Pada
zaman dahulu. Ada seorang ulamak sufi yang terkenal bernama Ali bin Fadhil.
Beliau seorang yang alim dan memiliki kemuliaan akhlak yang tinggi. Sesuailah
kedudukannya sebagai seorang ulamak.
Pada suatu musim haji, Sheikh Ali bin
Fadhil berangkat ke tanah suci Mekah
untuk menunaikan fardhu haji bersama ayahdanya yang tercinta. Ketika syeikh Ali
sedang khusyuk melakukan tawaf di hadapan kaaabah, uncang wang miliknya telah
diragut oleh seorang pencuri. Hal tersebut tidak disedari oleh sheikh Ali.
Setelah beberapa ketika barula Sheikh Ali menyedari akan hal tersebut, namun
apa yang mengagumkan ialah Sheikh Ali sedikit pon tidak berasa sedih dan
membiarkan sahaja hal tersebut berlalu
dan beliau meneruskan ibadahnya sehingga selesai.
Setelah selesai melakukan ibadahnya
Sheikh Ali berehat seketika di satu penjuru. Wajahnya seperti sedang memikirkan
sesuatu dan tiba-tiba wajahnya yang bersahaja bertukar menjadi sedih dan
kemudiannya Sheikh Ali menangis teresak-esak. Tanpa beliau sedari, tingkah
lakunya itu diperhatikan oleh ayahdanya sejak awal lagi. Ayahdanya sememangnya
sudah tahu akan hal kecurian wang milik sheikh Ali dan ayahandanya juga
mengetahui akan riaksi sheikh Ali selepas kejadian tersebut namun apa yang
menghairankannya mengapa anakdanya ini menangis pula kerana dia tahu bahawa
anaknya tidak akan terpedaya akan harta dunia.
Bagi menjawab persoalan itu,
ayahandanya telah bertanya kepada Sheikh Ali,” wahai anakdaku, adakah kamu
menangis kerana kehilangan wang kamu itu tadi?,” lalu sheikh Ali menjawab,”
tidak ayahdaku, aku tidak menangis kerana wangku hilang kerana itu telah
ditakdirkan Allah akan kehilangan wang tersebut,” “habis apa yang kamu
tangiskan wahai anakdaku,” Tanya ayahdanya sheikh Ali. “sebenarnya aku
tangiskan akan nasib orang yang mencuri wang aku itu, bagaimanakah nasibnya di
akhirat nanti? Sudah pasti dia tidak dapat lari ketika ditanya oleh Allah
kelak,” jelas Sheikh Ali kepada ayahdanya.
Begitulah cara hidup orang-orang
soleh zaman silam. Mereka tidak sedih akan nasib malang yang menimpa diri
mereka sebaliknya sedih pada nasib malang yang menimpa orang lain.
1 comment:
=) nice entry perkongsian yang baik.akan muhasabahkn diri nih balik,jadi lebih baik..
Post a Comment