesuailah kedudukannya sebagai seorang ulamak.
       
          Pada suatu musim haji, Sheikh Ali bin Fadhil  berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji bersama ayahdanya yang tercinta. Ketika syeikh Ali sedang khusyuk melakukan tawaf di hadapan kaaabah, uncang wang miliknya telah diragut oleh seorang pencuri. Hal tersebut tidak disedari oleh sheikh Ali. Setelah beberapa ketika barula Sheikh Ali menyedari akan hal tersebut, namun apa yang mengagumkan ialah Sheikh Ali sedikit pon tidak berasa sedih dan membiarkan  sahaja hal tersebut berlalu dan beliau meneruskan ibadahnya sehingga selesai.

         Setelah selesai melakukan ibadahnya Sheikh Ali berehat seketika di satu penjuru. Wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu dan tiba-tiba wajahnya yang bersahaja bertukar menjadi sedih dan kemudiannya Sheikh Ali menangis teresak-esak. Tanpa beliau sedari, tingkah lakunya itu diperhatikan oleh ayahdanya sejak awal lagi. Ayahdanya sememangnya sudah tahu akan hal kecurian wang milik sheikh Ali dan ayahandanya juga mengetahui akan riaksi sheikh Ali selepas kejadian tersebut namun apa yang menghairankannya mengapa anakdanya ini menangis pula kerana dia tahu bahawa anaknya tidak akan terpedaya akan harta dunia.






            Bagi menjawab persoalan itu, ayahandanya telah bertanya kepada Sheikh Ali,” wahai anakdaku, adakah kamu menangis kerana kehilangan wang kamu itu tadi?,” lalu sheikh Ali menjawab,” tidak ayahdaku, aku tidak menangis kerana wangku hilang kerana itu telah ditakdirkan Allah akan kehilangan wang tersebut,” “habis apa yang kamu tangiskan wahai anakdaku,” Tanya ayahdanya sheikh Ali. “sebenarnya aku tangiskan akan nasib orang yang mencuri wang aku itu, bagaimanakah nasibnya di akhirat nanti? Sudah pasti dia tidak dapat lari ketika ditanya oleh Allah kelak,” jelas Sheikh Ali kepada ayahdanya.

              Begitulah cara hidup orang-orang soleh zaman silam. Mereka tidak sedih akan nasib malang yang menimpa diri mereka sebaliknya sedih pada nasib malang yang menimpa orang lain.

1 comment:

sayang said...

=) nice entry perkongsian yang baik.akan muhasabahkn diri nih balik,jadi lebih baik..