Nasab
keturunannya bersambungan dengan
Rasulullah s.a.w melalui cucuda Rasulullah s.a.w Saidina Hassan Bin Ali r.a. Beliau dilahirkan
di Mekkah pada tahun 145 hijrah dan dibesarkan di madinah. Saidatina Nafishah seorang wanita yang banyak berkatnya.
Selepas berkeluarga, beliau berhijrah ke Mesir. Di sana
namanya terus harum sebagai seorang wanita solehah yang sangat disayangi umat.
Saidatina Nafishah ialah seorang ahli ibadah yang sangat tekun dengan
ibadah-ibadah malam dan gigih berpuasa pada siang harinya. Dia hidup sezaman
dengan imam as-syafie.
Dia seorang wanita yang warak, zuhud dan
hafaz al-quran serta sangat tinggi taqwa dan keimanannya kepada Allah s.w.t.
Bertepatan sekali dengan darah keturunan yang mengalir di dalam tubuhnya. Dia
juga seorang yang alim, menjadi tempat tumpuan orang ramai datang belajar hadis
dengannya.
Namun yang paling terkenal dalam sejarah
ialah keberkatan dirinya yang boleh merawat dan menyembuhkan penyakit. Imam
as-Syafie selalu selalu menghantar murid-muridnya yang sedang sakit untuk
mendapat rawatan daripada Saidatina Nafishah.
Malah sewaktu Imam as-Syafie mendapat sakit
yang berat, dia telah menghantar utusan bertemu dengan Saidatina Nafishah. Imam
as-Syafie meminta agar wanita solehah itu mendoakannya agar dia pulih seperti
sediakala. Namun begitu Saidatina Nafishah telah berkata kepada utusan Imam
as-Syafie “beritahu kepadanya
bahawasanya dia akan berangkat menemui tuhannya yang maha mulia,”
Tidak lama selepas itu, Imam as-Syafie pun
meninggal dunia. Sebelum Imam as-Syafie wafat beliau sempat berwasiat supaya
jenazahnya turut disembahyangkan oleh Saidatina Nafishah. Setelah mendapat tahu
hal tersebut, Saidatina Nafishah telah menyempurnakan wasiat itu dengan sebaik-baiknya.
Suatu ketika, seorang ibu berbangsa Yahudi
telah meninggalkan anak gadis yang lumpuh di rumah Saidatina Nafishah. Dia
berharab agar Saidatina Nafishah dapat mengubati dan menyembuhkan penyakit anaknya.
Dengan kehendak Allah s.w.t gadis lumpuh itu dapat disembuhkan dengan air
wuduk saidatina Nafishah yang disapukan ke anggota badan gadis tersebut yang lumpuh. Dengan perlahan-perlahan gadis itu bangun berdiri
dan berjalan.
Kesimpulanya
kita sebagai umat islam haruslah mempertingkatkan mutu ibadah kita agar kita
mendapat keberkatan hidup
No comments:
Post a Comment